Pergi ke kandungan

Penyata kewangan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Penyata kewangan bersejarah

Penyata kewangan (atau laporan kewangan) ialah rekod formal kegiatan-kegiatan kewangan sesebuah perniagaan, orang perseorangan, atau entiti-entiti yang lain.

Penyata kewangan memberikan pandangan keseluruhan keadaan kewangan jangka pendek serta jangka panjang bagi sesuatu perniagaan atau orang perseorangan. Semua maklumat kewangan perusahaan perniagaan yang disampaikan dengan cara berstruktur dan dalam bentuk yang mudah difahami dikenali sebagai penyata kewangan. Terdapat empat penyata kewangan yang asas:[1]

  1. Kunci kira-kira: Juga dirujuk sebagai penyata kedudukan atau keadaan kewangan, ia melaporkan aset, liabiliti, dan equiti pemilik syarikat pada sesuatu masa.
  2. Penyata pendapatan: Juga dirujuk sebagai Penyata Untung Rugi (atau "P&L"), ia melaporkan pendapatan, belanja, dan untung pada sesuatu tempoh perakaunan. Ini termasuk jualan dan pelbagai belanja yang dikenakan sewaktu pemprosesan.
  3. Penyata untung tertahan: Menerangkan perubahan dalam untung tertahan syarikat pada sepanjang tempoh pelaporan.
  4. Penyata aliran tunai: Melaporkan kegiatan aliran tunai syarikat, khususnya kegiatan operasi, pelaburan, dan kewangan.

Bagi perbadanan besar, penyata-penyata itu sering sangat kompleks dan boleh merangkumi nota penyata kewangan, serta perbincangan dan analisis pengurusan yang meluas. Nota itu biasanya menghuraikan setiap item dalam kunci kira-kira, penyata pendapatan, dan penyataan aliran tunai dengan lebih terperinci. Ia dianggap sebagai sebahagian penyata kewangan yang penting.

  1. ^ "Presentation of Financial Statements" Standard IAS 1, International Accounting Standards Board. Accessed 24 June 2007.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy