Pengeksportan atau pengimportan bahan kimia toksik dalam Jadual 3
33. (1) Mana-mana orang yang melibatkan diri dalam mana mana aktiviti yang dinyatakan dalam perenggan 31(1)(b) tidak boleh mengeksport atau mengimport bahan kimia toksik kepada mana-mana Negara bukan Pihak kepada Konvensyen tanpa suatu perakuan pengguna akhir yang dikeluarkan dalam bentuk yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Kebangsaan.
(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Perubahan kepada sesuatu kemudahan
34. (1) Mana-mana orang yang telah membuat perisytiharan di bawah seksyen 31 berhubung dengan sesuatu kemudahan hendaklah, jika terdapat apa-apa perubahan di kemudahan itu, mengemukakan maklumat berhubung dengan perubahan itu dan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang ditetapkan kepada Pihak Berkuasa Kebangsaan.
(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya
Penyenggaraan dokumen dan daftar
35. (1) Mana-mana orang yang melibatkan diri dalam mana mana aktiviti yang dinyatakan dalam perenggan 31(1)(a) atau (b), mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah—
- (a) menyenggara suatu daftar dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditetapkan; dan
- (b) menyimpan semua dokumen selama tempoh yang ditetapkan,