Content-Length: 223256 | pFad | https://ms.wikipedia.org/wiki/Api

Api - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Api

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebuah kebakaran hutan
Cara api dihasilkan cara kuno

Api (Jawi: اڤي) ialah proses oksidasi pantas yang menghasilkan cahaya, haba, asap dan pelbagai hasil tindak balas kimia seperti karbon dioksida dan air.[1] Api lazimnya diklasifikasikan sebagai pembakaran minyak atau bahan api dalam keadaan terbakar (misalnya unggun, pendiangan atau dapur) atau satu pembakaran ganas, pemusnah dan tidak terkawal (seperti dalam bangunan atau api liar). Penemuan bagaimana membuat api dianggap salah satu kemajuan yang penting dalam peradaban manusia yang membenarkan hominid yang lebih tinggi perkembangannya mengusir binatang liar, memasak makanan dan mengawal sumber cahaya serta memanaskan badan sendiri.

Perkataan "api" diturunkan daripada akar Proto-Austronesia *Sapuy,[2]yang mencerminkan kepentingannya dalam budaya dan kehidupan masyarakat Nusantara sejak dahulu. Api juga menjadi simbol kuasa, kemajuan, dan kehancuran dalam banyak tamadun di seluruh dunia.

Nyalaan Api

[sunting | sunting sumber]

Nyalaan api ialah bahagian yang kelihatan pada api yang terbentuk daripada gas panas yang membebaskan tenaga dalam bentuk cahaya dan haba. Nyalaan terbentuk apabila bahan bakar bertindak balas dengan oksigen melalui proses pembakaran. Warna, suhu, dan sifat nyalaan bergantung pada jenis bahan bakar, suhu, dan kehadiran bahan kimia tertentu.

Warna Nyalaan

[sunting | sunting sumber]

Warna nyalaan api menunjukkan suhu dan jenis bahan kimia yang terlibat:

  • Biru: Suhu tinggi, biasanya menunjukkan pembakaran lengkap (contohnya, api dapur gas).
  • Kuning atau Oren: Suhu sederhana, mungkin berlaku kerana pembakaran tidak lengkap.
  • Merah atau Merah Jambu: Suhu rendah, sering berlaku pada api kayu.
  • Hijau atau Ungu: Kehadiran bahan kimia seperti tembaga atau kalium.

Suhu Lazim Api dan Nyalaan

[sunting | sunting sumber]
  • Lidah api Oksihidrogen: 2000°C (atau lebih) (3645°F)
  • Lidah api Penunu Bunsen: (ubahan terendah hingga tertinggi) 1300 hingga 1600°C (2372 hingga 2912°F)
  • Lidah api Penunu bagas: 1800°C (2370°F)
  • Lidah api lilin: 760°C (1400°F)
  • Rokok yang membara:[Penjelasan diperlukan]
    • Suhu semasa tidak disedut: di bahagian bernyala; 400°C (750°F); di tengah-tengah bahagian bernyala: 585°C (1110°F)
    • Suhu semasa disedut: di tengah-tengah bahagian bernyala: 700°C (1290°F)
    • Selalu lebih panas di tengah.

Mengawal Api

[sunting | sunting sumber]
Ahli bomba berusaha memadam kebakaran
Pertunjukan nafas api

Kebolehan mengawal api merupakan salah satu faktor utama perubahan tabiat manusia awal.

Api Sebagai Sumber Kuasa

[sunting | sunting sumber]

Pembakaran bahan bakar akan menghasilkan tenaga yang boleh digunakan sebagai sumber kuasa.

Perlindungan dan Pencegahan Kebakaran

[sunting | sunting sumber]

Langkah-langkah perlindungan kebakaran adalah penting untuk mengurangkan pelbagai risiko bahaya, termasuk:

  1. Pencegahan Awal: Simpan bahan mudah terbakar dengan selamat, pasang pengesan asap, dan patuhi undang-undang keselamatan kebakaran.
  2. Keselamatan di Rumah/Tempat Kerja: Selenggara peralatan elektrik, latih penghuni tentang langkah kecemasan.
  3. Kawalan Api: Sediakan alat pemadam api dan elak pembakaran terbuka di kawasan berisiko.
  4. Perancangan Kecemasan: Wujudkan pelan pemindahan kecemasan dan adakan latihan kebakaran berkala.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Glossary of Wildland Fire Terminology (PDF), National Wildfire Coordinating Group, November 2008, dicapai pada 2008-12-18
  2. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*Sapuy: fire". Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada 8 Julai 2022.

Rujukan umum

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Diarkibkan 2010-03-19 di Wayback Machine 








ApplySandwichStrip

pFad - (p)hone/(F)rame/(a)nonymizer/(d)eclutterfier!      Saves Data!


--- a PPN by Garber Painting Akron. With Image Size Reduction included!

Fetched URL: https://ms.wikipedia.org/wiki/Api

Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy