Laut Filipina
Laut Filipina لاؤت فيليڤينا | |
---|---|
Nama asli | dagat pilipinas, laut filipina |
Sebahagian dari | Lautan Pasifik |
Negara lembangan | |
Pulau | |
Peparit |
Laut Filipina merupakan sebuah laut kecil yang terletak di bahagian timur dan utara Filipina. Ia dianggarkan mempunyai keluasan 2 Juta m² (5 Juta km²)[1] di bahagian barat Lautan Pasifik Utara[2]. Ia disempadani oleh pulau-pulau Filipina, Samar, Leyte dan Mindanao) di barat daya, Palau, Yap, dan Ulithi (dari Carolines) di bahagian tenggara, Kepulauan Mariana termasuk Guam, Saipan, dan Tinian di bahagian timur, Bonin dan Iwo Jima di timur laut, pulau-pulau Jepun Honshu Shikoku, dan Kyushu di utara; Kepulauan Ryukyu ( Okinawa, Miyako, dan Yaeyama) di bahagian barat laut, dan Taiwan di hujung baratnya[3].
Lantainya berbentuk lembangan berstruktur yang disebabkan oleh pelbagai siri perubahan geologi dan zon rekahan. Pembentukan lengkokan pulau akibat gunung berapi disebabkan oleh aktiviti pergerakan tektonik di kawasan tersebut dan menjadikan Laut Filipina menghampiri bahagian utara, timur dan selatan. Ciri-ciri lain yang menonjol adalah adanya jurang laut yang dalam, di antaranya adalah Jurang Filipina dan Jurang Mariana, iaitu kawasan terdalam di dunia.
Koordinat: 20°0′N 130°0′E / 20.000°N 130.000°E
Tambahan
[sunting | sunting sumber]Pertubuhan Hidrografi Antarabangsa menyatakan Laut Filipina adalah "kawasan di sebelah barat Lautan Pasifik dan terletak di Timur Kepulauan Filipina", sempadannya seperti berikut:[4]
Bahagian Barat. Dengan sempadan timurnya adalah Kepulauan Hindia Timur, Laut China Selatan dan Laut China Timur.
Bahagian Utara. Bahagian Selatan Pantai Kyushu, bahagian Selatan dan Timur Laut Pedalaman pulau Honshu.
Bahagian Timur. Dengan rabung yang menghubungkan Jepun ke Bonin, Kepulauan Gunung Berapi dan Kepulauan Mariana, semuanya terletak dalam Laut Filipina.
Bahagian Selatan. Segarisan yang menghubungkan Guam, Yap, Pelew (Palau) dan Kepulauan Halmahera.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-08-20. Dicapai pada 2010-12-21.
- ^ Lautan Pasifik
- ^ "Philippine Sea". Encyclopædia Britannica Online. Dicapai pada 2008-08-12.
- ^ "Limits of Oceans and Seas, 3rd edition" (PDF). International Hydrographic Organization. 1953. Dicapai pada 7 February 2010.