Pergi ke kandungan

Senapang lantak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Senapang lantak dan bayonet di atas frigate Grand Turk.

Senapang lantak (bahasa Inggeris: musket) adalah sejenis senjata api muat hadapan berlaras licin dan direka agar boleh ditembak dari bahu; ubat dan biji pelurunya diisi sumbat melalui suatu muncung yang dipukul "kuat-kuat supaya keras atau padat" atau dilantak[1] dengan suatu batang kayu khas.[2] Ia direka bagi digunakan bagi kegunaan askar-askar infantri sesebuah bala tentera (bahasa Inggeris: musketman atau musketeer).

Senapang lantak menggantikan pemuras dan kemudiannya digantikan oleh raifal (dalam kedua kes, selepas lama tempoh digunakan bersama-sama). Istilah senapang lantak digunakan bagi pelbagai senjata, termasuk senapang panjang, berat dengan sumbu api, tarkul atau kancing batu dan ubat bedil yang ditembak dengan laras senapang diletakkan atas kayu tompang, dan juga senjata lebih ringan dengan Snaphance, senapang batu, atau caplock dan peluru menggunakan putaran penstabil (bebola Minié), dipasang dengan bayonet.

  1. ^ lantak. Kamus Bahasa Melayu (ed. keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 28 Mac 2020 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  2. ^ Departemen Pendidikan Nasional (2008). Kamus Besar Bahasa Indonesia Pusat Bahasa Edisi Keempat. Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy