Pilihan raya presiden Korea Selatan 2022
| |||||||||||||||||
Terdaftar | 44,197,692 | ||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pengundi hadir | 77.1% (▼0.1)[1] | ||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
|
Pilihan raya presiden telah diadakan di Korea Selatan pada 9 Mac 2022. Di bawah perlembagaan Korea Selatan, presiden dihadkan kepada satu penggal lima tahun, bermakna bahawa presiden penyandang Moon Jae-in tidak layak untuk bertanding untuk penggal kedua. Calon pembangkang Yoon Suk-yeol daripada Parti Kuasa Rakyat memenangi pilihan raya,[2] menewaskan calon Lee Jae-myung penyandang Parti Demokratik.[3]
Dalam pilihan raya presiden terdekat dalam sejarah Korea Selatan, Yoon memenangi undian keseluruhan terbanyak dan kawasan utama Seoul, tetapi tewas di Gyeonggi dan Incheon.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Berikutan skandal politik yang mula mendapat liputan pada 2016, presiden Park Geun-hye telah dicabar, dan pilihan raya mengejut dipanggil.[4] Moon Jae-in daripada Parti Demokratik menewaskan Hong Joon-pyo daripada Parti Kebebasan Korea dan Ahn Cheol-soo daripada Parti Rakyat dengan margin yang luas dalam pilihan raya Mei 2017, membawa Demokratik kembali berkuasa selepas sembilan tahun.[5] Selepas tiga tahun pertama memegang jawatan, kuasa Moon diperkukuh dengan ketara oleh kemenangan partinya dalam pilihan raya perundangan 2020, yang memberikan partinya majoriti mutlak 180 daripada 300 kerusi dalam Perhimpunan Kebangsaan.[6]
Walau bagaimanapun, dalam pilihan raya kecil Datuk Bandar Seoul 2021, pengundi muda di Seoul, yang secara tradisinya memihak kepada Parti Demokrat, mengundi Parti Kuasa Rakyat (PPP) konservatif dengan majoriti besar: dengan margin 55.3 peratus hingga 34.1 peratus dalam kalangan pengundi dalam lingkungan 20-an, dan 56.5 peratus hingga 38.7 peratus dalam kalangan pengundi berusia 30-an.[7][8] Pentadbiran penyandangnya dipersalahkan atas krisis perumahan di Seoul yang menjejaskan kebanyakan warga muda berusia 20-an dan berakar umbi sebagai punca utama kekalahan Demokrat, bersama-sama dengan sentimen antifeminisme di kalangan pengundi lelaki muda . Ini sebahagiannya disebabkan ketidakseimbangan jantina dalam populasi orang muda di Korea Selatan. PPP telah memilih Lee Jun-seok yang berusia 36 tahun sebagai ketua parti baharu mereka pada Jun 2021. Kempen kepimpinan Lee memberi tumpuan kepada golongan muda dan pendekatan khemah besar kepada pengundi, yang dilihat sebagai peralihan generasi dalam politik Korea Selatan.[9] Lee tidak pernah memegang jawatan awam. Beberapa parti memilih calon untuk pilihan raya presiden yang juga tidak mempunyai pengalaman perundangan atau eksekutif. Pengulas memerhatikan bahawa ini mencerminkan ketidakpercayaan orang ramai yang semakin meningkat terhadap ahli politik penubuhan Korea Selatan.[10]
Sistem pengundian
[sunting | sunting sumber]Presiden dipilih melalui sistem pengundian majmuk satu pusingan, untuk tempoh lima tahun. Penyandang dan bekas presiden tidak layak untuk bertanding semula. [11]
Percalonan
[sunting | sunting sumber]Parti Demokratik
[sunting | sunting sumber]Parti Demokratik (Bahasa Korea: 더불어민주당) merupakan parti politik pemerintah Korea Selatan berikutan kemenangannya dalam pilihan raya 2017, pilihan raya tempatan 2018 dan pilihan raya Perhimpunan Kebangsaan 2020. Perlu difahami walaupun parti ini ditubuhkan secara teknikal, parti ini merupakan keturunan daripada Parti Demokratik (tahun 1955). [12] Parti-parti demokratik ini membawa ideologinya selama berdekad-dekad, dan parti Demokratik 2022 ini dianggap sebagai "parti khemah yang besar" dan mempunyai orang tengah[13] dan puak-puak liberal.[14]
Kebanyakan ahli politik di parti ini umumnya menyokong ekonomi pasaran sosial dengan jaringan keselamatan sosial yang kuat, anti-rasuah, demokrasi langsung, dan dasar alam sekitar.[15] Dalam hal-hal dasar luar, parti ini menyokong perdamaian dan penyatuan semula dengan Korea Utara.[16] Parti ini mempunyai penyokong yang kuat di daerah Honam.[17] Penyandang presiden ketika itu, Moon Jae-in tidak lagi dipilih sebagai presiden kerana had penggal.
Kempen dalaman
[sunting | sunting sumber]Berikutan dan sebelum kemenangannya di daerah penting Jongno dalam pilihan raya perundangan 2020, bekas Perdana menteri, Lee Nak-yeon muncul sebagai pendahulu bagi pencalonan Parti Demokratik dan pilihan raya umum. Lee, yang diraikan kerana kepakarannya dalam hubungan bersama Jepun[18] [19] dan keupayaan pentadbiran yang ditunjukkannya semasa menjadi Gabenor Wilayah Jeolla Selatan[20] dan Perdana menteri pertama Presiden Moon, menerima sokongan luas dari puak Moon dari parti itu yang mengetahui akan kemenangan besarnya dalam pemilihan kepimpinan parti pada Ogos 2020.[21] Walau bagaimanapun, cadangan Lee pada Januari 2021 untuk memberi pengampunan kepada bekas presiden konservatif Park Geun-hye dan Lee Myung-bak menyebabkan tindak balas: kejatuhan sokongannya. Gabenor Gyeonggi, Lee Jae-myung, yang menjalankan kempen populis sayap kiri untuk presiden pada 2017 dan Datuk Bandar Seongnam, telah muncul sebagai calon paling popular di seluruh parti akibat tindak balasnya yang diterima baik terhadap pandemik COVID-19 dan cadangannya iaitu pendapatan asas sejagat.[22] Perdana Menteri kedua Moon, Chung Sye-kyun, menarik diri untuk bertanding.[23]
Ia menyaksikan pertembungan yang hangat antara Lee Nak-yeon dan Lee Jae-myung.[24]
Jadual dan proses pengundian dalaman
[sunting | sunting sumber]Percalonan dijadualkan pada September 2021, walaupun wakil kempen Lee Nak-yeon dan Chung Sye-kyun menggesa agar pemilihan utama ditangguhkan hingga November.[25] Gesaan itu dilihat cuba menghalang calon utama Lee Jae-myung daripada mendapat pencalonan, kerana beliau adalah calon paling digemari dalam kalangan orang ramai dan parti.[26]
Pada 25 Jun, majlis tertinggi parti memutuskan untuk mengadakan percalonan presidem seperti yang dijadualkan pada 10 September.[27] Jadual waktu untuk proses tersebut adalah seperti berikut:[28]
- 28 hingga 30 Jun – Pendaftaran calon
- 9 hingga 11 Julai – Undi awal yang melibatkan tinjauan 50:50 orang awam dan ahli parti
- 11 Julai – Pengumuman enam calon teratas yang layak untuk pengundian akhir
- Sebelum 10 September – Pengumuman keputusan dan calon parti
Pada 19 Julai, parti itu mengumumkan penangguhan pemilihan akhir calon hingga pertengahan Oktober berikutan peningkatan kes COVID-19 di Korea Selatan.[29]
Pada 10 Oktober 2021, Lee Jae-myung dipilih sebagai calon presiden seterusnya mewakili parti itu.
Keputusan undian dalaman
[sunting | sunting sumber]Calon | Kedudukan | Jumlah undi | Peratus |
Lee Jae-myung | Dipilih | 719,905 | 50.29% |
Lee Nak-yeon | ke-2 | 560,392 | 39.14% |
Choo Mi-ae | ke-3 | 129,035 | 9.01% |
Park Yong-jin | ke-4 | 22,261 | 1.55% |
1,431,593 | 100% |
Undian di atas hanya mengira undi yang dibuang untuk empat calon yang tinggal sehingga pengundian akhir (utama).
Calon yang dipilih
[sunting | sunting sumber]- Lee Jae-myung, Gabenor Gyeonggi (2018-2021) dan bekas Datuk Bandar Seongnam (2010-2018)[30] [31] (Diumumkan bertanding pada 1 Julai, memenangi pemilihan pada 10 Oktober)
Tiket Parti Demokratik | |
---|---|
Lee Jae-myung | |
bagi Presiden | |
35th Gabenor daerah Gyeonggi (2018–2021) | |
Campaign | |
Calon-calon lain
[sunting | sunting sumber]Berikut adalah calon-calon sehingga tamatnya proses penamaan calon pada 10 Oktober, dalam urutan pengumuman pencalonan:
- Lee Nak-yeon, bekas ahli Perhimpunan Kebangsaan (2000-2014, 2016-2021), bekas Perdana Menteri (2017-2020), bekas Gabenor Jeolla Selatan (2014-2017) dan bekas ketua parti (2020-2021)[32][33][34][35]
- Park Yong-jin, ahli Perhimpunan Kebangsaan (2016-sekarang)[36]
- Choo Mi-ae, bekas Menteri Keadilan (2020-2021), bekas ahli Perhimpunan Kebangsaan (1996-2004, 2016-2020) dan bekas ketua parti (2016-2018)[37]
-
Lee Nak-yeon (diumumkan 5 Julai 2021)
-
Park Yong-jin (diumumkan 9 Mei 2021)
-
Choo Mi-ae (diumumkan 23 Jun 2021)
Calon yang disingkirkan
[sunting | sunting sumber]Pada 11 Julai 2021, Parti Demokratik mengecilkan calonnya kepada enam pada pusingan pertama utama parti. Oleh sebab itu, dua calon telah disingkirkan.[38]
- Yang Seung-jo, Gabenor Chungcheong Selatan (2018-sekarang), bekas ahli Perhimpunan Kebangsaan (2004-2018)[39]
- Choi Moon-soon, Gabenor daerah Gangwon (2011-sekarang), bekas ahli Perhimpunan Kebangsaan (2008-2011)[40]
-
Yang Seung-jo (diumumkan 12 Mei 2021)
-
Choi Moon-soon (diumumkan 1 Jun 2021)
Calon yanng menarik diri
[sunting | sunting sumber]- Lee Kwang-jae, ahli Perhimpunan Kebangsaan (2004-2010, 2020-sekarang), bekas Gabenor Gangwon (2010-2011)[41][42][43] (diumumkan 27 Mei 2021, menarik diri pada 5 Julai dan menyokong Chung Sye-kyun)[44]
- Chung Sye-kyun, bekas Perdana Menteri (2020-2021), bekas Speaker Perhimpunan Kebangsaan (2016-2018), bekas ahli Perhimpunan Kebangsaan (2004-2020) (diumumkan 17 Jun 2021, menarik diri pada 13 September)[45][46][47]
- Kim Doo-kwan, ahli Perhimpunan Kebangsaan (2016-sekarang), bekas Gabenor Gyeongsang Selatan (2010-2012), bekas Menteri Dalam Negeri dan Pentadbiran (2003) (diumumkan pada 1 Julai 2021, menarik diri pada 26 September dan menyokong Lee Jae-myung)[48][49]
Keputusan
[sunting | sunting sumber]Margin kemenangan Yoon sebanyak 0.73% menjadikan ini keputusan pilihan raya presiden yang paling hampir dalam sejarah Korea Selatan.
-
Sim Sang-jung (Parti Keadilan) bahagian undi mengikut majlis perbandaran
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ http://info.nec.go.kr/electioninfo/electionInfo_report.xhtml
- ^ Hyun-woo, Nam (2022-03-09). "Yoon Suk-yeol wins presidential election". Korea Times. Dicapai pada 2022-03-09.
- ^ Sang-Hun, Choe (2022-03-09). "Live Updates: Opposition's Yoon Wins Tight Race for South Korean Presidency". The New York Times. Dicapai pada 2022-03-09.
- ^ McCurry, Justin (2017-03-10). "Park Geun-hye: South Korean court removes president over scandal". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-03-05.
- ^ Kwon, K. J.; Boykoff, Pamela; Griffiths, James (2017-05-10). "South Korea election: Moon Jae-in declared winner". CNN. Dicapai pada 2022-03-05.
- ^ "South Korea's governing party wins election by a landslide". Al-Jazeera. 2020-04-16. Dicapai pada 2020-04-30.
- ^ "How young voters, once solid supporters of liberal causes, turned against Moon's party in by-elections". Yonhap News Agency. 9 April 2021. Dicapai pada 10 April 2021.
- ^ Youngmi, Kim (29 Mei 2021). "Will resurgent misogyny undo South Korea's progress on gender equality?". East Asia Forum. Edinburgh. Dicapai pada 6 Jun 2021.
- ^ "Underdog's ascent to PPP leadership mirrors young voters' frustration with political establishment". Yonhap News Agency. 11 Jun 2021. Dicapai pada 1 Julai 2021.
- ^ Da-min, Jung (29 Jun 2021). "Assembly stints no longer prerequisite for presidential bid". The Korea Times. Dicapai pada 7 Julai 2021.
- ^ https://en.wikipedia.org/wiki/2022_South_Korean_presidential_election#cite_note-14 diambil daripada Bahasa Inggeris.
- ^ http://www.tbs.seoul.kr/news/bunya.do?&typ_800=N&seq_800=10127679 TBS.seoul.kr . Dicapai pada 6 September 2022
- ^ Andrew Walter. https://www.rsis.edu.sg/wp-content/uploads/2019/10/CO19219.pdf (PDF) Rsis.edu.sg. Dicapai pada 6 September 2022.
- ^ Park, S. Nathan https://foreignpolicy.com/2020/04/16/south-korea-is-a-liberal-country-now/ Foreign Policy. Dicapai pada 6 September 2022.
- ^ https://theminjoo.kr/ theminjoo.kr.
- ^ Fifield, Anna (2 Mei 2017) https://www.washingtonpost.com/world/south-koreas-likely-next-president-warns-the-us-not-to-meddle-in-its-democracy/2017/05/02/2295255e-29c1-11e7-9081-f5405f56d3e4_story.html The Washington Post. Dicapai pada 6 September 2022
- ^ Larsen, Morten Soendergaard. https://foreignpolicy.com/2020/04/13/south-korea-first-national-coronavirus-election/ Foreign Policy. Dicapai pada 6 September 2022.
- ^ https://thediplomat.com/tag/anti-japan-sentiment-in-korea/ thediplomat.com. Dicapai pada 6 September 2022.
- ^ https://asia.nikkei.com/Politics-Economy/Policy-Politics/South-Korean-prime-minister-pick-seen-as-point-man-on-Japan Nikkei Asian Review. Dicapai pada 6 September 2022.
- ^ https://www.csis.org/analysis/impact-player-lee-nak-yon Csis.org. Dicapai pada 6 September 2022.
- ^ https://m.hankookilbo.com/News/Read/A2020083117220004144?t=20200913163621 한국일보 (dalam Bahasa Korea). Dicapai pada 6 September 2022.
- ^ http://www.koreatimes.co.kr/www/nation/2020/05/356_288650.html The Korea Times. 28 April 2020. Dicapai pada 6 September 2022.
- ^ https://www.bloomberg.com/news/articles/2021-04-16/south-korea-prime-minister-chung-resigns-in-bid-for-presidency Bloomberg. 16 April 2021. Dicapai pada 6 September 2022.
- ^ https://www.nocutnews.co.kr/news/5605254 (dalam Bahasa Korea). 10 Ogos 2021. Dicapai pada 6 September 2022
- ^ https://en.yna.co.kr/view/AEN20210625004252315?section=national/politics En.yna.co.kr. 25 Jun 2021. Dicapai pada 6 September 2022.
- ^ http://world.kbs.co.kr/service/news_view.htm?lang=e&Seq_Code=162306 World.kbs.co.kr. 21 Jun 2021. Dicapai pada 7 September 2022.
- ^ https://en.yna.co.kr/view/AEN20210625004252315?section=national/politics En.yna.co.kr. 25 Jun 2021. Dicapai pada 7 September 2022.
- ^ https://en.yna.co.kr/view/AEN20210625004252315?section=national/politics En.yna.co.kr. 25 Jun 2021. Dicapai pada 7 September 2022.
- ^ https://en.yna.co.kr/view/AEN20210719010100315?section=national/politics En.yna.co.kr. 19 July 2021. Dicapai pada 7 September 2022.
- ^ http://world.kbs.co.kr/service/news_view.htm?lang=e&Seq_Code=152425 World.kbs.co.kr. Dicapai pada 7 September 2022.
- ^ https://en.yna.co.kr/view/AEN20210701001051315?section=national/politics Yonhap News Agency. Julai 2021. Dicapai pada 7 September 2022.
- ^ https://www.bloomberg.com/news/articles/2020-04-20/south-korea-election-win-turns-moon-premier-into-possible-rival Bloomberg.com. 20 April 2020. Dicapai pada 10 September 2022.
- ^ http://www.koreapost.com/news/articleView.html?idxno=9251 The Korea Post (dalam Bahasa Korea). 7 June 2019. Dicapai pada 10 September 2022.
- ^ https://www.japantimes.co.jp/news/2020/04/21/asia-pacific/politics-diplomacy-asia-pacific/south-korea-lee-nak-yon/ The Japan Times. 21 April 2020. Dicapai pada 10 September 2022.
- ^ https://en.yna.co.kr/view/AEN20210705002151315?section=national/politics Yonhap News Agency 5 Julai 2021. Dicapai pada 10 September 2022.
- ^ https://en.yna.co.kr/view/AEN20210509000800315 Yonhap News Agency. 9 Mei 2021. Dicapai pada 10 September 2022.
- ^ https://www.hani.co.kr/arti/politics/politics_general/1000057.html 20 Jun 2021. Dicapai pada 10 September 2022.
- ^ http://www.koreaherald.com/view.php?ud=20210711000288 The Korean Herald. Yonhap News Agency 11 Julai 2021. Dicapai pada 10 September 2022.
- ^ https://m.breaknews.com/805775 한국언론의 세대교체 ◆브레이크뉴스◆ (dalam bahasa Korea). 12 Mei 2021. Dicapai pada 10 September 2022.
- ^ https://www.donga.com/news/Politics/article/all/20210601/107211861/1 1 Jun 2021. Dicapai pada 10 September 2022.
- ^ https://newsis.com/view/?id=NISX20210527_0001455378&cID=10301&pID=10300 27 Mei 2021. Dicapai pada 10 September 2022.
- ^ http://news.khan.co.kr/kh_news/khan_art_view.html?artid=202105271140001&code=910402 27 Mei 2021. Dicapai pada 10 September 2022.
- ^ https://www.yna.co.kr/view/AKR20210527073400001?input=1195m Yonhap News Agency. 27 Mei 2021. Dicapai pada 10 September 2022.
- ^ https://koreajoongangdaily.joins.com/2021/07/05/national/politics/Chung-Syekyun-Lee-Nakyon-Democratic-Party/20210705190600374.html Korea JoongAng Daily. 5 Julai 2021. Dicapai pada 10 September 2022.
- ^ https://en.yna.co.kr/view/AEN20210402006700315 En.yna.co.kr. 3 April 2021. Dicapai pada 11 September 2022.
- ^ https://www.koreatimes.co.kr/www/nation/2021/06/113_310669.html The Korea Times. 17 Jun 2021. Dicapai pada 11 September 2022.
- ^ https://en.yna.co.kr/view/AEN20210913007051315 Yonhap News Agency. 13 September 2021. Dicapai pada 11 September 2022.
- ^ https://breaknews.com/sub_read.html?uid=817913§ion=sc2§ion2= 1 Julai 2021. Dicapai pada 11 September 2022.
- ^ https://imnews.imbc.com/news/2021/politics/article/6303003_34866.html 26 September 2021. Dicapai pada 11 September 2022.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.