Pergi ke kandungan

Intan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Berlian)
Berlian yang dipotong dan digilap menghasilkan kilauan yang cantik

Intan (Jawi: اينتن) atau berlian (Jawi: برليان, berakar daripada Perancis: brillant terbitan kata briller "bersinar" melalui serapan Belanda: briljant[1]) merupakan suatu galian bentuk berkristal, atau karbon allotrop, (allotrop karbon termasuk grafit dan fullerena). Ia merupakan galian yang paling terkenal dan berguna di antara 3,000 jenis mineral yang diketahui; batu ini paling didambakan kerana mutu fizikalnya yang hebat, terutamanya kekerasan dan optik yakni keupayaan menyelerakkan cahaya. Ciri-ciri ini dan yang lain menjadikan berlian digemari sebagai barangan perhiasan dan pelbagai kegunaan pengilangan.

Kebanyakan berlian dilombong daripada lohong luahan gunung berapi daripada isi perut bumi yang berkedalaman sehingga 90 batu (150 km) jauh dalam Bumi, di mana adanya tekanan dan suhu sesuai galian ini terhasil secara semulajadinya. Kebanyakan batu ini dilombong dari tengah dan selatan Afrika, namun sejumlah besarnya turut dijumpai di Kanada, Russia, Brazil, dan Australia. Sekitar 130 juta karat (26,000 kg) berlian dilombong setiap tahun, dengan jumlah keseluruhan hampir $9 billion. Sebagai tambahan, hampir empat kali ganda daripada jisim itu dihasilkan manusia secara sintetik.

Galian ini dikatakan mula dikenali dalam ketamadunan India sejak penemuan bahan sebegini yang dikaji wujud sepanjang sungai-sungai Penner, Krishna and Godavari dari seawal 3 hingga 6 alaf;[2] intan berlian ini ada dipakai dalam hiasan patung berhala mereka. Kemajuan teknologi melombong serta menggilap bahan ini sehingga memenuhi kehendak pasaran dunia yang semakin meningkat beserta pengiklanan dan pemasaran bahan ini yang berkesan menjadikan batu galian ini sangat direbutkan sejak abad ke-19.[3]

Ciri bahan

[sunting | sunting sumber]
Sel unit kristal berlian

Galian kristal ini bersifat lutsinar karbon tulen terdiri daripada atom karbon ikatan tetrahedron. Manusia berupaya menggunakan berlian dalam pelbagai kegunaan kerana ciri-ciri fizikal luar biasa. Yang paling jelas adalah kekerasan melampau berlian dan indeks penyelerakan optiknya. Kedua ciri-ciri ini membentuk asas bagi kebanyakan kegunaan berlian moden.

Ciri mekanikal

[sunting | sunting sumber]

Sruktur kristal: Berlian biasanya berkristal dalam bentuk sistem kristal dan terdiri daripada atom karbon ikatan tetrahedron. Bentuk kedua dikenali sebagai lonsdaleite dengan simetri heksagonal amat jarang dijumpai secara semulajadi, tetapi merupakan ciri-ciri berlian buatan. Bagaimanapun bentuk lain berlian dikenali sebagai karbonado; ini adalah kriptokristal. Berlian jernih, kelabu, atau hitam dengan struktur berputar (radial) seni adalah sferulit.

Susunan atom tetrahedral dalam kristal berlian adalah sumber kebanyakan ciri-ciri berlian; grafit, allotrop bentuk karbon lain, mempunyai struktur kristal rhombohedral dan hasilnya menunjukkan ciri-ciri fizikal dramatik — berlainan dengan berlian, grafit merupakan galian amat lembut, kelabu gelap lut-cahaya.

Struktur ikatan kristal berlian memberikan permata ini kekerasannya dan membezakannya daripada grafit

Ketahanan: Berlian adalah bahan paling keras yang wujud secara semulajadi, dengan 10 pada perbandingan skala Moh kekerasan galian dan mempunyai nilai kekerasan mutlak (absolute hardness) antara 167 dan 231 gigapaskal dalam pelbagai ujian. Kekerasan berlan telah diketahui semenjak masa silam lagi, yang merupakan punca namanya.

Kegunaan pengilangan umum berlian berasaskan pada kekerasan berlian yang luar biasa. Sebagai bahan paling keras yang diketahui wujud secara semulajadi, berlian boleh digunakan untuk mengilap, memotong, atau menghakis sebarang bahan, termasuk berlian lain. Penggunaan pengilangan biasa bagi keupayaan ini termasuk gerudi bermata berlian, dan gergaji.

Kekerasan berlian juga menyumbang kepada kesesuaiannya sebagai batu permata. Kerana ia hanya boleh dicalar oleh berlian lain, ia mengekalkan kilauannya dengan baik, kekal bersinar untuk tempoh yang lama. Tidak seperti permata lain, ia sesuai digunakan setiap hari kerana ia tahan calar — kemungkinannya sebab ia popular sebagai cincin kahwin atau cincin pertunangan, yang sering dikenakan setiap hari.

Kekerasan, tidak sama seperti ketahanan yang hanya menunjukkan ketahanan kepada calar, kekerasan berlian hanyalah pada serdahana baik. Kekerasan berkait dengan keupayaan sesuatu bahan daripada pecah akibat hentaman. Sebagaimana bahan lain, geometri mikroskopik berlian menyumbang kepada ketahanannya daripada pecah. Berlian yang dipotong dalam bentuk tertentu lebih mudah pecah berbanding potongan cara lain.

Warna: Berlian terbentuk secara semulajadi mempunyai pelbagai kilauan warna — jernih, putih, biru, kuning, merah, hijau, merah jambu, perang, — atau warna hitam. Berlian dengan warna kelihatan dikenali sebagai "berlian bewarna". Berlian bewarna mengandungi bendasing atau kecacatan struktur yang menyebabkan pewarnaan, sementara berlian tulen atau hampir tulen adalah jernih dan tanpa warna. Kebanyakan bendasing berlian menggantikan atom karbon dalam jaringan kristal. Bendasing paling biasa, nitrogen, menyebabkan sedikit warna kekuningan atau keperangan.

Ciri fizikal

[sunting | sunting sumber]

Penyelerakkan cahaya putih kepada warna pelangi, dikenali dalam bidang ini sebagai api, merupakan ciri utama lain permata berlian, dan telah dihargai sepanjang sejarah. Permata berlian biasanya dinilai oleh empat ciri iaitu Karat, Jernih, Warna, dan Potongan - empat C: carat, clarity, color, and cut. Berlian telah dihargai sebagai permata semenjak sekurang-kurangnya 2,500 tahun dahulu apabila ia digunakan sebagai ikon keugamaan di India. Kemashyuran berlian sebagai permata mula meningkat pada abad ke 19 apabila reka bentuk potongan yang dimajukan meningkatkan kualiti bentuk berlian sebagai permata.

Berlian dalam kegunaan pengilangan telah dikaitkan dengan kekerasannya; ciri-ciri ini menjadikan berlian sebagai bahan terbaik bagi perkakasan memotong dan pelicin — penggunaan biasa termasuk mata gergaji dan maa penggerudiatau kegunaan serbuk berlian sebagai bahan geseran (abrasive). Penggunaan khas lain juga wujud atau sedang dimajukan, termasuk penggunaan sebagai semikonduktor; sesetengan berlian biru merupakan semikonduktor semulajadi, berbanding berlian lain yang merupakan penebat yang baik. Berlian berkualiti pengilangan biasanya tidak sesuai unuk kegunaan sebagai permata atau dihasilkan secara buatan, yang menjadikan harga mereka murah dan ekonomik unuk dignakan.

Perlombongan dan perdagangan

[sunting | sunting sumber]

Penghasilan dan pengagihan berlian biasanya terletak dalam kawalan beberapa pemain utama, dan tertumpu dipusat perdagangan berlian traditional (yang paling utama adalah di Antwerp). De Beers Group, berasaskan di Johannesburg, Afrika Selatan dan London, England, merupakan pemain terbesar dalam industri berlian selama lebih seratus tahun; syarikat tersebut dan anak syarikatnya memiliki lombong berlian sendiri yang menghasilkan sekitar 40 peratus penghasilan berlian dunia, dan mengawal saluran pengedaran yang mengendalikan hampir dua per tiga daripada semua berlian dunia.

Sebahagian pertikaian mengenai berlian disebabkan amalan monopoli yang digunakan oleh De Beers termasuk kawalan ketat bagi bekalan dan manipulasi harga, termasuk juga amalan sebahagian kumpulan revolusi Afrika yang menjual berlian pertikaian untuk membiayai akiviti mereka yang sering ganas.

Perhiasan

[sunting | sunting sumber]

Dalam bidang industri

[sunting | sunting sumber]

80% jumlah intan berlian yang dilombong (bersamaan kira-kira 135,000,000 carat (27,000 kg) setahun) tidak sesuai dipilih untuk tujuan perhiasan kerana tidak memenuhi kriteria tertentu (seperti penampakkan permukaan yang kusam atau ada cela[4]); namun masih boleh dipakai dalam perindustrian[5] kerana sifat kekerasannya yang paling tinggi berbanding batu-batu lain; malah batu intan ini mampu digunakan untuk memotong batu yang mengandungi intan sendiri dalam perlombongan galian sejenis. Mata berlian turut digunapakai dalam gerudi, gergaji ataupun bahan empelas.

Batu ini mampu menahan pengaliran suhu yang tinggi, lalu ia mampu digunakan sebagai bahan penyimpan haba (heat sink) dalam penghasilan litar bersepadu elektronik.[6] Daya tahan ia juga mampu dipergunakan dalam tujuan eksperimen atau penyelengaraan (contohnya sebagai bahan bebola[7]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "briljant 'geslepen diamant'". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam – melalui EtymologieBank.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
  2. ^ Hershey, W. (1940). The Book of Diamonds. New York: Hearthside Press. m/s. 22–28. ISBN 978-1-4179-7715-4.
  3. ^ Epstein, E.J. (1982). "Have You Ever Tried To Sell a Diamond?". The Atlantic. Dicapai pada May 5, 2009.
  4. ^ Holtzapffel, C. (1856). Turning And Mechanical Manipulation. Holtzapffel & Co. m/s. 176–178. ISBN 978-1-879335-39-4.
  5. ^ "Diamond: The mineral Diamond information and pictures". minerals.net. Dicapai pada September 24, 2014.
  6. ^ Sakamoto, M.; Endriz, J.G.; Scifres, D.R. (1992). "120 W CW output power from monolithic AlGaAs (800 nm) laser diode array mounted on diamond heatsink". Electronics Letters. 28 (2): 197–199. doi:10.1049/el:19920123.
  7. ^ Spear, K.E; Dismukes, J.P. (1994). Synthetic Diamond: Emerging CVD Science and Technology. WileyIEEE. m/s. 628. ISBN 978-0-471-53589-8.

Sumber utama

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy