Content-Length: 115088 | pFad | https://ms.wikipedia.org/wiki/Tamadun_Zapotec

Tamadun Zapotec - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Tamadun Zapotec

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Istana Tiang "Palace of Columns", Mitla, Oaxaca
Luas tamadun Zapotec
Be'ena'a (Zapotec)
700 BC–1521 AD
Zapotec at greatest extent
Zapotec at greatest extent
Ibu negaraMonte Alban 700BC-700 AD ,Mitla 700 AD-1400 AD ,and Zaachila-Yoo 1400-1521 AD
Bahasa yang umum digunakanOto-Manguean languages
Agama
Zapotec
• 1328-1361
Ozomatli
• 1361-1386
Huijatoo
• 1386-1415
Zaachila I
• 1415-1454
Zaachila II
• 1454-1487
Zaachila III
• 1487-1521
Cocijoeza
• 1518-1563
Cocijopii
Era SejarahPreclassic-Late postclassic
• Kejatuhan San José Mogote
700 BC
• Pertikaian antara Zapotecs dan Mixtecs di empayar
1519-1521
• Penaklukan Sepanyol
1521 AD
• penentang Zapotec akhir
1521-1563
Keluasan
200 AD80,000 km2 (31,000 bt2)
1520 AD38,850 km2 (15,000 bt2)
Sekarang sebahagian dari Mexico

Tamadun Zapotec merupakan tamadun pre-Columbia tempatan yang berkembang di Lembah Oaxaca di Mesoamerika. Bukti arkhaeologi menunjukkan tamadun mereka wujud sejak 2,500 tahun dahulu. Zapotec meninggalkan bukti arkhaeologi di bandar purba Monte Albán dalam bentuk bangunan, medan bola Mesoamerika, makam yang menakjubkan dan barangan kubur termasuk perhiasan emas halus. Monte Albán merupakan salah satu bandar utama di Mesoamerika dan pusat negara Zapotec yang menguasai kebanyakan jajahan yang masa kini termasuk dalam negeri Mexico, Oaxaca.

Bekas abu dalam bentuk "dewa kelawar" atau jaguar, dari Oaxaca, bertarikh AD 300–650. Tinggi: 9.5 in (23 cm).
Archaeological phases of Monte Albán history[1]
Phase Period
Monte Alban 1 ca 400–100 BC
Monte Alban 2 ca 100 BC – AD 100
Monte Alban 3 ca AD 200-900
Monte Alban 4 ca 900–1350
Monte Alban 5 ca 1350–1521

Tamadun Zapotec bermula dari Lembah Oaxaca pada akhir kurun ke-6 BC. Tida lembah dibahagi di antara tiga masyarakat yang berbeza saiz, dijurangi oleh 80 km2 “tanah bebas milik” di tengah, kini diduduki oleh bandar Oaxaca. Bukti arkhaeologi dari tempoh tersebut, seperti kuil terbakar dan pengorbanan tahanan, mencadangkan ketiga-tiga masyarakat bersaing sesama sendiri. Pada akhir fasa Rosario (700–500 BC) penempatan terbesar di lembah tersebut San José Mogote, dan penempatan berhampiran di lembah Etla, kehilangan sebahagian besar penduduk mereka. Dalam tempoh yang sama penempatan besar yang baru muncul di “tanah bebas milik”. Penempatan tersebut, yang dibina di atas gunung mengadap tiga lembah tengah adalah Monte Albán. Persamaan antara tembikar San José Mogote dan awal Monte Albán menunjukkan bahawa orang yang menduduki Monte Albán adalah orang yang sama yang meninggallkan San José Mogote.[2]


Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Nama Zapotec adalah exonym yang berasal dari Nahuatl tzapotēcah, yang bererti penduduk istana sapote". Zapotec memanggil diri mereka snediri dengan variasi istilah Be'ena'aTemplat:Pronunciation-needed, yang bermaksud "Rakyat".

sistem ton Texmelucan Zapotec

Bahasa Zapotec termasuk dalam keluarga bahasa yang dikenali sebagai bahasa Oto-Manguean, keluarga kuno bahasa Mesoamerika. Ia dianggarkan bahawa pada hari ini bahasa Oto-manguean mencabang keluar dari umbi yang sama sekitar 1500 BC. Bahasa Manguean kemungkinannya berpisah dahulu, di ikuti oleh cabang Oto-Pamean sementara pemecahan bahasa Mixtecan dan bahasa Zapotecan berlaku kemudian lagi.[3] Kumpulan Zapotecan termasuk bahasa Zapotec dan bahasa Chatino yang berkait rapat. Bahasa Zapotec dituturkan dalam sebahagian Sierra Utara, Lembah Tengah termasuk juga sebahagian Sierra Selatan, di Semenanjung Tehuantepec dan sepanjang persisiran pantai Pasifik.[4] Disebabkan pemindahan keluar Zapotec turut dipertututrkan di sebahagian Bandar Mexico dan Los Angeles, CA. Terdapat tujuh bahasa Zapotec jelas berbeza dan lebih seratus loghat bahasa.

Zapotec merupakan bahasa ton, yang bererti maksud perkataan sering kali ditentukan oleh tinggi rendah suara (tonemes), penting bagi memahami perkataan berlainan. Bahasa Zapotec menonjolkan empat toneme berbeza: tinggi, rendah, menurun, dan menaik.[5]

Perperangan dan penentangan

[sunting | sunting sumber]

Pertempuran terakhir antara Aztek dan Zapotecs berlaku sekitar 1497 dan 1502, di bawah pemerintah Aztek, Ahuizotl. Pada masa penaklukan Mexico oleh Spanyol, apabila berita sampai mengenai kekalahan Aztek di tangan Sepanyol, Raja Cosijoeza memerintah rakyatnya untuk tidak menentang Sepanyol untuk mengelah menerima nasib yang serupa. Mereka dikalahkan oleh Sepanyol selepas hanya beberapa kempen antara between 1522 dan 1527. Bagaimanapun, kebangkitan menentang kuasa koloni berlaku pada 1550, 1560 dan 1715.

  1. ^ Whitecotton (1977), p. 26 Ll.1-3
  2. ^ Marcus and Flannery, p. 144
  3. ^ Whitecotton (1977), pp. 12–13 Ll.2-16
  4. ^ Whitecotton (1977), p. 12 Ll.35-37
  5. ^ Whitecotton (1977), p. 13 Ll.20-27
Marcus, Joyce and Flannery, Kent V. (1996). Zapotec Civilization: How Urban Society Evolved in Mexico's Oaxaca Valley. New aspects of antiquity series. New York: Thames & Hudson. ISBN 0-500-05078-3. OCLC 34409496.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
Marcus, Joyce and Flannery, Kent V. (2000). "Cultural Evolution in Oaxaca: The Origins of the Zapotec and Mixtec Civilizations". Dalam Richard E.W. Adams and Murdo J. Macleod (eds.) (penyunting). The Cambridge History of the Native Peoples of the Americas, Vol. II: Mesoamerica, part 1. Cambridge, UK: Cambridge University Press. m/s. 358–406. ISBN 0-521-35165-0. OCLC 33359444.CS1 maint: multiple names: authors list (link) CS1 maint: extra text: editors list (link)
Whitecotton, Joseph W. (1990). Zapotec Elite Ethnohistory: Pictorial Genealogies from Eastern Oaxaca. Vanderbilt University publications in anthropology, no. 39. Nashville, Tennessee: Vanderbilt University. ISBN 0-935462-30-9. OCLC 23095346.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
Whitecotton, Joseph W. (1977). The Zapotecs: Princes, Priests and Peasants. Norman: University of Oklahoma Press.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
Zeitlin, Robert N. (2000). "Review: Two Perspectives on the Rise of Civilization in Mesoamerica's Oaxaca Valley. Review of: Ancient Oaxaca: The Monte Albán State by Richard E. Blanton ; Gary M. Feinman ; Stephen A. Kowalewski ; Linda M. Nicholas". Latin American Antiquity. 11 (1): 87–89. doi:10.2307/1571672.CS1 maint: multiple names: authors list (link)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]








ApplySandwichStrip

pFad - (p)hone/(F)rame/(a)nonymizer/(d)eclutterfier!      Saves Data!


--- a PPN by Garber Painting Akron. With Image Size Reduction included!

Fetched URL: https://ms.wikipedia.org/wiki/Tamadun_Zapotec

Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy