Pergi ke kandungan

Harry Houdini

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Harry Houdini

Harry Houdini (lahir di Budapest, Hungary, 24 Mac 1874–meninggal di Detroit, 31 Oktober 1926) adalah seorang ahli silap mata terkemuka yang berasal dari Amerika Syarikat. Beliau paling dikenali melalui aksi-aksi meloloskan dirinya, antara lain melepaskan diri dari ikatan tali, gari, rantai, dan yang paling terkenal: muslihat Chinese water torture, di mana tubuh Houdini digantung terbalik lalu dia berjaya meloloskan diri dari almari kaca yang diisi penuh dengan air.

Houdini mula menjadi ahli silap mata bermula pada tahun 1891. Awalnya dia hanya melakukan aksi silap matanya menggunakan kad-kad terup, namun kerjayanya menanjak sejak mula memfokuskan diri pada aksi-aksi meloloskan diri. Pertunjukan terakhir Houdini berlangsung pada 24 Oktober 1926. Sehari kemudian dia telah dimasukkan kedalam hospital dan meninggal dunia akibat peritonitis di bahagian apendiks pada 31 Oktober 1926.

pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy