Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/22 November
Penampilan
22 November: Hari Abjad di Albania (1908); Hari Kemerdekaan di Lubnan (1943).
- 1869 – Cutty Sark, salah satu kapal layar laju terakhir dibina, dilancarkan di Dumbarton, Scotland.
- 1963 – Lyndon B. Johnson mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-36 di atas Air Force One (gambar), beberapa jam selepas pembunuhan John F. Kennedy.
- 1967 – Resolusi 242 Majlis Keselamatan PBB diterima sebulat suara selepas Perang Enam Hari antara Israel dan jirannya Jordan, Mesir dan Syria.
- 1975 – Juan Carlos I diangkat sebagai Raja Sepanyol mengikut undang-undang pewarisan yang diisytiharkan Francisco Franco.
- 2017 — Sultan Johor Sultan Ibrahim mengisytiharkan Iskandar Puteri sebagai Majlis Bandaraya ke-14 di negara Malaysia dan kedua di negeri Johor dengan secara rasminya.
Hari-hari sebelum: 21 November – 20 November – 19 November