Kekurangan vitamin D
Kekurangan vitamin D | |
---|---|
Nama lain | Hipovitaminosis D |
Proses normal penyerapan vitamin D | |
Pengkhususan | Endokrinologi |
Gejala | Tiada, kesakitan otot, lemah badan, kekecutan otot[1][2] |
Kerumitan | Riket, osteomalasia, osteoporosis[3] |
Punca | Kekurangan pendedahan cahaya matahari, pengurangan pengambilan makanan, masalah ginjal, penurunan fungsi penyerapan usus[4][1] |
25(OH)D darah < 50 hingga 75 nmol/L (20 hingga 30 ng/ml)[3] | |
Pencegahan | Suplemen vitamin D untuk menyusu bayi[1] |
Rawatan perubatan | Kolekalsiferol, ergokalsiferol, kalsifediol[5] |
Kekerapan | Secara umum dalam lingkungan 20-40%, gejala teruk dalam lingkungan 6-13%[3] |
sunting |
Kekurangan vitamin D ditakrifkan sebagai tahap vitamin D yang berada di bawah aras normal.[6] Antara gejala-gejala yang mungkin berlaku termasuklah kesakitan otot, rasa lemah dan pengecutan otot, walaupun kebanyakan dari kalangan yang mengalami kekurangan vitamin D itu tidak mempunyai gejala ketara.[1][2] Pada kanak-kanak ia boleh mengakibatkan riket yang melibatkan kegagalan tulang untuk mengalami pemineralan dengan betul.[4] Pada orang dewasa pula ia boleh mengakibatkan osteomalasia, dan kemungkinan osteoporosis, dengan peningkatan risiko patah tulang.[4][1] Walaupun aras vitamin D rendah dikaitkan dengan banyak keadaan lain, keadaan-keadaan tersebut tidak jelas sama ada mempunyai hubung kait sebab-akibat dengan gejalan kekurangan vitamin D ini.[3]
Antara beberapa punca kepada kekurangan vitamin D termasuklah ketidakcukupan terhadap pendedahan cahaya matahari, pengurangan pengambilan makanan, masalah buah pinggang, atau penurunan fungsi penyerapan usus.[4][1] Antara beberapa faktor risiko adalah termasuk penyakit hati dan gangguan genetik tertentu.[1] Diagnosis gejala ini adalah berdasarkan aras 25(OH)D darah yang kurang daripada 50 hingga 75 nmol/L (20 hingga 30 ng/ml).[3] Ujian makmal tidak kelihatan membantu terhadap mereka yang tidak mempunyai gejala, maka ianya tidak disyorkan.[4][7]
Penggunaan am suplemen vitamin D tidak disyorkan.[6] Rawatan untuk kekurangan vitamin D biasanya melalui makanan yang kaya dengan vitamin D[1] seperti ikan berlemak seperti ikan sardin dan ikan salmon, cendawan, serta kuning telur.[4][5] Susu dan beberapa jenis makanan lain juga diperkaya dengan vitamin D di beberapa kawasan di dunia.[4] Kekurangan kalsium dan fosfat juga mungkin memerlukan pembetulan.[1]
Kira-kira 20 hingga 40% orang mengalami kekurangan vitamin D, manakala kekurangan yang teruk berlaku dalam lingkungan 6 hingga 13%.[3] Hal ini bagaimanapun adalah berdasarkan ujian darah dan bukannya berdasarkan sebarang kesan kesihatan negatif yang berkaitan.[6] Ia berlaku lebih kerap pada orang muda dan tua.[3] Kekurangan vitamin D, dalam bentuk riket, telah tercatat seawal tahun 1645.[8]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e f g h i "Vitamin D Deficiency and Dependency - Nutritional Disorders". Merck Manuals Professional Edition. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 October 2010. Dicapai pada 9 April 2021. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "Mer2021Pro" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b Sizar, O; Khare, S; Goyal, A; Bansal, P; Givler, A (January 2021). "Vitamin D Deficiency". StatPearls. PMID 30335299.
- ^ a b c d e f g Amrein, K; Scherkl, M; Hoffmann, M; Neuwersch-Sommeregger, S; Köstenberger, M; Tmava Berisha, A; Martucci, G; Pilz, S; Malle, O (20 January 2020). "Vitamin D deficiency 2.0: an update on the current status worldwide". European Journal of Clinical Nutrition. 74 (11): 1498–1513. doi:10.1038/s41430-020-0558-y. PMC 7091696. PMID 31959942. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "Amr2020" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b c d e f g "Office of Dietary Supplements - Vitamin D". ods.od.nih.gov (dalam bahasa Inggeris). U.S. Department of Health & Human Services: National Institutes of Health. 26 March 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 April 2021. Dicapai pada 9 April 2021. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "NIH2021" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b Bordelon, P; Ghetu, MV; Langan, RC (15 October 2009). "Recognition and management of vitamin D deficiency". American family physician. 80 (8): 841–6. PMID 19835345.
- ^ a b c LeFevre, ML; LeFevre, NM (15 February 2018). "Vitamin D Screening and Supplementation in Community-Dwelling Adults: Common Questions and Answers". American family physician. 97 (4): 254–260. PMID 29671532. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "AFP2018" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Krist, Alex H.; Davidson, Karina W.; Mangione, Carol M.; Cabana, Michael; Caughey, Aaron B.; Davis, Esa M.; Donahue, Katrina E.; Doubeni, Chyke A.; Epling, John W. (13 April 2021). "Screening for Vitamin D Deficiency in Adults: US Preventive Services Task Force Recommendation Statement". JAMA. 325 (14): 1436. doi:10.1001/jama.2021.3069.
- ^ Epstein, Sol (2012). Vitamin D, An Issue of Rheumatic Disease Clinics - E-Book (dalam bahasa Inggeris). Elsevier Health Sciences. m/s. 62. ISBN 978-1-4557-4313-1. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-08-27. Dicapai pada 2021-04-09.