Content-Length: 202852 | pFad | http://ms.wikipedia.org/wiki/Kamal_Adli

Kamal Adli - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Kamal Adli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kamal Adli
Kelahiran
Ahmad Kamal bin Ahmad Adli

(1985-04-16) 16 April 1985 (umur 39)
PekerjaanPelakon, pengacara
Tahun aktif2008–kini
PasanganUqasha Senrose (k. 2021)
Anak-anak1

Ahmad Kamal Ahmad Adli (lahir 16 April 1985) ialah seorang pelakon dan pengacara Malaysia. Beliau ialah juara Hero Remaja 2007/2008 dan menempa nama sebagai pelakon komedi popular di samping berkebolehan melakonkan pelbagai jenis watak termasuk drama. Gaya lakonan komedi Kamal disifatkan segar dan tersendiri hingga menjadi tanda dagangnya.

Kamal muncul dalam beberapa drama televisyen seperti Bio-Nik, Zati & Si Mawas, Ana lu'lu, Putera Rayyan, Black Belt Kaler Pink dan Black serta telefilem termasuk Kekasihku Is Setan, Nyamuk Tak Berdosa, Rongples Rongtaim dan Perempuan Tanpa Dosa.

Beliau juga terkenal dengan peranan filem termasuk Niyang Rapik (2010), Kembar Siang (2011), Gerimis Mengundang (2012), Gangster Celop (2013), Abang Long Fadil (2014) dan Takluk: Lahad Datu (2024). Beliau merupakan lulusan bidang Penyiaran di Institut Media Integratif Malaysia (MIIM).

Beliau telah melamar Uqasha Senrose pada 20 Disember 2020, di acara langsung Anugerah MeleTOP Era. Pada 13 Mac 2023, beliau teruk dipukul oleh lelaki bercota warga Singapura yang disangka peminat. [1]

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Kamal dilahirkan pada 16 April 1985 di Pekan, Pahang dan merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik. Beliau ialah juara Hero Remaja 2007/2008.[2] Kamal berkelulusan dalam Bidang Penyiaran di Institut Media Integratif Malaysia (MIIM; Akademi TV3).

Peranan pertama Kamal dalam bidang lakonan ialah pada 2008 menerusi peranan kecil dalam siri drama Renjis musim kedua di Astro Ria, seterusnya memulakan kerjayanya sebagai pengacara apabila beliau mengacarakan rancangan Pandanganku, Ceritaku yang juga bersiaran di Astro Ria. Pada 2009, Kamal diberikan peranan utama sebagai Nik menerusi drama adiwira cereka sains TV3, Bio-Nik terbitan KRU Studios.[3] Drama ini berkisarkan seorang remaja yang bernama Nik yang cedera parah dalam kemalangan jalan raya, lalu dibangkitkan semula dengan berlengkapkan pelbagai ciri-ciri robotik yang canggih lagi serba boleh dalam badannya.[4][5][6]

Selepas Bio-Nik, Kamal berlakon bersama Liyana Jasmay menerusi drama Zati & Si Mawas.[7] Peranan pertama di layar lebar hadir pada 2010 apabila Kamal membintangi filem sulung lakonannya, Niyang Rapik arahan Ahmad Idham bersama Shaheizy Sam dan Awal Ashaari.[8]

Pada tahun 2011, Kamal bersama Liyana dan Zahiril Adzim membintangi filem seram Senjakala arahan Ahmad Idham yang mana beliau memegang watak pembantu sebagai penduduk kampung. Beliau pertama kali berpasangan dengan Intan Ladyana menerusi filem Kembar Siang arahan Hatta Azad Khan, Kamal memegang watak dua beradik kembar, iaitu Awal dan Awi. Seterusnya, beliau membintangi drama Ana lu'lu’' bersama Nora Danish yang disiarkan di Slot Lestary TV3.

Bekerja sekali lagi di bawah arahan Idham, Kamal bergandingan bersama aktres Indonesia, Olivia Lubis Jensen menerusi filem romantik gabungan Malaysia-Indonesia, Gerimis Mengundang yang ditayangkan pada 31 Mei 2012. Kamal kembali ke layar kaca dengan melakonkan watak utama dalam siri Putera Rayyan di Slot Samarinda TV3 bersama dua heroinnya, Miera Leyana dan Nad Zainal.

Pada tahun 2013, Kamal bersama Syamsul Yusof dan Hanis Zalikha berlakon dalam filem aksi komedi arahan Ahmad Idham dan Datuk Yusof Haslam, Gangster Celop.[9] Beliau kemudiannya berlakon dalam filem 3 Temujanji arahan Hashim Rejab lakonan Pierre Andre dan Yana Samsudin. Seterusnya, beliau menjadi peserta rancangan realiti TV, Liga Lawak Superstar. Beliau menyertai barisan pelakon termasuk Jalaluddin Hassan, Razak Ahmad, Julia Ziegler, Radhi Khalid dan Najwa P. Ramlee dalam pementasan teater Asmara Songsang arahan Rahman Adam yang dipentaskan di Lambang Sari, Istana Budaya pada 1 dan 2 Mac 2013.[10][11]

Pada tahun 2014, beliau bersama Zizan Razak memegang watak utama dalam filem aksi komedi Abang Long Fadil arahan Syafiq Yusof.[12] Filem ini merupakan terbitan turunan daripada filem KL Gangster, Kamal melakonkan watak sebagai Adam, anak kepada seorang pendekar. Seterusnya, beliau berlakon dalam filem seram arahan Pierre Andre, Cerita Hantu Malaysia.

Kamal memegang watak sebagai Chi dalam telefilem Rongples Rongtaim arahan Yusry KRU lakonan bersama Tauke Jambu, Chelsia Ng, Bell Ngasri, Chew Kin Wah dan Ayahanda Abdul Rani Kulup. Telefilem ini disiarkan di slot Karya 12 Astro Citra.[13] Ini merupakan kali kedua Kamal dan Tauke berlakon bersama selepas Abang Long Fadil.

Beliau berlakon bersama Aaron Aziz dalam drama komedi Black Belt Kaler Pink yang bersiaran di Astro Warna, seterusnya muncul dalam filem drama ketenteraan arahan Jurey Latiff Rosli, Malay Regiment yang ditayangkan pada 31 Ogos 2017.

Beliau juga mendapat undangan dalam satu rancangan sitkom yang ditayangkan di saluran Youtube FINAS Malaysia iaitu Sitkom 'Mamu Mami Gosip ' yang diterajuai Kazar Saisi, Tauke Jambu, Delimawati, Fasha Sandha, Elisya Sandha, Afifah Nasir, Aidil Aziz, Fikhree Bakar dan Amyza Adnan. Kamal merupakan salah satu tetamu jemputan disamping Zahirah Macwilson, Saharul Ridzwan, Arwah Abam Bocey, Joey, Fauziah Nawi, Hazama, Farahdhiya, Achey, Liza Abdullah, Azrel Ismail dan ramai lagi. Sitkom ini telah dirakam 3 tahun lalu (2017) sebelum wujudnya Covid 19.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Kamal sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Intan Ladyana selama lebih 6 tahun, namun mereka berdua memutuskan hubungan selepas enam tahun bersama. Namun demikian, perpisahan itu tidak dapat diterima bagi Kamal yang masih lagi berharap agar percintaan mereka dapat disambung kembali. Menurut Kamal, beliau berasa kecewa dengan perpisahan ini dan tidak menyangka Intan akan meninggalkannya begitu sahaja setelah 6 tahun menyulam cinta.[14][15][16][17][18][19][20][21][22][23]

Kini Kamal masih sendiri dan banyak fokus pada kerjaya. Beliau juga terpalit dengan gosip tentang hubungan beliau dengan Uqasha Senrose kerana mereka sangat rapat sewaktu bekerjasama dalam drama Setelah Terlafaznya Akad. Namun begitu keduanya terlihat sering bersama dan Kamal juga sering terlibat dengan majlis keluarga Uqasha. Pengarah drama terbaru 'Perempuan Tanpa Dosa' yang kini ditayangkan di Astro Ria, iaitu Michael Ang cuba membongkar gosip yang menyatakan Kamal dan Uqasha telah pergi ke kursus kahwin sewaktu tiada sesi penggambaraan antara mereka pada bulan Oktober di Instagram Michael, namun mereka tidak memberi sebarang tanda bahawa apa yang dikatakan oleh Michael adalah benar.

Detik 20 Disember 2020, selepas menyampaikan anugerah bagi kategori “Grup/Duo Meletop Era”, “Lagu Meletop Era” dan “Penyanyi Meletop Era” di acara Anugerah MeleTOP Era, Kamal memberanikan diri untuk melamar Uqasha sebagai isteri yang juga pasangannya penyampai anugerah, secara langsung. Uqasha, yang terkejut dengan lamaran spontan itu, terima lamaran Kamal. Mereka telah mengikat tali pertunangan pada 4 April 2021 dan telah menikah pada 5 November 2021 tahun lalu dalam majlis yang diadakan secara tertutup.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
2010 Niyang Rapik Helmi Filem pertama
Semerah Cinta Stilleto Randy Penampilan kameo
2011 Senjakala Abang Intan
Kembar Siang Awal / Awi
Senario The Movie Ops Pocot Hairi
2012 Gerimis Mengundang Zamani
Salam Cinta Amirul
Aku Ada, Kau Ada??? Aziz Sattar
3 Temujanji Kamal
PE3 Fumi/Sarjan Akbar
Apa Celop Toqq Doktor Penampilan kameo
2013 Gangster Celop Aman
Cinderella Ray
Paku Pian
2014 Abang Long Fadil Adam
MTB: Misi Tawan Baby[24] Helmi
Cerita Hantu Malaysia Saad
2015 Isteri Untuk Dijual Redza
Apartment Nasa
2016 Kecoh! Primadona Kena Hantu Nek Nak
2017 Malay Regiment Kamal
Kolestrol vs Cinta Irfan
2018 Blok 404 Penampilan khas
2020 Superbike The Movie Bugis
2022 Gracias Barcelona Dirinya sendiri
Zaara Remy
2023 Escape Adam / Kapten Khalif
2024 Takluk: Lahad Datu DSP Jailani
2025 Munajat Kekasih Lothfi Pos-produksi
TBA Satu Pra-produksi

Drama bersiri

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2008 Impian Sunsilk Johan Dhani TV3
Renjis 2 Budi Astro Ria
2009 Bio-Nik Nik TV3
Zati & Si Mawas Iskandar
2010 Mayang Mengurai Shahrul
Seribu Kali Cinta Nizam
Shah Jihan Jihan
Pusaka Sham TV2
Blogger Boy: Episod 35 Teman Lelaki Adriani 8TV
Tipah Vavavoom Imran TV3
2011 Ana lu'lu Harris Azhan
Gemilang Umar
Terowong: Penunggu Amin
2012 Apa Celop! Aman
Putera Rayyan Putera Rayyan
Runtun Qalbu Qalbu
2013 Tanggang Ayu Haziq Astro Prima
Bila Hati Perempuan Menjerit Amar
Terukir Di Bintang Zain TV3
2014 Syurga Tanpa Cinta Luqman TV1
Jiwa Jiwa TV3
Antidot Alam
Alam Maya Amman TV9
Masihkah Ada Cinta Sam TV3
2015 Jodoh Sebelah Pintu Dr Badrul Syah HyppTV
2016 Sha & Shah Fariz Ameerul Shah Astro Ria
#AssalamualaikumCinta Azrif Iqbal
Pergilah Air Mata Badrul TV1
Oh My English! After School Kamal Astro TVIQ
PU Wid Ahmad Widad Astro Oasis
2017 Black Belt Kaler Pink Burn Astro Warna
Pergilah Air Mata: 4 Episod Khas Badrul TV1
Duda Pujaan Dara Tengku Razeen Astro Ria
2018 Banteras Badrul
Jika Masih Ada Rindu Hisyam TV3
2019 Setelah Terlafaznya Akad Hanan Astro Ria
Utusan Cinta Buat Adam Adam Firdaus TV3
2019–2021 Black Detektif Khairul Malik / Black Viu
2020 Bukan Kahwin Paksa Izz Rizqin TV3
Perempuan Tanpa Dosa Rizal Astro Ria
2021 Mamu Mami Gosip FINAS Malaysia
Lockdown ACP Hamdan Astro Ria
Scammer Joe
Sihir Nuh
2022 Setelah Terlafaznya Akad 2 Hanan
2023 Akira Khan Raden
B.A.R.I.S.T.A: Misi Terpaling Sulit Agent G
Operandi Gerhana Yusof Netflix
Mystic Village Mail Astro Premier
2024 Nafsu Sam Viu
TBA Dendam Seorang Isteri 2 Daniel Haziq Astro Ria
Setelah Terlafaznya Akad 3 Hanan
Jong Jong Inai Yusuf TV3

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2009 Otai Rempit TV3
Kekasihku Is Setan Iskandar Astro Ria
2010 Senandung Semalam Hazry TV1
Lagu Kita Ameer Astro Citra
2011 Diari Suami 9 Bulan Hairul TV9
Hati Seorang Ibu Mail Astro Prima
Azam Ala Kazam Azam TV3
2012 Alamak 7 Hari Lagi Haris
Apa Celop Raya Aman
Cuba Jadi Lelaki Amir TV9
Doktor Cinta Opie
2013 Nyamuk Tak Berdosa Bahrin TV3
Baran Malik
Sayangku Damia Halim
Cinta Zaidi TV2
Kompang Abang Zabidi Zabidi Astro Warna
PA Cinta Adam Razuwan TV9
2014 Munajat Terhenti Yusman TV2
Dendam Roh Alia Malik Astro Prima
Nasi Dagang Nasi Ayam Yang Ariff TVi
Potret Duka Dr Azreen TV3
2015 Bulan Tiada Madu Emran TV9
Tipah Semperit TV1
Kasih Antara Kita Hisham
Suamiku Encik Beruang Astro Ria
Madam Nona Pokok Sena Ipin Astro Prima
Andai Bukan Khilaf Itu Muiz TV2
Hai Lah Menantu Imran TV3
Cik Puan Bibik Shafiq TV1
2016 Pondok Senja Zulfa TV3
Budak Dari Tak Bai Johari Astro Ria
Pontianak Sesat Dalam Kampung Yamin
Rongples Rongtaim Chi Astro Citra
Sha, Shah dan Syawal Shah Astro Ria
#Assalamualaikum Cinta Raya Azrif Iqbal
Ms Oxford Mr Mesir Farhan
2017 Huru Hara Raya Fareez TV3
Jongkong Wan Ishak Astro Citra
2018 Suatukala Pendek Astro First Eksklusif
Waktu Khalil Wan TV3
Sha vs Shah Shah Astro Ria
I Heart You Cik Yah Zulkifli Astro Citra
My Sweet Madu Farel ntv7
Hingga Jumpa Lagi Nuh Astro Citra
Haloba Mikael ntv7
2019 Boyfriend Aku Dari... Andy Astro Citra
Hantu Don Abu TV3
Dato' S Sazali Astro First Eksklusif
Ada Mata Memerhati Shah Astro Citra
2020 Telunjuk Iblis Abadi
2021 Pengantin Dari Neraka Aidit Noh Astro Ria
Tahun Tajuk Watak
2009 Teater Muzikal Impak Maksima
2011 Teater Muzikal Gerimis Mengundang
2013 Asmara Songsang

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2008 Rentak Juara, Rhythm Of Champions Pengacara TV1
Pandanganku Ceritaku Astro Ria
2013 Liga Lawak Superstar Peserta Astro Warna
2014 Super Spontan 2014 Artis jemputan
2015 Dewi Remaja Pengacara Astro Ria
2016 Trek Selebriti Artis Jemputan
Super Spontan Superstar (Musim 1) Peserta Astro Warna tersingkir waktu minggu Separuh Akhir bersama Altimet.
2017 Curi Curi Cuti Pengacara Astro Ria
Super Spontan Superstar (Musim 2) Peserta Astro Warna Merupakan Juara Super Spontan mengalahkan Fad Bocey yang mendapat Naib Juara.
From Spain to Morocco Pengacara TV2
2018 Gegar Lawak Astro Warna bersama Fad Bocey
CCTV Artis jemputan Astro Ria Mempromosikan Gegar Lawak dengan mentor, (Nizam Jentik-Jentik)
Pecah Perut Pelawak tetap Astro Warna Pelakon dan pelawak setiap sketsa
Lawak Ke Dik? Pengacara
CCTV Artis jemputan Astro Ria Untuk promosi rancangan Lawak Ke Dik?
MeleTOP Pengacara jemputan Menggantikan Nabil Ahmad (13 Mac 2018)
Bocey and Friends Artis jemputan Astro Warna Episod 2, Artis jemputan berwatakkan jururawat dengan Mark Adam dan Rozita Che Wan
MeleTOP Astro Ria Untuk promosi telefilem Suatukala
#ExpeRIAnce Projek Theme Park (Musim 2) Pengacara jemputan Bersama pemenang dan peminat, Fadila Sajai di Istanbul, Turki - Ep11 (16 Mei 2018)
Oh My Family Raya Artis jemputan Bersama Fikry Ibrahim. Kamal ditugaskan menjaga anak Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam dan Fikri ditugaskan menjaga anak Asyraf Khalid dan Tya Arifin.
Panggung Karot Pok Ya Pelawak tetap Astro Warna Bersama Ebby Yus, Mamak Puteh dan Shahrol Shiro. Dihoskan oleh Sabri Yunus.
Bocey and Friends Rayalah Pulak Artis jemputan Bersama Sharifah Shahirah, Salih Yaacob, Ajak Shiro, Elizad Sharifuddin, Datin Nina Juren.
SuperSpontan Extravaganza Juri Jemputan Episod 1
Super Spontan Extravaganza Pengacara jemputan menggantikan Dato AC Mizal yang sedang mengadakan konsert Baik Punya Cilok 4D (Minggu 2)
Bawang Live Tetamu jemputan Astro Ria mempromosikan telemovie I Heart You Cik Yah (20/9/2018)
Jozan Live Astro Warna bersama Nora Danish mempromosikan telefilem Hingga Jumpa Lagi (Episod 17: 13 November 2018)
Pecah Perut Pelawak tetap rancangan sketsa lawak arahan Sharmaine Othman.
2019 Bawang Live Tetamu jemputan Astro Ria bersama Uqasha Senrose, Zeera Azizi, Natasha Elyzza dan Alif Muhaimin mempromosikan telefilem Boyfriend Aku dari dot dot (Khamis, 14 Mac 2019)
Michael Ang's Halal Kitchen Artis Jemputan Episod 6 (10/6/2019)
Bawang Live Tetamu Jemputan bersama Uqasha Senrose, Zeera Azizi, Alif Muhaimin, Sharifah Shahora, Zul Helmy, Nadya Syahera, Edwin Dawson mempromosikan drama terbaru Setelah Terlafaznya Akad (Isnin,17 Jun 2019)
Gempak TV Artis Jemputan bersama Uqasha Senrose dan Nadya Syahera mempromosikan drama Setelah Terlafaznya Akad (Rabu,19 Jun 2019)
MeleTOP Artis Jemputan bersama Erwin Dawson,Nadya Syahera, Zeera Azizi mempromosikan drama terbaru Setelah Terlafaznya Akad (Selasa,25/6)
CCTV Artis Jemputan bersama Nadya Syahera, Zulhelmy dan Zeera Azizi mempromosikan drama baru Setelah Terlafaznya Akad (Khamis,4 Julai)
Bawang Live Artis Jemputan bersama Zul Helmy, Sharifah Shahora, Zeera Azizi, Nadya Syahera dan Alif Muhaimin mempromosikan minggu akhir drama Setelah Terlafaznya Akad (Isnin,29 Julai )
Experience : Rialisasi Job Selebriti Artis Jemputan merialisasikan impian kerjayanya sebagai 'Dream Cruise Crew' (1 October 2019)
MeleTOP Artis Jemputan bersama Zulin Aziz, Fikry Ibrahim dan Puteri Aishah mempromosikan telefilem untuk Astro First Ekslusif, Dato S (5 November 2019)
2020 Suara Viral Pengacara mengacarakan program ini bersama Vicha untuk episod pengenalan .
I Can See Your Voice Malaysia (musim 3) Penyiasat jemputan TV3 bersama Reen Rahim menjadi penyiasat jemputan bagi episod 2 iaitu episod artis jemputan -Stacy (23 Februari 2020)
bersama Eira Syazira dan Yusuf Bahrin menjadi penyiasat jemputan bagi episod 6 iaitu artis jemputan -Erra Fazira (22 Mac 2020)
Gegar Vaganza (musim 7) Tetamu jemputan Astro Ria muncul selepas persembahan Linda Nanuwil di konsert Suku Akhir minggu ke-8 untuk mempromosikan Episod Akhir drama Perempuan Tanpa Dosa. (29 November 2020)
Anugerah Meletop Era Artis jemputan menjadi penyampai anugerah bagi kategori Grup /Duo Meletop Era,Penyanyi Meletop Era dan Lagu Meletop Era bersama Uqasha Senrose.
2021 MeleTOP Tetamu jemputan bersama PU Azman dalam mempromosikan program Gema Lawak Superstar. Tetamu lain seperti Uqasha Senrose, Elly Mazlein, Cik B, Eira Syazira, Azad Jazmin, Isyariana, Amar Baharin, Marsha Milan, Siti Rosmizah (penulis novel), Along Kamaruddin, Redza Rosli, Hefny Sahad, Hael Husaini, Shaza Bae, Akhmal Nazri, Band Madam, Dato' Rizalman, Danial Zaini, Ustaz Fakhrul, Chubb-e, Lah Ahmad, Mawi, Remy Ishak, Amira Othman. (30/3/21)
Gema Lawak Superstar Pengacara Astro Warna rancangan muzikal lawak bersama PU Azman sebagai pengacara untuk 4 minggu khas bulan Ramadhan.
Maharaja Lawak Mega 2021 Tetamu jemputan bersama Hun Hakeem mempromosikan drama terbaru 'Sihir' terbitan Astro Ria
Lagu Cinta Kita (Musim 3) Pengacara TV3 bersama Ain Edruce
2022 Melodi Pengacara jemputan
Romantika Raya Dirinya sendiri Astro Ria bersama isterinya Uqasha Senrose
The House Kamal & Uqasha
2023 Mega Spontan Mentor Astro Warna
2024 Oh Baby Kamal & Uqasha Dirinya sendiri Astro Ria bersama isterinya Uqasha Senrose dan anaknya Hawra Uqaira

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2007/2008
Hero Remaja
Juara Pencarian Hero Remaja Menang
2010
Festival Filem Malaysia ke–23
Pelakon Harapan Lelaki Terbaik Niyang Rapik Tercalon
2013
Liga Lawak Superstar
Kumpulan Apa Kasih Toq (Naib Juara) Menang
2016
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–29
Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
2017
Anugerah MeleTOP Era ke–4
Artis Lawak Meletop Tercalon
Super Spontan Superstar 2017 Tempat Pertama (Juara) Menang
Anugerah Telenovela ke–2
Pelakon Lelaki Terbaik Pergilah Air Mata Tercalon
Sha & Shah Tercalon
Pelakon Lelaki Popular Pergilah Air Mata Tercalon
Pelakon Lelaki Prolifik Menang
2018
Anugerah MeleTOP Era ke–5
Artis Lawak Meletop Super Spontan Superstar 2017 Tercalon
Anugerah Telenovela ke–3
Pelakon Lelaki Telenovela Popular Duda Pujaan Dara Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–31
Pasangan Serasi Drama Kamal Adli & Zahirah MacWilson(Duda Pujaan Dara) Tercalon
Artis Sensasi Popular Tercalon
2020 Asian Television Award Best Leading Actor (Digital) Black (Viu Original ) Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Gandingan Serasi Dalam Drama (Online) Kamal Adli & Uqasha Senrose (Setelah Terlafaznya Akad) Menang
Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
Artis kontroversi Popular (online) Tercalon
Anugerah Melodi Drama Sangat Pasangan Drama Sangat Kamal Adli & Hannah Delisha (Bukan Kahwin Paksa) Tercalon
Gempak Most Wanted 2020 Artis Bujang Tergempak Tercalon
2024 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 Artis Filem Lelaki Popular Tercalon
  1. ^ "Kamal Adli teruk dipukul lelaki bercota warga Singapura yang disangka peminat". Berita Harian. 13 Mac 2023. Dicapai pada 13 Mac 2023.
  2. ^ Budiey (25 Februari 2008). "Hero Remaja 2008 Milik Kamal". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 15 April 2015.
  3. ^ Budiey (12 Mei 2009). "KRU Studios Terbitkan Drama Superhero CGI Pertama Bio-Nik". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 15 April 2015.
  4. ^ Raja Intan Dianna Raja Azham (11 Jun 2009). "Bio-Nik wira baru tempatan". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-16. Dicapai pada 15 April 2015.
  5. ^ Tengku Suzana Raja Hamat (15 Januari 2009). "Permulaan sempurna Kamal". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-15. Dicapai pada 7 Oktober 2009.
  6. ^ Sofiatul Shima (21 Jun 2009). "Kamal lelaki tidak normal". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-08-03. Dicapai pada 7 Oktober 2009.
  7. ^ Norliza Mohd Zakaria (29 Mei 2009). "Cinta Kamal, Liyana". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-21. Dicapai pada 6 Disember 2009.
  8. ^ Metra syahril Mohamed (22 Februari 2010). "Pengalaman tiga pelakon Niyang Rapik". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-05. Dicapai pada 15 April 2015.
  9. ^ "Debaran Gangster Celop". Sinar Harian. 21 Februari 2013. Dicapai pada 17 Mac 2018.
  10. ^ Othman, Kemalia. "'Asmara Songsang' Akan Dipentaskan Di IPT Diarkibkan 2018-06-29 di Wayback Machine." MStar Online. Saturday 2 March 2013.
  11. ^ "Asmara Songsang". Utusan Malaysia. 6 Mac 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-19. Dicapai pada 19 April 2018.
  12. ^ Feride Hikmet Atak (10 Jun 2014). "Abang Long Fadil berpaksikan dunia gengsterisme". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-09. Dicapai pada 9 April 2018.
  13. ^ "Kamal Adli & Tauke Jambu Melaram Kereta Mewah Kepunyaan Orang Lain". Astro Gempak. 22 Mei 2016. Dicapai pada 17 Mac 2018.
  14. ^ Mohd Al Qayum Azizi (3 Disember 2014). "Kamal Adli Terkilan Liyana Jasmay Temukan Intan Ladyana Kekasih Baharu". mStar Online. Dicapai pada 15 April 2015.
  15. ^ "Sedihnya Luahan Hati Kamal Adli Pada Intan Ladyana". Wanista. 9 Oktober 2014. Dicapai pada 15 April 2015.
  16. ^ "Kamal Adli Terkejut, Tidak Sedar Sudah Putus Cinta Dengan Intan Ladyana?". Rotikaya. 2 Oktober 2014. Dicapai pada 15 April 2015.
  17. ^ Ana Ghoib (8 Disember 2014). "Kamal Adli harap Intan Kembali, Tunai Janji". Malaysian Review. Dicapai pada 15 April 2015.
  18. ^ Nor Azlina Shaari (23 Julai 2014). "Kamal Adli, Intan Ladyana Nafi Hubungan Bermasalah". Felda Voice. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-17. Dicapai pada 15 April 2015.
  19. ^ "Intan Ladyana dan Kamal Adli putus cinta". Berita Harian Singapura. 31 Ogos 2014. Dicapai pada 15 April 2015.
  20. ^ "Kamal Adli, Emma Maembong Kini 'Get Back' Semula?". My News Hub. 28 Oktober 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-17. Dicapai pada 17 Mac 2018.
  21. ^ "Kamal Adli enggan panjangkan kontroversi, gembira Emma datang beri sokongan". Astro Awani. 28 Oktober 2017. Dicapai pada 17 Mac 2018.
  22. ^ "Kamal Adli simpan hasrat kahwin Emma". Utusan Malaysia. 29 Oktober 2017. Dicapai pada 17 Mac 2018.
  23. ^ "Hubungan Kami Masih Seperti Biasa - Kamal Adli Jawab Status Hubungan Dengan Emma Maembong". Astro Gempak. 29 Oktober 2017. Dicapai pada 17 Mac 2018.
  24. ^ "Jangan lupa saksikan filem terbitan SPS Jaya Sdn Bhd, berjudul MTB - Misi Tawan Baby". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-15. Dicapai pada 2018-07-06.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]








ApplySandwichStrip

pFad - (p)hone/(F)rame/(a)nonymizer/(d)eclutterfier!      Saves Data!


--- a PPN by Garber Painting Akron. With Image Size Reduction included!

Fetched URL: http://ms.wikipedia.org/wiki/Kamal_Adli

Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy