Pergi ke kandungan

Krisis Peluru Berpandu Cuba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Presiden John F. Kennedy dalam Bilik Kabinet yang sesak semasa Krisis Peluru Berpandu Cuba.

Krisis Peluru Berpandu Cuba adalah merupakan satu konfrontasi di antara Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, dan Cuba semasa Perang Dingin. Di Rusia, ia dikenali sebagai "Krisis Caribbean," (Rusia: Карибский кризис, Karibskiy krizis) sementara di Cuba pula ia dipanggil "Krisis Oktober". Krisis ini setaraf dengan krisis Pengepungan Berlin sebagai salah satu konfrontasi besar semasa Perang Dingin, dan dianggap hampir-hampir mencetus perang nuklear.

Di Havana, terdapatan kegusaran akan campur tangan tentera oleh Amerika Syarikat ke atas Cuba.[1] Pada April 1961, ancaman serangan menjadi kenyataan apabila tentera pemberontak dalam buangan yang dilatih oleh CIA mendarat di Teluk Babi. Serangan ini berjaya ditumpaskan oleh angkatan bersenjata Cuba. Castro diyakinkan bahawa Amerika Syarikat akan menceroboh Cuba. [2] Tidak lama setelah serangan di Teluk Babi, Castro telah mengisytiharkan Cuba sebagai sebuah negara republik sosialis, dan mewujudkan ikatan rasmi dengan Kesatuan Soviet, dan mula memodenkan angkatan tentera Cuba.

Amerika Syarikat pula gusar terhadap penerimaan fahaman komunis atau sosialis oleh mana-mana negara, dan persahabatan secara terbuka negara-negara Amerika Latin dengan Kesatuan Soviet tidak dapat diterima oleh A.S, didorong oleh permusuhan Rusia-Amerika Syarikat sejak tamat Perang Dunia II pada tahun 1945.

Pada akhir tahun 1961, Kennedy telah melancarkan Operasi Mongoose, suatu siri operasi-operasi rahsia menentang kerajaan Castro yang mana telah menemui kegagalan.[3]. Secara terang-terangan, pada Februari 1962, A.S. melancarkan sekatan ekonomi ke atas Cuba.[4]

Amerika Syarikat juga mempertimbangkan untuk melancarkan serangan ketenteraan. Jeneral Tentera Udara Curtis LeMay telah mengemukakan rancangan pengemboman sebelum serangan kepada Presiden Kennedy pada September. Cuba pula secara berterusan membuat aduan diplomatik kepada kerajaan A.S. ekoran penerbangan pengintipan dan gangguan kecil aktiviti ketenteraan daripada Pangkalan Tentera Laut Guantanamo Amerika Syarikat.

Sehingga September 1962, pemerhati Cuba melihat tanda-tanda peningkatan kemungkinan konfrontasi dengan A.S, termasuk resolusi bersama Kongres A.S yang memberi kebenaran penggunaan kuasa ketenteraan ke atas Cuba sekiranya kepentingan A.S. diancam,[5] dan pengumuman latihan ketenteraan iaitu Operasi Ortsac di Caribbean telah dirancang pada bulan berikutnya.

Krisis mencapai kemuncaknya pada 8 Oktober, 1962. Kemudian pada 14 Oktober 1962, foto-foto pengawasan Amerika Syarikat yang diambil oleh pesawat pengintip A.S, U-2 telah mendedahkan pangkalan-pangkalan peluru berpandu sedang dibina di Cuba. Krisis ini berakhir dua minggu kemudian iaitu pada 28 Oktober, 1962, apabila Presiden John F. Kennedy dan Setiausaha Agong Pertubuhan Bangsa Bersatu U Thant telah mencapai persetujuan dengan Soviet untuk menarik kembali peluru berpandu di Cuba sebagai pertukaran dengan perjanjian tiada serangan ke atas Cuba serta pemindahan rahsia peluru berpandu Jupiter dan Thor daripada Turki.

Kennedy, dalam ucapan pertama beliau berkenaan krisis ini pada 22 Oktober 1962, telah memberi amaran,

Menjadi satu polisi negara ini untuk memberi perhatian berat ke atas mana-mana peluru berpandu nuklear yang dilancarkan dari Cuba untuk menyerang manan-mana negara di Hemispera Barat sebagai satu tindakan serangan ke atas Amerika Syarikat, dan memerlukan tindak balas sepenuhnya terhadap Kesatuan Soviet.[6]

  1. ^ Nicolas Rivero. Castro's Cuba. 1962. LOC: 62:10759. page 13.
  2. ^ "Cuban Missile Crisis Causes". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-07. Dicapai pada 2008-10-22.
  3. ^ Franklin, Jane, [dipetik daripada] Krisis Peluru Berpandu Cuba - Suatu kronologi mendalam
  4. ^ The American Presidency Project. "Proclamation 3447--Embargo on all trade with Cuba".
  5. ^ Resolusi Cuba, Undang-undang Awam A.S. 87-733, S.J. Res. 230
  6. ^ Kennedy, John F. (October 22 1962), Speech on the Cuban Missile Crisis Check date values in: |date= (bantuan)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy