
Lihat Penggunaan dan Kadar Elektrik pada Mac (penyedia A.S. yang mengambil bahagian sahaja)
Anda boleh melihat jumlah penggunaan elektrik rumah anda dalam app Rumah dan jejak penggunaan anda dari semasa ke semasa, serta melihat maklumat pelan kadar elektrik anda. Data penggunaan elektrik biasanya dipaparkan dengan kelambatan selama 24 hingga 72 jam.
Nota: Untuk menggunakan ciri ini, anda perlu mempunyai perkhidmatan elektrik kediaman dengan penyedia utiliti yang menyertai dan anda mestilah pemilik akaun utiliti atau pengguna akaun utiliti yang disahkan.
Lihat maklumat penggunaan dan kadar elektrik
Pergi ke app Rumah
pada Mac anda.
Klik
, kemudian klik Seting Rumah.
Klik Tenaga, kemudian klik Sambung Akaun.
Nota: Penyedia utiliti yang mengambil bahagian akan disenaraikan di bawah Penyedia Tersedia. Jika penyedia utiliti anda tidak disenaraikan, ciri ini tidak disokong di kawasan anda pada masa ini.
Ikuti arahan atas skrin untuk memautkan akaun elektrik serasi anda.
Keluarkan maklumat kadar dan penggunaan elektrik
Pergi ke app Rumah
pada Mac anda.
Klik
, kemudian klik Seting Rumah.
Klik Tenaga, kemudian klik akaun elektrik dipautkan anda.
Klik Putuskan Sambungan Akaun.