JADUAL PERTAMA
[Seksyen 8, 10, 12 dan 13]
Tafsiran
1. Dalam Jadual ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain―
“Ahli atau Anggota” ertinya Anggota Pentadbiran sebagaimana ditakrifkan dalam Fasal (2) Perkara 160 Perlembagaan dan termasuk anggota mana-mana satu Majlis Parlimen, Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang bukan Ahli Majlis itu tetapi tidaklah termasuk Setiausaha Politik yang bukan Ahli Parlimen dan juga tidaklah termasuk Anggota Pentadbiran sesuatu Negeri;
“anak” ertinya anak seseorang Ahli atau Anggota yang mati yang di bawah umur dua puluh satu tahun dan termasuklah―
- (i) anak yang lahir selepas kematian bapanya, anak tiri tanggungan atau anak tidak sah taraf;
- (ii) anak yang diambil sebagai anak angkat di bawah mana-mana undang-undang bertulis, adat atau kelaziman sebelum kematian Ahli atau Anggota itu; dan
- (iii) anak yang diambil sebagai anak angkat sebelum kematian Ahli atau Anggota yang menganuti agama Islam sama ada di bawah mana-mana undang-undang bertulis, adat atau kelaziman atau selainnya;
“gaji” ―
- (a) berhubung dengan Ahli Parlimen, ertinya elaun bulanan yang kena dibayar kepadanya di bawah subseksyen 3(1);
- (b) berhubung dengan Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara atau Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, ertinya jumlah gaji bulanan dan elaun bulanan yang kena dibayar kepadanya di bawah seksyen 4;
- (c) berhubung dengan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri atau Setiausaha Parlimen, ertinya jumlah gaji bulanan dan elaun bulanan yang kena dibayar kepadanya di bawah subseksyen 6(1) dan (2);
“perkhidmatan yang boleh dimasuk kira” ertinya tempoh mengikut bulan, semasa seseorang itu menjadi Ahli atau Anggota sama ada terus-menerus atau bagi dua tempoh atau lebih yang berasingan; dan bagi maksud menghitung lamanya