Wikipedia:VisualEditor
Pembangun Yayasan Wikimedia (WMF) telah mengaktifkan versi Beta VisualEditor (VE), suatu cara untuk menyunting laman tanpa perlu mempelajari penanda wiki. VisualEditor boleh digunakan bersama dengan penyunting teks wiki asal jika anda log masuk. Jika anda tidak mahu menggunakannya, anda boleh mematikannya dengan menukar keutamaan anda.
Laporan pepijat dan komen boleh diberikan di mw:VisualEditor/Feedback.
VisualEditor masih dalam tahap ujian beta. Ia tidak dapat melakukan semua perkara yang boleh dilakukan penyunting teks wiki, ia masih memiliki pepijat, dan lebih perlahan bagi ramai orang. Sementara penyunting berpengalaman akan lebih cekap menyunting dengan cara lama, VE bertujuan menjadi lebih mesra pengguna bagi penyunting baharu; sebagai contoh, terdapat dialog untuk menambah imej baharu, atau untuk menyunting templat atau rujukan kompleks.
Perhatian pengguna Internet Explorer (IE): Ketika ini, VisualEditor dilumpuhkan bagi semua pelayar web IE. Bagi pengguna IE9 dan IE10, ini dijangka sementara sahaja, menanti pelbagai isu diselesaikan. Bagaimanapun VE tidak akan dilancarkan kepada pengguna IE8 (WinXP) dan sebelumnya. Anda boleh menggunakan pelayar Chrome 19+ atau Firefox 15+, dan juga Opera 12+ (sokongan separa).
Selamat datang ke portal VisualEditor, cara baharu untuk menyunting Wikipedia ala WYSIWYG yang sedang dibangunkan Yayasan Wikimedia (WMF). Menyunting Wikipedia, pada masa lampau, memerlukan pengguna mempelajari sedikit penanda wiki. Pada 2001, cara ini boleh diterima; tetapi pada 2013, kodnya telah menjadi kompleks dan ia dikatakan menghalang penyumbang baharu menyunting. VisualEditor membenarkan pengguna menyunting tanpa mempelajari penanda wiki, dan diharapkan menggalakkan lebih ramai pembaca menjadi penyunting.
Penyunting berpengalaman mungkin lebih baik menyunting teks sumber secara terus, ia lebih pantas dan lebih tepat. Menyunting rencana melalui teks wiki akan sentiasa menjadi pilihan; WMF tidak mempunyai sebarang rancangan membuangnya. Kedua-dua pilihan menyunting boleh dicapai melalui palang alatan di atas setiap rencana dan laman pengguna.
VE telah dilancarkan di Wikipedia Bahasa Melayu pada 30 September 2013. Anda boleh melihat perubahan terkini suntingan menggunakan VE.
Pautan luar
[sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan VisualEditor |
- Laman mediawiki.org mengenai VisualEditor, termasuk laporan status
- (Melayu) Portal VisualEditor di MediaWiki
- (Melayu) Garis panduan penggunaan VisualEditor di MediaWiki