Pergi ke kandungan

Ahmadiyyah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bendera Ahmadiyyah

Ahmadiyyah (Urdu: احمدِیہ‎) , secara resmi dikenal sebagai Jama'at Ahmadiyya Muslim (AMJ), adalah gerakan messianik Islam yang bermula di India Britania pada akhir abad ke-19., bermula dengan kehidupan dan ajaran Mirza Ghulam Ahmad (1835–1908), yang mendakwa memenuhi ramalan pengislah dunia di akhir zaman, seperti disebut dalam tradisi pelbagai agama dunia dan membawa kejayaan akhir Islam sebagaimana yang dijanjikan dalam ajaran Islam. Beliau mendakwa merupakan mujaddid (pengislah) abad Islam ke-14, Al-Masih dan Al-Mahdi yang ditunggu-tunggu Muslim.[1][2][3][4][5] Pengikut ajaran Ahmadiyyah dirujuk sebagai Ahmadi atau Muslim Ahmadi. Ahmadi menekankan kepercayaan bahawa Islam ialah hukum terakhir untuk manusia sebagaimana diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan keperluan mengembalikan intipati sebenar dan bentuk aslinya, yang telah hilang ditelan zaman. Demikian, Ahmadi melihat diri mereka sebagai pendulu pemulihan dan penyebaran aman Islam.[6] Ahmadi merupakan antara masyarakat Muslim terawal tiba di Britain dan negara Barat lain.[6]

Terdapat sekatan undang-undang terhadap Ahmadi di beberapa negara Muslim, khususnya Pakistan.[7]

Ciri-ciri ajaran Ahmadiyyah:

[sunting | sunting sumber]
  • Beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad sebagai Imam Mahdi, nabi, dan jelmaan Krisyna (tuhan mengikut kepercayaan Hindu);
  • Beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad memiliki sejuta jenis mukjizat;
  • Menghapuskan jihad dengan kekerasan dan melancarkan jihar dengan pena.;
  • Mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah S.W.T;
  • Mendakwa bahawa Nabi Isa meninggal dunia dan dimakamkan di Srinegar, India;

Ada sesetengah menyatakan bahawa Allah S.W.T. menurunkan kepada Mirza Ghulam Ahmad sebuah kitab suci yang bernama Al-Tazkirah, mengubah ayat Al-Quran iaitu ayat 6 surah Al-Saf, ayat 52 surah Al-Haj, dan ayat pertama surah Al-Qadr dan juga mengisytiharkan Qadian sebagai tanah suci dan tempat menunaikan haji. Walau bagaimanapun, tiada sumber yang bukti mengamalkan perkara itu tersebut terutamanya tiada perubahan ayat Al-Quran berdasarkan laman sesawang rasminya itu.

  1. ^ “The Fourteenth-Century's Reformer / Mujaddid”, daripada “Call of Islam”, oleh Maulana Muhammad Ali
  2. ^ Claims of Hadhrat Ahmad, Chapter Two
  3. ^ Reflection of all the Prophets
  4. ^ Future of Revelation, Part 7
  5. ^ The Removal of a Misunderstanding
  6. ^ a b The Ahmadi Muslim Community. Who are the Ahmadi Muslims and what do they believe? Waqar Ahmad Ahmedi gives a brief introduction to the Ahmadi branch of Islam. Times Online. 27 Mei 2008.
  7. ^ "Ahmadiyya Debate". Parliament of United Kingdom. Dicapai pada 22 Oktober 2010.
pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy