Tenggiling
Tenggiling | |
---|---|
Tenggiling India | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | Pholidota Weber, 1904
|
Taburan spesies yang masih wujud | |
Sinonim | |
Senarai sinonim:
|
Tenggiling, senggiling atau pengguling ialah spesies mamalia dalam order Pholidota. Order ini mempunyai satu keluarga yang masih wujud, keluarga Manidae terdiri daripada genus Manis, genus Phataginus, dan genus Smutsia.[5] Genus Manis mempunyai empat spesies yang ditemukan di Asia, manakala genus-genus Phataginus dan Smutsia masing-masing mempunyai dua spesies yang ditemukan di Afrika sub-Sahara.[6]
Tubuh badannya dipenuhi sisik keras dan tajam. Apabila ia merasa dalam keadaan berbahaya, ia akan menggulungkan tubuhnya menjadi seperti bola untuk mempertahankan diri daripada pemangsa.[7][8]
Penamaan
[sunting | sunting sumber]Nama tenggiling (Jawi: تڠݢيليڠ ) dan pengguling (Jawi: ڤڠݢوليڠ ) yang asalnya dipakai kepada spesies tenggiling Sunda dijejak daripada perkataan guling atau giling kerana perbuatannya menggulingkan diri.[9]
Taksonomi
[sunting | sunting sumber]Nama order Pholidota dijejak daripada kata Bahasa Yunani Kuno: ϕολιδωτός , pholidotos – "penuh sisik"[10] daripada φολίς pholís "sisik".[11]
Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]20 peratus berat badan tenggiling terdiri daripada sisik-sisiknya.[8] Sisik-sisiknya diperbuat daripada bahan keratin yang sama membentuk kuku.[12][7] Kaki depannya berkuku panjang untuk menggali tanah.[13]
Tenggiling tidak dapat melihat dengan baik. Ia bergantung kepada deria bau dan pendengaran untuk mencari dan menggali sarang atau busut semut. Lidahnya sangat panjang mencapai 40 sentimeter.[8] Ia mengeluarkan air liur melekit[14] yang memerangkap semut dan anai-anai yang terkena lidah yang dijulurkan masuk ke dalam busut.
Habitat
[sunting | sunting sumber]Tenggiling biasanya suka berehat dalam lubang-lubang yang terdapat pada bahagian akar pokok yang besar, dan juga mengorek lubang dalam tanah. Ia juga suka bersembunyi dalam semak atau jerami.
Tabiat
[sunting | sunting sumber]Tenggiling menggulingkan badannya untuk melindungi diri ketika tidur pada waktu siang[15] atau apabila ia dihampiri pemangsa.[7][8]
Makanan
[sunting | sunting sumber]Makanan utama tenggiling ialah semut dan anai-anai. Seekor tenggiling boleh makan 140 hingga 200 gram serangga setiap hari.[16]
Pembiakan
[sunting | sunting sumber]Tenggiling betina bunting dalam tempoh kira-kira 70–140 hari.[17] Spesies-spesies tenggiling Afrika melahirkan seekor anak sesekali, spesies-spesies tenggiling tenggiling Asia melahirkan sebanyak 3 ekor.[15] Anak tenggiling dilahirkan dengan sisik badan lembut yang lembut, sisik-sisik ini cepat mengeras.
Tenggiling menyusukan anaknya dalam tempoh tiga bulan.[8]
Bahasa kiasan
[sunting | sunting sumber]Kenderaan milik persendirian seperti motosikal atau kereta yang berusia biasanya akan dikiaskan sebagai tenggiling kerana rupanya yang purba dan pergerakannya yang perlahan.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Springer, Mark S.; Emerling, Christopher A.; Gatesy, John; Randall, Jason; Collin, Matthew A.; Hecker, Nikolai; Hiller, Michael; Delsuc, Frédéric (Disember 2019). "Odontogenic ameloblast-associated (ODAM) is inactivated in toothless/enamelless placental mammals and toothed whales". BMC Evolutionary Biology. 19 (1): 31. doi:10.1186/s12862-019-1359-6. PMC 6343362. PMID 30674270.
- ^ Zagorodniuk, I. (2008). "Scientific names of mammal orders: from descriptive to uniform". Visnyk of Lviv University. Biology (48): 33–43.
- ^ Cope, E. D. (1889). "The Edentata of North America". American Naturalist. 23 (272): 657–664.
- ^ Pearse, Arthur Sperry (1936). Zoological names. A list of phyla, classes, and orders, prepared for section F, American Association for the Advancement of Science. Duke University Press. m/s. 24.
- ^ Schlitter, Duane A. (2005). Wilson, D.E.; Reeder, D.M. (penyunting). Mammal Species of the World: A Taxonomic and Geographic Reference (ed. ke-3). Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat: Johns Hopkins University Press. m/s. 530. ISBN 978-0-8018-8221-0.
- ^ Gaudin, Timothy (28 Ogos 2009). "The Phylogeny of Living and Extinct Pangolins (Mammalia, Pholidota) and Associated Taxa: A Morphology Based Analysis" (PDF). Journal of Mammalian Evolution. Heidelberg, Jerman: Springer Science+Business Media. 16 (4): 235–305. doi:10.1007/s10914-009-9119-9. S2CID 1773698. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 25 September 2015. Dicapai pada 14 Mei 2015.
- ^ a b c Wang, Bin; Yang, Wen; Sherman, Vincent R.; Meyers, Marc A. (2016). "Pangolin armor: Overlapping, structure, and mechanical properties of the keratinous scales". Acta Biomaterialia. Oxfordshire, England: Elsevier. 41: 60–74. doi:10.1016/j.actbio.2016.05.028. PMID 27221793.
- ^ a b c d e Dr. Ahmad Ismail (12 Januari 2018). "Tenggiling haiwan terancam". Utusan Malaysia. m/s. 20 – melalui Universiti Putra Malaysia Institutional Repository.
- ^ Wilkinson, Richard James (1932). "tĕnggiling". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 567 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
- ^ Brown, Roland Wilbur (1956). The Composition of Scientific Words. Washington, D.C, Amerika Syarikat: Smithsonian Institution Press. m/s. 604.
- ^ Liddell, Henry George; Scott, Robert (1940). "φολίς". A Greek-English Lexicon. Perseus Digital Library.
- ^ Spearman, R.I.C. (2008). "On the nature of the horny scales of the pangolin". Zoological Journal of the Linnean Society. Oxfordshire, England: Oxford University Press. 46 (310): 267–273. doi:10.1111/j.1096-3642.1967.tb00508.x.
- ^ Coulson, Ian M; Heath, Martha E (December 1997). "Foraging behaviour and ecology of the Cape pangolin (Manis temminckii) in north-western Zimbabwe". African Journal of Ecology. 35 (4): 361–369. doi:10.1111/j.1365-2028.1997.101-89101.x – melalui EBSCO.
- ^ Rose, Kd; Gaudin, Tj (2010). Xenarthra and Pholidota (Armadillos, Anteaters, Sloths and Pangolins). John Wiley & Sons, Ltd. doi:10.1002/9780470015902.a0001556.pub2. ISBN 978-0470015902. S2CID 82107941.
- ^ a b Mondadori, Arnoldo, penyunting (1988). Great Book of the Animal Kingdom. New York City: Arch Cape Press. m/s. 252. ISBN 978-0517667910.
- ^ Grosshuesch, Craig (2012). "Rollin' With the Pangolin – Diet". La Crosse, Wisconsin: Universiti Wisconsin–La Crosse. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 December 2014.
- ^ Hua, Liushuai; Gong, Shiping; Wang, Fumin; Li, Weiye; Ge, Yan; Li, Xiaonan; Hou, Fanghui (June 2015). "Captive breeding of pangolins: current status, problems and future prospects". ZooKeys (507): 99–114. doi:10.3897/zookeys.507.6970. PMC 4490220. PMID 26155072.