0% found this document useful (0 votes)
37 views5 pages

Garis Panduan Tanda Cemerlang Versi 2.0

a

Uploaded by

jannah5392
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as PDF, TXT or read online on Scribd
0% found this document useful (0 votes)
37 views5 pages

Garis Panduan Tanda Cemerlang Versi 2.0

a

Uploaded by

jannah5392
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as PDF, TXT or read online on Scribd
You are on page 1/ 5

JAWATANKUASA PROGRAM NEGARA

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

GARIS PANDUAN PEMBERIAN TANDA CEMERLANG RAMBU PENGAKAP

1. TUJUAN

Garis panduan ini disediakan bertujuan: -

a. untuk menyelaraskan dasar dan kaedah pemberian tanda cemerlang rambu Pengakap kepada
Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja, dan Pengakap Kelana Persekutuan
Pengakap Malaysia (PPM).

b. sebagai panduan kepada PPM Negeri dan PPM Daerah yang ingin memberikan tanda cemerlang
rambu Pengakap kepada ahli-ahli Pengakap yang cemerlang berdasarkan program Pengakap
yang berkenaan.

2. SKOP

Garis panduan ini meliputi semua jenis tanda cemerlang rambu Pengakap termasuk Pengakap
Berkeperluan Khas seperti berikut:

a. Pengakap Kanak-Kanak (Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri)


b. Pengakap Muda/Muda Laut/Muda Udara (Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara)
c. Pengakap Remaja/Remaja Laut/Remaja Udara (Anugerah Ketua Pengakap Negara)
d. Pengakap Kelana/Kelana Laut/Kelana Udara (Rambu Pengakap Kelana)

3. TANGGUNGJAWAB

a. Setiausaha Program Negara bertanggungjawab menentukan prosedur ini diikuti semasa


permohonan pemberian tanda cemerlang rambu Pengakap dikemukakan.

b. Mana-mana individu yang terlibat dalam urusan permohonan pemberian tanda cemerlang
rambu Pengakap perlu mematuhi prosedur ini.

4. PENGENALAN

a. PPM dari semasa ke semasa kerap menerima permohonan daripada PPM Daerah melalui PPM
Negeri untuk memberi tanda cemerlang rambu Pengakap kepada ahli-ahli Pengakap yang
cemerlang.

b. Pemberian tanda cemerlang rambu Pengakap adalah bertujuan

i. untuk memberi pengikirafan kepada pencapaian kecemerlangan Pengakap dalam


menyempurnakan program Pengakap;

ii. sebagai inspirasi kepada mereka untuk terus cemerlang dan maju dalam dunia
Kepengakapan dan dunia luar; dan

iii. memupuk budaya kecemerlangan dalam kalangan Pengakap.

Garis Panduan Pemberian Tanda Cemerlang Rambu Pengakap Versi 2.0 1|5
5. KATEGORI

Pemberian tanda cemerlang rambu Pengakap dibahagikan unit Pengakap berikut termasuk
Pengakap Berkeperluan Khas:

a. Pengakap Kanak-Kanak – Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri

Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri merupakan anugerah tertinggi bagi unit
Pengakap Kanak-Kanak. Sijil Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri yang dikeluarkan
oleh PPM akan ditandatangani oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri yang berkenaan. Tanda
cemerlang rambu Pengakap Kanak-Kanak adalah berwarna biru.

b. Pengakap Muda, Pengakap Muda Laut, Pengakap Muda Udara – Anugerah Ketua
Pesuruhjaya Pengakap Negara

Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara merupakan anugerah tertinggi bagi unit
Pengakap Muda/Muda Laut/Muda Udara. Sijil Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
yang dikeluarkan oleh PPM akan ditandatangani oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.
Tanda cemerlang rambu Pengakap Muda adalah berwarna hijau.

c. Pengakap Remaja, Pengakap Remaja Laut, Pengakap Remaja Udara – Anugerah


Ketua Pengakap Negara

Anugerah Ketua Pengakap Negara merupakan satu pencapaian berterusan bagi unit Pengakap
Remaja sebelum seseorang Pengakap Remaja/Remaja Laut/Remaja Udara itu meneruskan
proses latihan ke arah Anugerah Pengakap Raja. Sijil Anugerah Ketua Pengakap Negara akan
ditandatangani oleh Ketua Pengakap Negara. Tanda cemerlang rambu Pengakap Remaja adalah
berwarna kuning.

d. Pengakap Kelana, Pengakap Kelana Laut, Pengakap Kelana Udara – Rambu


Pengakap Kelana

Rambu Pengakap Kelana merupakan satu pencapaian berterusan bagi unit Pengakap Kelana
sebelum seseorang Pengakap Kelana/Kelana Laut/Kelana Udara itu meneruskan proses latihan
ke arah Anugerah Baden-Powell. Sijil Rambu Pengakap Kelana akan ditandatangani oleh Ketua
Pengakap Negara. Tanda cemerlang rambu Pengakap Kelana adalah berwarna merah.

6. SYARAT-SYARAT PEMBERIAN

Lulus semua lencana seperti yang dikehendaki serta syarat-syarat tambahan seperti yang
terkandung dalam program Pengakap berkenaan sahaja.

7. KUASA PEMBERIAN

a. Pegawai Pengakap yang diberi kuasa untuk menentukan pemberian tanda cemerlang rambu
Pengakap ialah Pesuruhjaya Pengakap Daerah seperti yang diperuntukan dalam Bahagian V
(Pertubuhan Bahagian atau Wilayah dan Daerah) Peraturan 125(4) dan 125(6) Dasar,
Organisasi, dan Peraturan (POR) PPM yang berbunyi seperti berikut:

i. Peraturan 125(4) Menyeliakan latihan Pemimpin dan program Pengakap.

Garis Panduan Pemberian Tanda Cemerlang Rambu Pengakap Versi 2.0 2|5
ii. Peraturan 125(6) Menentukan kelayakan pemakaian sebarang lencana
kepandaian dan kemajuan dan berkuasa menarik balik lencana
tersebut jika didapati tidak layak.

8. TATACARA PERMOHONAN SIJIL

8.1. Mod Permohonan

a. Semua permohonan adalah melalui mod elektronik dan pihak JKPN tidak lagi menerima
permohonan secara salinan cetak (hard copy) bagi mengurangkan penggunaan kertas
serta bagi melicinkan proses permohonan.

b. Salinan asal borang-borang permohonan boleh disimpan oleh PPM Daerah atau PPM
Negeri tertakluk kepada prosedur pengurusan dan tadbir urus PPM Negeri masing-
masing.

8.2. Proses Permohonan

a. Peringkat Daerah

i. PPM Daerah berkenaan kenalpasti Pengakap yang layak diberi tanda cemerlang
rambu Pengakap berkenaan mengikut syarat-syarat pemberian.

ii. PPM Daerah berkenaan menguruskan urusan permohonan pemberian tanda


cemerlang rambu Pengakap berkenaan dengan memastikan borang
permohonan individu dan borang permohonan kelompok lengkap diisi.

iii. Borang permohonan individu yang lengkap yang telah ditandatangani oleh
Pemimpin Kumpulan berkenaan sebagai pencalon dan diluluskan oleh
Pesuruhjaya Pengakap Daerah berkenaan hendaklah dihantar bersama-sama
dengan borang permohonan kelompok kepada PPM Negeri berkenaan.

b. Peringkat Negeri

i. PPM Negeri berkenaan menerima borang permohonan individu dan borang


permohonan kelompok yang lengkap daripada PPM Daerah berkenaan.

ii. PPM Negeri berkenaan hendaklah memperakukan semua permohonan


pemberian tanda cemerlang rambu Pengakap yang diserahkan oleh PPM
Daerah berkenaan sekiranya borang permohonan individu dan borang
permohonan kelompok adalah lengkap.

iii. PPM Negeri berkenaan hendaklah memajukan borang permohonan kelompok


sahaja yang telah diperakukan kepada Jawatankuasa Program Negara (JKPN)
melalui e-mel.

iv. Semua permohonan hendaklah dikemukakan dengan surat iringan daripada


PPM Negeri yang ditujukan seperti berikut:

Kepada : Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara


Persekutuan Pengakap Malaysia
(u.p.: Pesuruhjaya Program Negara)

Garis Panduan Pemberian Tanda Cemerlang Rambu Pengakap Versi 2.0 3|5
v. Semua permohonan hendaklah dihantar ke alamat programme@scouts.my
dan disalinkan ke pengakap@scouts.my.

vi. Lampiran kepada e-mel yang dihantar ialah

1. Surat Iringan (cover letter) PPM Negeri yang berkenaan;


2. *Borang Permohonan Kelompok (versi MS Excel); dan
3. Resit Pembayaran.

*Borang Permohonan Kelompok (versi MS Excel) yang dihantar melalui e-mel


bersama surat iringan PPM Negeri yang berkenaan akan diterima sebagai
dokumen yang telah diperakukan oleh Pesuruhjaya Daerah yang berkenaan
dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri yang berkenaan.

c. Peringkat Kebangsaan

i. JKPN menerima semua permohonan pemberian tanda cemerlang rambu


Pengakap dan akan menyemak dan seterusnya memperakukan semua
permohonan yang lengkap kepada Ibu Pejabat Kebangsaan (NHQ) untuk
tujuan pengeluaran sijil anugerah berkenaan.

ii. Pegawai Meja Bahagian Program NHQ akan menguruskan pencetakan dan
penghantaran sijil anugerah yang telah diperakukan kepada PPM Negeri
berkenaan.

iii. Surat pemakluman akan dikeluarkan oleh JKPN melalui e-mel kepada PPM
Negeri berkenaan terlebih dahulu untuk memaklumkan status permohonan
sementara pihak NHQ menguruskan pencetakan dan penghantaran sijil
anugerah berkenaan.

9. JADUAL KERJA PEMIMPIN YANG BERTANGGUNGJAWAB

Bil. Perkara Tindakan


1. Mengisi borang permohonan individu dan majukan borang PK
permohonan individu kepada ADC Unit.
2. Mengisi borang permohonan kelompok dan majukan kepada JK ADC Unit
Program Daerah.
3. Menyemak semua borang yang telah dikemukakan dan majukan DPC/DPS
kepada DC.
4. Menimbang kelulusan semua permohonan serta mengesahkan semua DC
borang permohonan dan diserah kembali kepada DPC/DPS.
5. Memajukan borang permohonan individu dan borang permohonan DPC/DPS
kelompok kepada SPC/SPS.
6. Menyemak semua borang yang telah dikemukakan dan majukan semua SPC/SPS
borang yang lengkap kepada SCC untuk perakuan.
7. Memperakukan semua permohonan yang lengkap dan diserah kembali SCC
kepada SPC/SPS.
8. Memajukan kepada JK Program Negara melalui e-mel seperti dalam SPC/SPS
perenggan 8.2(b)(vi).

Garis Panduan Pemberian Tanda Cemerlang Rambu Pengakap Versi 2.0 4|5
9. Memperakukan kepada Ibu Pejabat Kebangsaan NPC/NPS

Petunjuk –
NPC - National Programme Commissioner / Pesuruhjaya Program Negara
SCC - State Chief Commissioner / Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
NPS - National Programme Secretary / Setiausaha Program Negara
SPC - State Programme Commissioner/Chairperson / Pesuruhjaya/Pengerusi Program Negeri
DC - District Commissioner / Pesuruhjaya Pengakap Daerah
SPS - State Programme Secretary / Setiausaha Program Negeri
DPC - District Programme Chairperson / Pengerusi Program Daerah
DPS - District Programme Secretary / Setiausaha Program Daerah
ADC - Assistant District Commissioner / Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah
PK - Pemimpin Kumpulan

10. TARIKH KUAT KUASA PEMBERIAN

a. Tarikh kuat kuasa pemberian tanda cemerlang rambu Pengakap adalah tarikh yang mana
pencalonan berkenaan diluluskan oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah berkenaan.

b. Walau bagaimanapun, tarikh kuat kuasa ini hanya boleh dikuatkuasakan selepas surat
pemakluman berkenaan dengan status permohonan daripada JKPN telah diterima.

- TAMAT -

Garis Panduan Pemberian Tanda Cemerlang Rambu Pengakap Versi 2.0 5|5

You might also like

pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy