29 Oktober
Penampilan
<< | Oktober | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
27 | 28 | 29 | 30 | 31 | ||
2024 |
29 Oktober merupakan hari ke-302 (hari ke-303 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 63 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Republik di Turki (1923).
Hari ini juga merupakan Hari Deepavali bagi penganut agama hindu di seluruh dunia (2016).
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1268 - Duke Swabia terakhir, Conradin dipancung di Napoli selepas gagal menuntut kembali Sicily daripada Charles dari Anjou bagi pihak Kerabat Hohenstaufen.
- 1787 - Opera Mozart (gambar) Don Giovanni dipersembahkan buat pertama kali, di Prague.
- 1863 - Wakil lapan belas negara bertemu di Geneva dan bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC).
- 1923 - Mustafa Kemal Atatürk (gambar) menjadi Presiden pertama Republik Turki, sebuah negara baharu yang ditubuhkan daripada saki-baki Empayar Uthmaniyyah.
- 1956 - Krisis Suez bermula apabila Israel menyerang Semenanjung Sinai dan mengundurkan angkatan tentera Mesir ke Terusan Suez.
- 1998 - Selepas lebih tiga dekad, John Glenn yang berusia 77 tahun kembali ke angkasa lepas dengan bolak-balik angkasa lepas Discovery bagi mengkaji kesan penerbangan angkasa lepas terhadap orang tua.
- 2008 - Satu gempa bumi berukuran 6.4 Mw mengorbankan 215 orang di Balochistan, Pakistan.
- 2011 - Qantas menyambung semula penerbangan selepas Kerja Adil Australia memerintah syarikat itu dan kesatuan sekerja menamatkan tindakan perindustrian.
- 2011 - Calon Parti Buruh Michael D. Higgins terpilih sebagai Presiden Ireland.
- 2012 - Selepas melanda Caribbean, Taufan Sandy menyebabkan kerosakan meluas di Pantai Timur Amerika Syarikat, termasuk banjir di sebahagian Bandar Raya New York.
- 2020 - Bekas presiden Korea Selatan Lee Myung-bak diperintahkan untuk mula menjalani hukuman penjara selama 17 tahun oleh Mahkamah Agung atas kesalahan rasuah dan penyelewengan.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1949 - Abdullah Gul, Perdana Menteri Turki ke-25
- 1970 - Edwin van der Sar, bekas penjaga gol Manchester United F.C.