Algebra permulaan
Algebra permulaan ialah ilmu asas-asas algebra untuk mereka yang belum mempelajari ilmu matematik formal lain selain aritmetik, biasanya diajar di alam menengah. Antara konsep penting yang diperkenalkan dalam algebra permulaan ialah pemboleh ubah.
Konsep-konsep
[sunting | sunting sumber]Pemboleh ubah
[sunting | sunting sumber]Pemboleh ubah diperkenalkan sebagai simbol (seperti dan ) yang menggantikan tempat nombor. Penggunakan pemboleh ubah membolehkan kita merujuk kepada anu, iaitu nombor yang belum diketahui. Masalah-masalah matematik boleh diselesaikan dengan memanipulasikan persamaan yang mengandungi pemboleh ubah dengan mengikut hukum-hukum algebra, sehinggalah rumus atau nilai mutlak bagi pemboleh ubah itu diperoleh.
Ungkapan
[sunting | sunting sumber]Ungkapan boleh dibina dengan menggabungkan nombor, pemboleh ubah, operasi aritmetik, dan fungsi permulaan seperti fungsi trigonometri, fungsi logaritma dan sebagainya. Contoh-contoh ungkapan:
Persamaan
[sunting | sunting sumber]Persamaan ialah pernyataan bahawa dua ungkapan adalah sama. Hubungan kesamaan ditulis menggunakan simbol =. Hubungan kesamaan adalah refleksif (sebarang ungkapan adalah sama dengan dirinya sendiri), simetri (jika sama dengan , maka sama dengan ), dan transitif (jika sama dengan dan sama dengan , maka sama dengan ).