Content-Length: 130409 | pFad | http://ms.wikipedia.org/wiki/Surah_Ad-Dukhaan

Surah Ad-Dukhaan - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Surah Ad-Dukhaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Surah ad-Dukhaan (سورة الدخان) ialah surah ke-44 dalam al-Quran. Surah ini diturunkan di Makkah, mengandungi 59 ayat. Dinamakan surah “Ad-Dukhaan” (Asap/Kabut), kerana pada ayat 10 dan ayat-ayat yang terdahulu dan yang terkemudian daripadanya, Allah SWT memberi amaran kepada kaum kafir musyrik yang menentang Nabi Muhammad SAW bahawa mereka akan ditimpa azab sengsara: “semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata” (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat).

Isi kandungannya

[sunting | sunting sumber]

Pada awal surah ini, Allah SWT menegaskan bahawa al-Quran nul-Karim itu diturunkan pada malam berkat (Malam Lailatul Qadar); dan bahawa diturunkan al-Quran yang mulia itu adalah sebagai rahmat dan menjadi peringatan dan amaran.

Kemudian diterangkan sebabnya al-Quran diturunkan pada “Malam Yang Berkat” itu ialah kerana pada malam yang tersebut dijelaskan (kepada malaikat) tiapa-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku.

Setelah menerangkan tujuan diutuskan Rasul-Nya untuk menyampaikan dan diperintahkan supaya apa yang disampaikan itu diterima dengan sebaik-baiknya, maka Allah SWT menerangkan sifat-sifat-Nya Yang Maha Esa dan Yang maha Kuasa, yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya; dan bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia; dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan dialah Tuhan sekalian makhluk.

Setelah itu Allah SWT menyatakan bahawa hikmatnya Ia menciptakan seluruh alam ialah untuk menzahirkan perkara-perkara yang benar. Di antaranya ialah kepercayaan seseorang; kepatuhannya kepada hukum-hukum dan peraturan Allah tetapkan untuk kebahagian seseorang itu; suratan amal yang ditulis oleh malaikat; dan perbezaan-perbezaan di antara orang yang berhak mendapat nikmat yang kekal dengan orang-orang yang berhak mendapat sebaliknya.

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]

Dengar bacaan di sini


Surah Sebelumnya:
Surah Az-Zukhruf
Al Quran (القــرآن الكـــريم) Surah Berikutnya:
Surah Al-Jatsiyah
Surah 44








ApplySandwichStrip

pFad - (p)hone/(F)rame/(a)nonymizer/(d)eclutterfier!      Saves Data!


--- a PPN by Garber Painting Akron. With Image Size Reduction included!

Fetched URL: http://ms.wikipedia.org/wiki/Surah_Ad-Dukhaan

Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy