Hang Jebat
Menurut Hikayat Hang Tuah, Hang Jebat (Jawi: هڠ جبة/جبت ) merupakan seorang pahlawan yang telah dibunuh oleh Hang Tuah dalam pertarungan.
Hang Jebat | |
---|---|
Kelahiran | - |
Meninggal dunia | - Bandar Lama Melaka |
Warganegara | Melayu |
Pekerjaan | Laksamana |
Tahun aktif | - |
Terkenal kerana | Pahlawan Lagenda |
Karya terkenal | - |
Hang Jebat pada masa pertarungan itu menggunakan keris Taming Sari yang dianugerahkan oleh Sultan Melaka semasa melantiknya menjadi Laksamana. Keris itu dikatakan menjadikan Hang Jebat kebal tidak mempan di lukai senjata. Hang Tuah telah berjaya merampas semula keris Taming Sari dalam pergelutan dan menikam Hang Jebat. Selepas menikam Hang Jebat, Hang Tuah yang baru kembali dari buangan, kembali kerumahnya. Hang Jebat tidak terus mati, tetapi telah membalut lukanya dengan kain Cindai dan kemudiannya memasuki kampung-kampung untuk mengamuk, membunuh sesiapa sahaja yang melintas dihadapannya. Dia akhirnya menghembuskan nafas terakhir di pangkuan Hang Tuah.[1]
Amrinuddin dikatakan telah membuat perhubungan sulit dengan seorang dayang istana bernama Dang Wangi. Hang Tuah kemudiannya menghantar Dang Wangi tinggal di Temasek untuk melahirkan dan mengasuh anak Hang Jebat yang dikatakan bernama Hang Nadim.[2]
Keberanian dan ketegasan Hang Jebat untuk mencari keadilan sehingga sanggup menderhaka kepada Sultan menjadikan dia disanjung oleh sesetengah golongan sehingga ke zaman ini. Ungkapan katanya Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah! menjadi kata-kata hikmat setiap kali memperkatakan perjuangan untuk menuntut keadilan atau bila hendak memperkatakan kezaliman raja yang memerintah.
Laksamana Hang Nadim anak Hang Jebat
suntingManakala sumber dari Sejarah Melayu mengatakan, sebaik sahaja Hang Nadim dilahirkan, beliau telah dijadikan anak angkat oleh Hang Tuah setelah Hang Jebat mewasiatkan kepada Hang Tuah agar menjaga anaknya sebelum beliau meninggal dunia. Sebaik sahaja meningkat dewasa, beliau dinikahkan dengan Tun Mas Jiwa atau Tun Emas Jiwa, anak perempuan kepada Hang Tuah. Hasil perkahwinan itu, pasangan berketurunan pahlawan terulung ini dikurniakan seorang anak lelaki bernama Tun Mat Ali.[3]
Hang Nadim dilantik menjadi Laksamana menggantikan Laksamana Khoja Hassan yang dipecat oleh Sultan Mahmud kerana memfitnah Bendahara Tun Mutahir. Dengan keberanian dan ketangkasan yang diwarisi dari arwah ayah dan bapa mertuanya, Laksamana Hang Nadim diberikan tanggungjawab mengetuai pasukan tentera kerajaan Melaka menentang pencerobohan Portugis pada tahun 1511.