0% found this document useful (0 votes)
280 views3 pages

Teks Mimbar Da'Ie (Iman) New

teks mimbar daie 2024
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as PDF, TXT or read online on Scribd
0% found this document useful (0 votes)
280 views3 pages

Teks Mimbar Da'Ie (Iman) New

teks mimbar daie 2024
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as PDF, TXT or read online on Scribd
You are on page 1/ 3

TEKS MIMBAR DA’IE: IMAN

1. Ya Allah, hidupkan kami dengan Iman.


Ya Allah matikan kami dalam Iman, intro
Ya Allah bangkitkan kami dengan Iman,
Dan masukkan ke syurgamu dengan Iman.

Begitulah antara doa yang sering dibaca untuk kita pastikan hidup kita,
mati kita , sentiasa dalam keadaan beriman kepada Allah swt.

Assalamualaikum wrb. Apa khabar tuan-tuan dan puan puan semua?


Sihat? Alhamdulillah harapnya semua dalam keadaan sihat dan sejahtera
hendaknya in sha Allah.

Iman adalah anugerah yang sangat istimewa dan ia hanya dikurniakan


kepada insan yang terpilih sahaja.

Sebagai umat Islam, kita patut bersyukur apabila dilahirkan dalam


keluarga Islam. Tuan Puan, jangan pernah siakan anugerah Islam yang
cukup besar ini.

Iman bermaksud kita yakin terhadap wujudnya Allah dengan hati, lisan
dan perbuatan. Keimanan inilah yang kita perlu jaga . jauhkan diri
daripada perkara-perkara yang mendorong kepada perbuatan syirik,
kerana perbuatan syirik boleh merosakkan iman dan akidah seseorang.

Firman Allah swt:


ُ ‫س ٓو ۟ا ِإي َم ٰـ َن ُهم ِب‬
‫ظ ْل ٍم أ ُ ۟و َل ٰـٓ ِئكَ لَ ُه ُم ْٱْل َ ْم ُن َو ُهم‬ ۟ ُ‫ِين َءا َمن‬
ُ ‫وا َولَ ْم َي ْل ِب‬ َ ‫ٱلَّذ‬
٨٢ ‫ُون‬ َ ‫( ُّم ْهتَد‬surah al-An’am ayat 82).
Maksudnya: orang-orang yang beriman dan tidak mencampur
adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah
orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang
yang mendapat hidayah petunjuk.

Iman dalam diri manusia biasa, adakalanya bertambah dan adakalanya


berkurang. Berbeza dengan iman para rasul yang semakin bertambah dan
tidak berkurang. Juga berbeza dengan iman malaikat yang sentiasa sama
dan tidak berkurang.
Persoalannya, bagaimanakah caranya untuk menambah keimanan kita
kepada Allah? Tuan Puan yang dikasihi Allah sekalian, sebenarnya ada
banyak cara untuk kita tingkatkan keimanan kita kepada Allah swt.

Namun, cukuplah hanya 3 cara sahaja untuk saya kongsikan pada hari ini.

Tuan puan sekalian, dalam Islam kita ada senjata yang paling berkesan.
Namun, bukanlah pistol mahupun bom. Senjata yang saya maksudkan
adalah doa. Antara doa yang kita boleh amalkan ialah daripada..

Firman Allah swt:

ْ ‫اَمنَلَّدُنكَرحْ مةًَإِنَّكَأنت‬
َُ ‫َالو َّه‬
‫اب‬ ْ ‫رَبَّناََلَت ُ ِز‬
ِ ‫غَقُلُوبناَب ْعدَإِ ْذَهديْتناَوهبْ َلن‬
Maksudnya: "Wahai tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami
condong kepada kesesatan setelah Engkau beri petunjuk kepada kami,
dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya
Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)" (Ali Imran: 8).

Tuan puan, nak tingkatkan iman, doa kita dah buat. Hari-hari kita doa, tapi
jangan hanya doa sahaja. Usaha juga penting, macam mana? Dengan
hadir ke majlis-majlis ilmu. Dengan ilmu inilah kita dapat mengenal mana
yang betul dan mana yang salah. Dengan ilmu ini jugalah manusia dapat
meningkatkan keimanannya kepada Allah SWT. Kerana, manusia ini
lumrahnya pelupa, maka dengan hadirnya ke majlis-majlis ilmu inilah
manusia sentiasa mengingati Allah dan takut untuk melakukan dosa.

Tuan puan sekalian, pernah tak dengar perkataan amar ma’ruf nahi
munkar? Pernah? Tahu ke apa maksud amar ma’ruf nahi munkar ni?
Haaaa.... amar makruf nahi munkar sebenarnya ada 2 maksud yang
berlawanan.

Amar makruf bermaksud mengajak dan menyeru manusia untuk


melakukan apa apa kebaikan yang diperintahkan oleh agama.

Sebaliknya, nahi mungkar pula bermaksud mencegah manusia dari


melakukan perkara mungkar atau yang ditegah oleh agama Islam.

Jadi apa kaitannya, amar makruf nahi mungkar ini dengan iman?
Mestilah ada kaitannya! Sekiranya manusia sentiasa melakukan segala
perintah yang Allah suruh dan tinggalkan segala perkara yang Allah larang
sudah tentu iman manusia itu akan juga bertambah in sha Allah.

Antara ibrah yang boleh kita ambil daripada kisah sahabat Nabi yang
sangat tinggi keimanannya kepada Allah iaitu Bilal bin Rabbah ialah,
diceritakan bahawa Umayyah bin Khallaf pernah membawanya keluar
semasa panas terik, lalu membaringkannya di satu kawasan lapang
Makkah. Umayyah juga memerintahkan supaya meletakkan batu besar di
atas dadanya dan berkata : ”perkara ini akan berterusan sehingga dia mati
atau kufur dengan Muhammad”.

Maka, apa yang bilal lakukan? Walaupun dalam keadaaan diseksa, bilal
tetap menyatakan ”Ahad, Ahad”. Betapa kuatnya keimanan bilal kepada
Allah dan Islam, walaupun terseksa namun hatinya tetap beriman kepada
Allah swt.

Tuan puan, tingkatkanlah iman kita setiap hari. Sesungguhnya syurga


Allah sedang menanti.

Sekian, wabilahi taufiq wal hidayah


Wassalamualaikum wbr.

You might also like

pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy