Pergi ke kandungan

Tugu Wikipedia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tugu Wikipedia
Bahasa Poland: Pomnik Wikipedii

Perasmian tugu
Maklumat umum
JenisArca
PenciptaMihran Hakobyan
Dedicated to (en) TerjemahWikipediawan dan Wikipedia Sunting nilai ini di Wikidata
Dicipta pada2014 (2014)
Ditauliahkan olehKrzysztof Wojciechowski (en) Terjemah dan Collegium Polonicum (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
GenrePublic art (en) Terjemah, allegorical sculpture (en) Terjemah dan Seni bogel Sunting nilai ini di Wikidata
SubjekWarga Wikipedia
Saiz170 (Ketinggian) × 60 (Kelebaran) × 60  (Kepanjangan) cm
Dimiliki olehBandar Słubice
Lokasi
PerbandaranSłubice Sunting nilai ini di Wikidata
Tempatplac Frankfurcki (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Alamatplac Frankfurcki (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Map
Sejarah
TarikhPeristiwa penting
2010 dasawarsa tempahan
2014 pembinaan
22 Oktober 2014 royal inauguration (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Tugu Wikipedia, yang terletak di Słubice, Poland, merupakan sebuah arca yang direka bentuk oleh Mihran Hakobyan yang meraikan para penyumbang Wikipedia. Arca ini akan ditontonkan di "Plac Frankfurcki" (Medan Frankfurt) pada 22 Oktober 2014 dalam sebuah majlis yang akan dihadiri wakil-wakil organisasi Wikimedia tempatan dan juga Yayasan Wikimedia.

Pemerian dan sejarah

[sunting | sunting sumber]

Tugu dicadangkan sekitar tahun 2010[1] oleh Krzysztof Wojciechowski (filozof i socjolog), seorang profesor universiti dan pengarah di Kolej Polonicum Poland: Collegium Polonicum w Słubicach di Słubice. Wojciechowski berkata, "Saya bersedia untuk berlutu di hadapan Wikipedia, itu sebabnya saya terfikir tentang sebuah tugu di mana saya dapat melakukan demikian"[2] Wikipedia bahasa Poland (polska Wikipedia) ialah sebuah tapak sesawang yang popular di Poland, dan dengan kandungan melebihi sejuta rencana, Wikipedia yang ke-12 terbesar.[3][4] Mengikut Piotr Łuczynski, timbalan datuk bandar, tugu peringatan akan "menonjolkan kepentingan bandar ini sebagai sebuah pusat akademik".[3] Seorang wakil Wikipedia Poland menyatakan organisasi itu berharap projek ini akan "meningkatkan tahap kesedaran tentang tapak itu dan menggalakkan orang ramai untuk menyumbang kepadanya."[5]

Tugu menggambarkan empat orang yang menjulang sebuah glob yang berlandaskan simbol Wikipedia.[2] Ia setinggi lebih kurang dua meter.[5] Tugu daripada kaca gentian dan resin direka oleh artis kelahiran Armenia, Mihran Hakobyan, yang lulus daripada Collegium Polonicum.[2][3][5] Tugu menelan belanja sebanyak lebih kurang 50,000 złoty (lebih kurang USD $14,000; Euro 12,000) dan dibiayai pihak berkuasa wilayah Słubice.[1][2][3] Ia dijadual untuk dipamerkan pada 22 Oktober 2014,[2] di medan pusat bandar (the pl [Plac Frankfurcki]),[1][5] sekali gus menjadi tugu peringatan pertama buat ensiklopedia dalam talian.[3] Wakil-wakil daripada Yayasan Wikimedia serta organisasi Wikipedia daro Poland dan Jerman (Wikimedia Polska dan Wikimedia Deutschland), merancang untuk menghadiri majlis tontonan tersebut.[3][6]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b c "W nowosolskim Malpolu powstaje pierwszy na świecie pomnik Wikipedii" (dalam bahasa Polish). 10 October 2014. Dicapai pada 13 October 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ a b c d e "Poland to Honor Wikipedia With Monument". ABC News. 9 October 2014. Dicapai pada 9 October 2014.
  3. ^ a b c d e f "Poland to unveil world's first Wikipedia monument". Polskie Radio. Dicapai pada 9 October 2014.
  4. ^ List of Wikipedias – Meta. Retrieved Sep 8, 2014.
  5. ^ a b c d Day, Matthew (10 October 2014). "Polish town to build statue honouring Wikipedia". The Telegraph. Dicapai pada 11 October 2014.
  6. ^ "Slubice: Polnische Stadt setzt Wikipedia ein Denkmal" (dalam bahasa German). Spiegel Online. Dicapai pada 10 October 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy