Demografi Singapura
Demografi Singapura | |
---|---|
Kedinamikan | |
Jumlah penduduk | 5.92 juta |
Kadar kematian | ▬ 2.2/1,000 penduduk (2023) |
Jangka hayat | ▲ 83.0 tahun (2022) |
– lelaki | ▲ 80.7 tahun (2022) |
– perempuan | ▲ 85.2 tahun (2022) |
Kadar kesuburan | ▼ 0.97 (2023) |
Bangsa | |
Etnik majoriti | Cina |
Etnik minoriti | Melayu, India, Serani |
Bahasa | |
Rasmi | Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil |
Dituturkan | Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil, Singlish dan lain-lain |
Catatan kaki | |
[1][2] | |
sunting · sunting di Wikidata |
Menurut Jabatan Perangkaan Singapura, negara ini merekodkan jumlah penduduk seramai 5.92 juta orang setakat Jun 2023 iaitu peningkatan sebanyak 5% berbanding Jun tahun sebelumnya.[1] Daripada jumlah tersebut, 3.61 juta daripadanya merupakan warganegara, 1.77 juta orang bukan warganegara dan 540 ribu lagi merupakan penduduk tetap.[2] Kumpulan bukan warganegara ini secara majoritinya merupakan para pekerja hijrahan tanpa hak politik yang dikecualikan daripada perangkaan demografi yang rasmi.
Kumpulan etnik
[sunting | sunting sumber]Cina 77%, Melayu 14%, India 7.6%, lain-lain 1.4%.
Sumber: Banci 20008
Bahasa
[sunting | sunting sumber]Singapura memiliki empat bahasa rasmi: Inggeris, Melayu, Mandarin dan Tamil.
Bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu walaupun penggunaan bahasa Inggeris lebih meluas. Bahasa Inggeris merupakan bahasa perantaraan di antara kaum di Singapura. Ia juga digunakan dalam sistem pendidikan dan dalam pentadbiran kerajaan.
Bahasa Inggeris pasar yang digunakan oleh rakyat Singapura dalam situasi tidak formal dikenali sebagai 'Singlish'.
Walaupun kerajaan Singapura menggalakkan penggunaan Bahasa Mandarin untuk penduduk Cinanya, masih wujud segelintir penduduknya yang lebih selesa berbual dalam dialek masing-masing seperti, Hokkien, Teochew, Kantonis dan lain-lain. Namun penggunaan dialek lebih tertumpu kepada penduduk yang telah telah berumur.
Lebih 60% penduduk India Singapura bertutur dalam bahasa Tamil sebagai bahasa ibunda. Bahasa-bahasa India yang lain termasuk Malayalam,bahasa Telugu danHindi.
Lebih kurang 5000 orang peranakan yang dikenali sebagai Baba dan Nyonya masih menggunakan sebuah dialek bahasa Melayu yang dikenali sebagai Bahasa Melayu Baba.
Agama
[sunting | sunting sumber]Singapura pada umumnya membenarkan kebebasan beragama walaupun sesetengah kumpulan diperiksa dengan teliti oleh kerajaan. Terdapat juga kumpulan agama yang telah diharamkan.
Di Singapura, hampir semua orang Melayu beragama Islam. Agama-agama lain yang dianuti oleh masyarakat Singapura termasuk Buddha, Taoisme, Konfusianisme, Hindu, Sikh dan Kristian.
Peratusan penganut agama (umur 15 tahun ke atas):
Buddha/Taoisme | 51.0% |
Islam | 14.9% |
Tiada agama | 14.8% |
Kristian | 14.6% |
Hindu | 4.0% |
Lain-lain (Sikh, Konfucius, etc) | 0.6% |
Sumber: Banci 2000
Jumlah penduduk
[sunting | sunting sumber]4,600,000 (ang. Julai 2003)
Umur | Peratusan | Lelaki | Wanita |
---|---|---|---|
0-14 tahun | 18% | 390,352 | 365,730 |
15-64 tahun | 75% | 1,520,875 | 1,590,355 |
65 tahun keatas | 7% | 124,413 | 159,539 |
(ang. 2000)
Kadar pertumbuhan penduduk | 3.54% |
Kadar kelahiran | 12.79 kelahiran/1,000 penduduk |
Kadar kematian | 4.21 kematian/1,000 penduduk |
Kadar migrasi (bersih) | 26.8 migran/1,000 penduduk |
(ang. 2000)
Umur | lelaki/wanita |
---|---|
waktu lahir | 1.08 |
bawah 15 tahun | 1.07 |
15-64 tahun | 0.96 |
65 tahun keatas | 0.78 |
Jumlah penduduk | 0.96 |
(ang. 2000)
Kadar kematian bayi
[sunting | sunting sumber]3.65 kematian/1,000 kelahiran (ang. 2000)
Jangkahayat
[sunting | sunting sumber]lelaki:
77.1 tahun
wanita:
83.23 tahun (ang. 2000)
Kadar kesuburan
[sunting | sunting sumber]1.16 anak/wanita (ang. 2000)
Kadar literasi
[sunting | sunting sumber]Umur 15 tahun keatas
Tahun | 2000 | 1990 |
---|---|---|
Jumlah | 92.5% | 89.1% |
Lelaki | 96.6% | 95.1% |
Wanita | 88.6% | 83.0% |
Sumber: Banci 2000
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Singapore Population" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Perangkaan Singapura. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 17 Julai 2024. Dicapai pada 17 Julai 2024.
- ^ a b "Overview" (dalam bahasa Inggeris). Divisyen Kependudukan dan Bakat Nasional, Pejabat Perdana Menteri. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Mei 2024. Dicapai pada 17 Julai 2024.