Tirana
Tirana
Tiranë | |
---|---|
Perbandaran Tirana | |
Negara | Albania |
Kaunti | Kaunti Tirana |
Daerah | Daerah Tirana |
Diasaskan | 1614 |
Pentadbiran | |
• Datuk bandar | Erion Veliaj[1] |
Keluasan | |
• Jumlah | 41.8 km2 (16.1 batu persegi) |
Aras | 110 m (360 ft) |
Penduduk (2015) | |
• Jumlah | 610,070 |
Zon waktu | UTC+1 (CET) |
• Musim panas (DST) | UTC+2 (CEST) |
Poskod | 1000[2] |
Kod kawasan | 04 |
Plat kereta | TR |
Laman sesawang | www.tirana.gov.al |
Tirana /tᵻˈrɑːnə/ ( dengar) (Standard Albania: Tiranë ; bahasa Gheg Albania: Tirona) adalah ibu negara dan kota terbesar di Albania. Ia juga merupakan pusat pentadbiran, budaya, ekonomi dan industri di Albania. Berdasarkan bancian pada tahun 2015, penduduk Tirana berjumlah 610,070 orang[3] dan perbandaran Tirana, yang diwujudkan pada tahun 2015, memiliki jumlah penduduk seramai 800,986 orang.[4] Ini bermakna Tirana adalah kawasan metropolitan terbesar di Albania, dan satu-satunya kota dengan jumlah penduduk melebihi 500.000 orang. Kota ini juga mempunyai banyak institusi dan universiti awam dan swasta.
Bandar ini didirikan pada tahun 1614 dan menjadi ibu negara Albania pada tahun 1920.
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Tirana memiliki beberapa institusi akademik seperti Universiti Tirana, Politeknik Universiti Tirana, Universiti Pertanian Tirana, Akademi Pendidikan Fizikal dan Sukan, Universiti Seni (Akademi Seni Albania), Akademi Sains Albania, dan Universiti Tentera Skanderbeg, institusi penyelidikan akademik kebangsaan dan antarabangsa seperti NGO. English Base adalah sekolah Bahasa Inggeris di Tirana.
Tirana juga memiliki institusi pendidikan swasta seperti Universiti Albania (U.F.O - Universitas.Fabrefacta Optime), Universiti Epoka, Universiti New York, Tirana, Universiti Eropah Tirana, Universiti Luarasi, Akademi Filem dan Multimedia "Marubi".
-
Pandangan panorama 360° Dataran Mother Teresa pada waktu malam dengan kampus Universiti Tirana berada di tengah
Ekonomi
[sunting | sunting sumber]Tirana merupakan jantung ekonomi bagi Albania. Ia adalah pusat kewangan dan industri Albania yang utama. Sejak tahun 1920-an, ia melalui perkembangan yang pesat dan mewujudkan banyak industri bagi produk-produk pertanian, mesin, tekstil, pharmaseutikal, logam dan perkhidmatan. [perlu rujukan]
Tirana mula membangun pada awal kurun ke-16, apabila sebuah bazaar telah dibuka, dan para kraftangannya mengeluarkan fabrik sutera dan kapas, kulit, seramik dan besi, perak dan barang kemas. Tirana terletak di kawasan yang subur. Ia mengeksport 2,600 tong minyak zaitun dan 14,000 bungkusan barangan tembakau untuk didagangkan ke Venezia pada tahun 1769. [perlu rujukan] Pada tahun 1901, ia mempunyai 140,000 pokok zaitun, 400 buah kilang minyak serta 700 buah kedai. [perlu rujukan]
Pusat Perniagaan ABA, Menara Hijau 4ever dan Menara TID, sebuah menara perniagaan setinggi 80-meter (260-kaki) telah dibina di kota ini. Tirana juga memiliki pasar raya seperti City Park, QTU dan Pintu Timur Tirana.
Pengangkutan
[sunting | sunting sumber]Bas
[sunting | sunting sumber]Sistem pengangkutan tempatan dalam Tirana adalah bas atau teksi. Teksi-teksi rasmi memiliki plat berwarna kuning dengan huruf berwarna merah dan biasanya bermeter.
Perkhidmatan koc dan bas mini (furgon) juga boleh didapati ke laluan pantai, utara dan selatan Albania daripada Tirana. Perkhidmatan koc antarabangsa ke Greece, melalui Korçë atau Kakavije, ke Kosovo[note 1] melalui Lebuhraya Durrës-Morine, dan ke Republik Makedonia Utara melalui Struga.
Lapangan terbang
[sunting | sunting sumber]Lapangan Terbang Antarabangsa Tirana adalah satu-satunya lapangan terbang antarabangsa di Albania dan ia terletak dekat dengan ibu negara di Tirana. Lapangan terbang ini terletak di kampung Rinas sekitar 11 kilometer (6.9 batu) ke barat laut Tirana.
Laut
[sunting | sunting sumber]Tirana boleh dihubungi melalui pelabuhan Durrës, 36 km (22 bt) jauh dari ibu negara. Para penumpang feri daripada Durrës berlayar ke Trieste, Ancona, Otranto, Brindisi, Bari, Genoa (Itali), Zadar, Dubrovnik (Croatia), Koper (Slovenia), Bar (Montenegro), Corfu (Yunani) dan lain-lain. Kavaja juga termasuk dalam Kaunti Tirana.
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Sungai Lana
-
Dataran Skanderbeg
-
Dataran Skanderbeg
-
Seberang Dataran Skanderbeg
-
Menara Jam Tirana
-
Jambatan Pejalan Kaki Baru
-
Taman Rinia
-
Monumen Skanderbeg pada waktu malam
-
Universiti Tirana
Bandar berkembar
[sunting | sunting sumber]Tirana merupakan bandar kembar bagi;
- Ankara, Turki[5]
- Bucharest, Romania[perlu rujukan]
- Firenze, Itali[perlu rujukan]
- Roma, Itali[perlu rujukan]
- Torino, Itali[perlu rujukan]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Erion Veliaj shpall fitoren në Tiranë". www.evropaelire.org. Dicapai pada 2015-06-23.
- ^ Templat:Sq icon Kodi postar Diarkibkan 2012-02-20 di Wayback Machine Posta Shqiptare. www.postashqiptare.al. Dicapai pada 2008-11-13
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-16. Dicapai pada 2016-09-12.
- ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-03-04. Dicapai pada 2016-09-12.
- ^ http://www.ankara.bel.tr/en/foreign-relations-department/sister-cities-of-ankara#.V649oGVvfxt
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Tirana. |
- (Inggeris) Tapak rasmi
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "note", tetapi tiada tag <references group="note"/>
yang berpadanan disertakan
- Pages using infobox settlement with unknown parameters
- Articles including recorded pronunciations (Bahasa Inggeris)
- Semua rencana dengan kenyataan tidak bersumber dari November 2015
- Semua rencana dengan kenyataan tidak bersumber dari July 2016
- Laman menggunakan div col dengan parameter tidak diketahui
- Semua rencana dengan kenyataan tidak bersumber dari August 2016
- Tunas Eropah
- Bandar di Albania
- Ibu negara di Eropah
- Pages with reference errors that trigger visual diffs