Geseran farinks tak bersuara
Nombor AFA | 144 | ||
---|---|---|---|
Pengekodan | |||
X-SAMPA | X\ | ||
| |||
Sampel audio | |||
Geseran farinks tak bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ħ (huruf h kecil berpotong) dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan X\ dalam X-SAMPA.
Penutur bahasa Melayu lebih menemukan bunyi konsonan ini pada bahasa Arab yang mempunyai huruf ح (ḥa) sebagai wakil bunyi ini,[1] huruf itu pula dikenali sebagai ha pedas kerana keterdekatannya dengan bunyi cungapan yang terhasil apabila memakan makanan pedas. Walau bagaimanapun, kata pinjaman diserapkan dari bahasa ini akan terubah fonemnya kepada yang hampir mirip iaitu geseran glotis tak bersuara (/h/).[1]
Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]Ciri-ciri geseran farinks tak bersuara:
- Cara artikulasinya adalah geseran, iaitu dihasilkan dengan menjerut aliran udara melalui saluran sempit di daerah artikulasinya.
- Daerah artikulasinya adalah farinks, iaitu disebut dengan akar lidah menyentuh farinks.
- Jenis pembunyiannya adalah tak bersuara, iaitu dihasilkan tanpa menggetarkan pita vokal.
- Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
- Disebabkan tidak disebut dengan lidah, maka tiada ertinya menentukan sama ada konsonan ini adalah konsonan tengah atau sisian.
- Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.
Penggunaan
[sunting | sunting sumber]Bahasa | Perkataan | IPA | Erti | Catatan | |
---|---|---|---|---|---|
Abkhaz | ҳара | [ħaˈra] | 'kami' | ||
Agul | ? | [muħ] | 'bangsal' | ||
Arab | Baku[2] | واحد | [wɑːˈħid] | 'satu' | Rujuk fonologi bahasa Arab |
Avar | xIебецI | [ħeˈbetsʼ] | 'tahi telinga' | ||
Chechen | xъач/ẋaç | [ħatʃ] | 'plam' | ||
Galicia[3] | [[[Abjad Rumi|gato]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [ˈħato] | 'kucing' | ||
Ibrani | חַשְׁמַל | [ħaʃmal] | 'elektrik' | Sebutan Sefardi, rujuk fonologi bahasa Ibrani | |
Kabardia | щхьэ | [ɕħæ] | 'kepala' | ||
Kabyle | aḥeffaf | [aħəffaf] | 'perias rambut' | ||
Kurdi | hol | [ħol] | 'alam sekitar' | sesetengah dialek; dialek lain menyebut [h] | |
Malta | Baku | wieħed | [wiħːed] | 'satu' | |
Sioux | Nakota | [haħdanahã] | 'semalam' | ||
Somali | [[[Abjad Rumi|xood]]] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) | [ħoːd] | 'tongkat' |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Zaharani Ahmad; Maizura Osman; Nor Hashimah Jalaluddin (2011). "Penyerapan dan pengubahsuaian konsonan Arab dalam Bahasa Melayu". Jurnal Bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 1: 116, 122–3.
- ^ Watson (2002:19)
- ^ Regueira (1996:120)
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Ladefoged, Peter & Ian Maddieson (1996), The Sounds of the World's Languages, Blackwell, ISBN 0-631-19815-6
- Regueira, Xose (1996), "Galician", Journal of the International Phonetic Association 26 (2): 119-122
- Watson, Janet (2002), written at New York, The Phonology and Morphology of Arabic, Oxford University Press