Pergi ke kandungan

Petaling Jaya City FC

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bandaraya Petaling Jaya
Nama penuhKelab Bola Sepak Bandaraya Petaling Jaya
Diasaskan26 April 2004; 20 tahun yang lalu (2004-04-26), (PBIM)[1]
4 Mac 2014; 10 tahun yang lalu (2014-03-04), (MSIM-PBIM)
16 Januari 2019; 5 tahun yang lalu (2019-01-16), (Kelab Bola sepak Bandaraya Petaling Jaya)
StadiumStadium Petaling Jaya,
Petaling Jaya, Selangor
(Kapasiti: 25,000)
PresidenMalaysia Vijay Eswaran
PengurusMalaysia K. Rajendran
JurulatihMalaysia P. Maniam
LigaLiga Super Malaysia
2020ke-7
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan

Kelab Bola sepak Bandaraya Petaling Jaya, atau dikenali Bandaraya PJ, ialah sebuah kelab bola sepak profesional Malaysia yang berpusat di Petaling Jaya, Selangor. Ditubuhkan pada tahun 2004 sebagai PBIM, kelab ini sedang bertanding di liga utama Malaysia, iaitu Liga Super Malaysia. Kelab ini dimiliki oleh Qnet Group dan ditubuhkan bagi mewakili komuniti Petaling Jaya. Pada tahun 2016, kelab ini telah memenangi gelaran liga tahap ketiga, Liga FAM Malaysia dan telah dinaikkan pangkat ke liga tahap kedua bola sepak Malaysia, Liga Premier Malaysia. Kelab ini dikenali dengan nama KB Bandaraya PJ sejak 2019.

Majlis Sukan India Malaysia - Persatuan Bola sepak India Malaysia ataupun singkatannya, MSIM-PBIM merupakan sebuah kelab bola sepak yang mewakili kaum India Malaysia. Kelab ini diasaskan di Kuala Lumpur. Kelab ini bermain di liga tertinggi di dalam liga Malaysia, iaitu Liga Super Malaysia. Pada tahun 2013, kelab ini menjuarai Kejohanan India Antarabangsa Perancis. [2] Kelab ini ditaja oleh Majlis Sukan India Malaysia.

Sebagai persiapan untuk penyertaan kelab di Liga FAM Malaysia, kelab telah disediakan dengan belanjawan RM 1.3 Juta dan persediaan telah bermula enam bulan sebelum sepak mula liga. Pada musim pertama dalam kejohanan ini, kelab berjaya menduduki tempat kesembilan. Kelab ini hampir dipromosikan ke liga tahap 2 iaitu Liga Premier Malaysia selepas menduduki tempat kedua dalam Kumpulan B, Liga FAM Malaysia 2015.

Selepas dua tahun tanpa piala dalam kempen mereka, pasukan telah meningkatkan belanjawan mereka untuk musim 2016. Untuk musim ini di Liga FAM Malaysia, kelab itu telah menetapkan belanjawan RM 800,000 untuk sasaran memenangi kejohanan ini. Pada 10 Oktober 2016, kelab ini akhirnya layak untuk dipromosikan ke Liga Premier Malaysia 2017 setelah menjuarai Liga FAM Malaysia.

Pada tahun 2017, pasukan ini telah menetapkan bajet bernilai RM3.5 juta untuk musim pertama mereka pada di Liga Premier Malaysia. Kelab mengakhiri kempen Piala FA 2017 pada pusingan kedua selepas kekalahan 6-3 menentang Negeri Sembilan.

Pada musim 2018 di Liga Premier Malaysia, kelab memperbaiki kedudukan mereka dengan menamatkan kempen liga ditempat ketiga dan melakukan kejutan pada kempen Piala Malaysia dengan mengalahkan juara bertahan Johor Darul Ta'zim di peringkat kumpulan. Walaupun demikian mereka gagal untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya dalam kempen ini. Pada Disember 2018, MFL mengumumkan bahawa kelab akan dinaikkan ke Liga Super Malaysia pada tahun 2019 bagi menggantikan Felcra yang juga naib juara liga dengan membuat keputusan tidak beraksi lagi dalam liga Malaysia. Pengurusan pasukan juga telah bercadang kemungkinan bagi melakukan penjenamaan dan pertukaran nama pasukan.

Pada 16 Januari 2019, kelab telah dijenamakan semula sebagai KB Bandaraya Petaling Jaya. Musim ini juga kelab menamatkan kempen Liga Super Malaysia di tempat kelapan. Tewas di dengan pasukan Kedah di pusingan 3 Piala FA Malaysia dan bersaing pada peringkat kumpulan di kejohanan Piala Malaysia.

Logo Pasukan

[sunting | sunting sumber]

Pemilikan dan Tajaan Kewangan

[sunting | sunting sumber]

Petaling Jaya City FC dimiliki oleh Qnet Group.

Kit pasukan Petaling Jaya City FC telah dihasilkan oleh Umbro sejak musim 2016. Pada musim 2018, kelab ini beralih tajaan kepada Puma (bekas pasukan MISC-MIFA).

Penaja utama jersi kelab ini adalah QNet.

Tempoh Pengeluar Kit Penaja
2014 Kappa ABNXcess / NAAM[3]
2015 NAAM / Megatech[4]
2016–2017 Umbro Mifa
2018 PUMA MAHSA University
2019—2020 QNet


Skuad Utama

[sunting | sunting sumber]
Sehingga 20 Februari 2020

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
1 GK Malaysia Damien Lim
2 DF Malaysia Aroon Kumar
3 DF Malaysia Syazwan Zaipol
5 DF Brazil Elizeu
6 FW Malaysia Yugan Poobathy
7 FW Malaysia Kogileswaran Raj
10 FW Malaysia Safee Sali
11 FW Brazil Washington Brandão
12 MF Malaysia Barathkumar Ramaloo
13 MF Malaysia Thivandran Karnan
14 FW Malaysia Jeremy Lim
15 DF Malaysia Youwarasan Maniom
17 DF Malaysia Rajes Perumal
18 FW Malaysia Mahali Jasuli
19 MF Malaysia Christie Jayaseelan
No. Pos. Negara Pemain
20 FW Guinea Demba Camara
21 GK Malaysia Ahmad Syihan Hazmi
22 GK Malaysia Kalamullah Al-Hafiz
23 MF Malaysia Salomon Raj
25 GK Malaysia Mohd Aqil Abdul Razak
26 DF Malaysia Mohd Amer Saidin
27 DF Malaysia Filemon Anyie
30 DF Malaysia D Kugan
33 DF Malaysia P. Gunalan
35 MF Filipina Mark Hartmann
36 DF Malaysia Mohd Fitri Omar
77 MF Malaysia K. Gurusamy
89 MF Malaysia M YojaRaj
90 MF Korea Selatan Kim Bong-jin
96 DF Malaysia K. Kannan
DF Thailand Anawin Jujeen

Organisasi Pasukan

[sunting | sunting sumber]

Pegawai dan Staf Kejurulatihan

[sunting | sunting sumber]
Jawatan Nama
Presiden Malaysia Datuk Seri Vijay Eswaran
Pengurus Malaysia K. Rajendran
Penolong Pengurus Malaysia S. Vinodkana
Jurulatih Indonesia Djajang Nurjaman
Penolong Jurulatih Malaysia K. Devan
Penolong Jurulatih Malaysia P. Maniam
Penolong Jurulatih Malaysia Rajan Koran
Jurulatih Penjaga Gol Malaysia Megat Amir Faisal
Jurulatih Penjaga Gol Malaysia V. Murugan
Jurulatih Kecergasan Malaysia Arulchelvan
Fisioterapi Malaysia R. Dervan
Jurulatih B21 Malaysia K. Gunalan
Penolong Jurulatih B21 Malaysia Lingeswaran a/l Muniyani
Jurulatih Penjaga Gol B21 Malaysia G. Jeevananthan
Jurulatih Kecergasan B21 Malaysia G. Mahathevan
Fisioterapi B21 Malaysia Ahmad Muiz Noor Esa
Jurulatih B19 Malaysia
Penolong Jurulatih B19 Malaysia
Jurulatih Penjaga Gol B19 Malaysia
Jurulatih Kecergasan B19 Malaysia
Fisioterapi B19 Malaysia Dheeneesh Raj

Pengurus Pasukan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Pengurus
2014 Malaysia S. Chandrasekaran
2015 Malaysia J. Dhinagaran
2016 Malaysia S. Arumugam
2017— Malaysia K. Rajendran

Jurulatih

[sunting | sunting sumber]
Tahun Jurulatih
2014—2015 Malaysia K. Thaiyananthan
2015—2017 Malaysia Jacob Joseph
2017—2020 Malaysia K. Devan
2021— Indonesia Djajang Nurjaman

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]
Kejohanan Juara Naib Juara
Divisyen 3/Piala FAM Malaysia 2016


Nota:

  • P = Perlawanan, M = Menang, S = Seri, K = Kalah, J = Jaringan, B = Bolos, Mt = Mata, Pos = Posisi

      Juara       Naib-Juara       ke-3       Promosi       Tersingkir

Musim Liga Piala Asia
Divisyen P M S K J B Mt Pos Sumbangsih FA Malaysia Kejohanan Keputusan
2014 Liga FAM 22 6 5 11 28 37 23 ke-9
2015 Liga FAM 16 11 3 2 33 17 36 ke-2 (Kumpulan B) Pusingan ke-2
2016 Liga FAM 22 15 4 3 41 18 48 Juara Pusingan Awal
2017 Liga Premier 22 4 2 16 36 51 14 ke-10 Pusingan ke-2
2018 Liga Premier 20 9 5 6 36 26 32 ke-3 Pusingan ke-2 Peringkat Kumpulan
2019 Liga Super 22 8 2 12 22 29 26 ke-8 Pusingan ke-3 Peringkat Kumpulan
  1. ^ "History of MIFA". www.mifa.org.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-02-28. Dicapai pada 19 July 2018.
  2. ^ "MIFA emerge champs in international Indian footie meet". The Star. 23 August 2013. Dicapai pada 23 August 2013.
  3. ^ http://www.thestar.com.my/news/community/2014/04/10/sacrifices-not-forgotten-company-committed-to-giving-sportsmen-and-sportswomen-job-opportunities-in/ Company committed to giving sportsmen and sportswomen job opportunities in industry
  4. ^ http://www.hmetro.com.my/node/46603 Selesa underdog

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]
pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy