
Lihat lokasi rakan dalam Mesej pada Mac
Rakan boleh berkongsi lokasi mereka melalui app Mesej atau Cari pada peranti Mac, iOS, atau iPadOS. Anda boleh melihat lokasi yang mereka kongsi pada peta dalam Mesej.
Anda dan rakan anda perlu didaftar masuk ke iCloud untuk berkongsi lokasi.

Dalam app Mesej
pada Mac anda, pilih perbualan.
Untuk mencari kenalan dan kandungan dalam perbualan, klik dalam medan Carian di penjuru kiri atas dan masukkan perkara yang anda cari. Atau, pilih daripada kenalan yang dicadangkan, pautan, foto dan banyak lagi.
Jika anda dihadkan untuk menghantar dan menerima mesej dengan hanya orang tertentu, ikon jam pasir
muncul bersebelahan orang yang anda tidak boleh hantar mesej.Klik butang Butiran
di penjuru kanan atas perbualan.
Peta muncul apabila rakan berkongsi lokasi mereka; anda mungkin perlu skrol untuk melihatnya.
Klik pin pada peta untuk membuka app Peta dan menyemak keadaan trafik, maklumat transit dan butiran lain.