Yang Yang
Yang Yang | |
---|---|
Nama Cina | 杨洋 (Ringkas) |
Pinyin | Yáng Yáng (Mandarin) |
Etnik | Han |
Keturunan | Hefei, Anhui, China |
Lahir | Shanghai, China | 9 September 1991
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 2010 - kini |
Alma mater | People's Liberation Army Academy of Art |
Yang Yang (Cina ringkas: 杨洋 ; Cina tradisional: 楊洋 ; pinyin: Yáng Yáng), yang dilahirkan pada 9 September 1991 di Shanghai, China ialah seorang pelakon China yang terkenal.
Karier
[sunting | sunting sumber]Yang Yang tamat pengajian di People's Liberation Army Academy of Art. Debut lakonannya adalah dalam The Dream of Red Mansions sebagai watak utama Jia Baoyu, yang menjadi permulaan besar bagi kariernya sebagai pelakon. Dia memenangi anugerah "Pelakon Baru Terbaik" dalam "BQ Celebrity Score Awards" selepas tayangan The Dream of Red Mansions pada 2010.
Pada 2011, Yang Yang memegang watak Yang Kaizhi dalam filem The Founding of a Party. Ini adalah kali pertama dia berlakon dalam filem. Pada 2013, dia memegang watak lelaki utama yang bernama Cao Zhi dalam teater sejarah berjudul Legend of Goddess Luo. Pada tahun yang sama, dia dianugerahkan dengan "Pelakon TV Baru Yang Paling Berpengaruh" dalam "Entertainment Live Rankings".
Tahun 2014 merupakan tahun bertuah dan penting bagi Yang Yang. Dia memperoleh populariti menerusi lakonan Xu Yi dalam filem The Left Ear. Juga, watak Zhang Qiling dalam drama The Lost Tomb yang menjulangnya sebagai salah seorang pelakon muda terhangat di China. Dalam masa yang sama, dia memegang watak Wu Qing dalam drama The Four (siri TV) dan memenangi anugerah "Pelakon Lelaki Paling Popular" serta "Ranking Kesusasteraan dan Kesenian China di Kampus" berdasarkan lakonan cemerlangnya. Pada tahun 2015, Yang Yang mengambil bahagian dalam rancangan realiti TV Divas Hit the Road(II).
TV
[sunting | sunting sumber]- 2010 The Dream of Red Mansions 红楼梦2010 (Jia Baoyu)
- 2010 Melody of Youth 青春旋律 (Ning Hao)
- 2012 The War Doesn't Believe in Tears 战争不相信眼泪 (Du Changyou)
- 2012 Refresh 3+7 刷新3+7 (He Tianze)
- 2013 Legend of Goddess Luo 洛神传 (Cao Zhi)
- 2013 Ultimate Conquest 武间道 (Bai Niansheng)
- 2013 Flowers of Pinellia Ternata 花开半夏 (Lu Yuan)
- 2014 Lanterns 花灯满城 (Fei Yu)
- 2014 Tiny Times 小时代之折纸时代 (Neil)
- 2015 The Four 少年四大名捕 (Wu Qing)
- 2015 The Lost Tomb 盗墓笔记 (Zhang Qiling)
- 2015 Tornado Girl 旋风少女 (Ruo Bai)
- 2016 Cocoon Town Legend 茧镇奇缘 (Huang Moru)
- 2016 Just One Slight Smile is Very Alluring 微微一笑很倾城 (Xiao Nai)
Filem
[sunting | sunting sumber]- 2011 The Founding of a Party 建党伟业 (Yang Kaizhi)
- 2012 Joyful Reunion 饮食男女2012 (Shizhe(young))
- 2015 The Unbearable Lightness of Inspector Fan 暴走神探 (Zhanshi Wu)
- 2015 The Left Ear 左耳 (Xu Yi)
- 2016 Three Lives Three Worlds, Ten Thousand Miles of Peach Blossom 三生三世十里桃花 (Ye Hua)
Teater
[sunting | sunting sumber]- 2009 The Dream of Red Mansions 红楼梦水景秀
Anugerah
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Karya yang dicalonkan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2009 | BQ Celebrity Score Awards | Best New Actor | — | Menang |
2010 | Sohu Internet TV Festival | Best New Actor | — | Tercalon |
2013 | Entertainment Live Rankings | Most Influential New TV Actor | — | Menang |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Cina) Yang Yang's personal weibo on Sina.com