0% found this document useful (0 votes)
102 views17 pages

Pir 35

This document summarizes a court case involving personal injuries from a traffic accident. It provides details of the plaintiff's injuries, which included lacerations to the head, ankle, and shin, as well as an open fracture to the tibia and fibula bones in his right leg. The plaintiff suffered ongoing issues including muscle wasting, scarring, and retrograde amnesia. The court found the first defendant 100% liable and awarded the plaintiff over RM100,000 in damages covering medical costs, lost earnings, pain and suffering. An appeal regarding lost future earnings was allowed, reducing the total damages.

Uploaded by

Joanne Priya
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as PDF, TXT or read online on Scribd
0% found this document useful (0 votes)
102 views17 pages

Pir 35

This document summarizes a court case involving personal injuries from a traffic accident. It provides details of the plaintiff's injuries, which included lacerations to the head, ankle, and shin, as well as an open fracture to the tibia and fibula bones in his right leg. The plaintiff suffered ongoing issues including muscle wasting, scarring, and retrograde amnesia. The court found the first defendant 100% liable and awarded the plaintiff over RM100,000 in damages covering medical costs, lost earnings, pain and suffering. An appeal regarding lost future earnings was allowed, reducing the total damages.

Uploaded by

Joanne Priya
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as PDF, TXT or read online on Scribd
You are on page 1/ 17

[2020] 1 PIR [35] 347

1
Mohd Azlan bin Zainuddin
v
Abdul Radib bin Abdul Rahman & Anor
5
Sessions Court, Kuala Kangsar – Summons No. AG-A53KJ-23-2/2017
Rohaida Ishak scj

[35] Quantum – Head – Retrograde amnesia – 2 cm × 1 cm laceration wound


over right occipital scalp with active bleeding – Laceration wound over right
10
ear/pinna – Lower limb – 2 cm × 1 cm laceration over medial side of right ankle –
3 cm laceration over right shin with active bleeding – Open fracture distal 3rd of
right tibia and fibula – Muscle wasting – Multiple scars

Date of accident
15 December 4, 2015

Date of grounds of judgment


June 5, 2018

Judgment received
20
March 18, 2020

Brief description of plaintiff’s injuries


1. 2 cm × 1 cm laceration over the medial side of the right ankle
2. 2 cm × 1 cm laceration wound over the right occipital scalp with active
25 bleeding
3. 3 cm laceration over the right shin with active bleeding
4. Laceration wound over the right ear/pinna
5. Open fracture distal 3rd of the right tibia and fibula

30 Disabilities
1. Multiple scars
2. Muscle wasting
3. Retrograde amnesia
4. Weakness of the muscles in the right thigh and limitation of the
dorsiflexion movement of the right ankle joint
35

Plaintiff’s age
(a) As at date of accident : NA
(b) As at date of hearing : NA

40 Plaintiff’s occupation
(a) As at date of accident : Plaintiff is in the business of
selling chickens
(b) As at date of hearing : NA
348 Personal Injury Reports [2020] 1 PIR [35]

Plaintiff’s earnings 1
(a) As at date of accident : RM1,500.00
(b) As at date of hearing : NA

Liability
100% against the first defendant
5

Award (Based on 100% liability)


1. General damages
(a) 2 cm × 1 cm laceration over the medial side
of the right ankle – RM 4,000.00
(b) 2 cm × 1 cm laceration wound over the right 10
occipital scalp with active bleeding – RM 4,000.00
(c) 3 cm laceration over the right shin with
active bleeding – RM 4,000.00
(d) Laceration wound over the right ear/pinna – RM 3,000.00
(e) Multiple scars – RM 8,000.00 15
(f) Muscle wasting – RM 6,000.00
(g) Open fracture distal 3rd of the right tibia and
fibula (Note: The plaintiff as a result suffers
from weakness of the muscles in the thigh
and limitation of the dorsiflexion movement
20
of the ankle joint) – RM40,000.00
(h) Pain and suffering during two surgeries
(internal fixation and removal of screw) – RM10,000.00
(i) Retrograde amnesia – RM 5,000.00

2. Special damages 25
(a) Cost of documents – RM 708.00
(b) Cost of follow up treatment – RM 57.00
(c) Cost of future surgery – RM 1,500.00
(d) Cost of implant – RM 1,725.00
(e) Loss of earnings 30
i. During 9 months’ medical leave
(RM1,500.00 × 9) – RM13,500.00
ii. Future earnings (RM1,000.00 × 42 months) – RM42,000.00
(f) Medical expenses – RM 334.00
(g) Pain and suffering during future surgery – RM 5,000.00
(h) Repairs to motorcycle – RM 100.00 35

(i) Travelling expenses incurred by the plaintiff


for follow up treatment – RM 200.00
(j) Travelling expenses incurred by the
plaintiff’s family whilst visiting the plaintiff – RM 100.00
40
Note
An appeal was lodged by the defendants at the High Court against the
Sessions Court’s finding on loss of future earnings. The High Court had
Mohd Azlan bin Zainuddin v
Abdul Radib bin Abdul Rahman & Anor
[2020] 1 PIR [35] Rohaida Ishak scj 349

1 allowed the appeal and set aside the Sessions Court’s award for loss of future
earnings. The plaintiff’s appeal to the Court of Appeal was dismissed.

Interest
As usually allowed.
5
Cases referred to by the court
Arina bt Ujang v Susof b Nordin & 3 Ors [2009] 2 PIR [44], sc
Chong Lai Peng & Ors lwn Grandmas Development Sdn Bhd [2018] MLJU 42
Dr Teh Bee Tee v Dr Joshua Mohanraj Daniel & Anor [2018] MLJU 117, HC
Letchumanen a/l Mardammutu v Suhaimi bin Mat Sharif [2016] 2 PIR [6], sc
10
Mohd Faizal bin Mohamad v Wan Mohd Hafzan bin Ismail & Anor [2016] 2
PIR [20], mc
Mohd Nizam bin A Rahman v A Hamid bin A Kamar [2016] 2 PIR [51], sc
Mohd Roslan bin Abdul Razak (seorang budak dibawah umur mendakwa melalui
wakil litigasi dan ibunya, Rokiah Bebee binti Pitchay, plaintiff kedua) & Anor v
15 Jagathisan a/l Arumugam [2017] 1 PIR [9], sc
Mustapah Puteh (membuat tuntutan sebagai bapa yang sah dan orang yang
ditanggung oleh Norezan b Mustapah) v Basit bin Mohammad [1999] 1 AMR
1172; [1999] 7 CLJ 437, HC
Noramira binti Mohd Sidek v Abd Majid bin Awang [2016] 2 PIR [42], sc
20 Puvendran a/l Rajamanickam v Muhammad Ammar bin Adenan & 2 Ors [2017] 1
PIR [55], sc
Salem bin Abd Khalid v Seow Ah Kim & Anor [2016] 2 PIR [32], sc
Sam Wun Hoong v Kader Ibramshah [1981] 1 MLJ 295; [1981] 1 LNS 103, FC
Sanjiswaran a/l Thamppiraja v Abdul Ghafar bin Abdul Ghani & Anor [2016] 2 PIR
[53], sc
25
Sim Yen Ying v Voon Yee Yuen & Anor [2009] 2 PIR [31], sc
Syamim bin Yunos & Anor v Lau Ying Chau & 3 Ors [2017] 1 PIR [64], sc
Tan Chye Choo & Ors v Chong Kew Moi [1970] 1 MLJ 1, PC
Tan Eng Gnoh v Mohd Shafiq bin Abdul, sebagai wakil litigasi di sisi
undang-undang bagi Amzah bin Wan Chik (yang telah meninggal dunia pada
30 5 Disember 2011) [2016] 1 PIR [58], sc

Legislation referred to by the court


Civil Law Act 1956, s 28A(2)
Road Traffic Rules 1959, rule 10
35
Other references
Compendium of Personal Injury Awards (revised as at April 17, 2014)

Solicitors
40 Bhupinder Singh (Ng Chee Kong & Co) for plaintiff
Raj Selva & Co for defendants
350 Personal Injury Reports [2020] 1 PIR [35]

Rohaida Ishak scj 1

Pengenalan:

[1] Plaintif pada mulanya telah memfailkan writ saman bertarikh Ogos 2,
2016 di Mahkamah Majistret, Kuala Kangsar untuk menuntut gantirugi
5
terhadap defendan-defendan atas kemalangan jalanraya yang telah berlaku.
Writ saman tersebut telah didaftarkan dengan nombor pendaftaran
A73KJ-64-8/2016. Plaintif kemudiannya telah membuat permohonan ke
Mahkamah Sesyen, Kuala Kangsar pada November 28, 2016 supaya writ
saman ini dipindahkan ke Mahkamah Sesyen, Kuala Kangsar. Mahkamah
Sesyen, Kuala Kangsar telah membenarkan permohonan plaintif melalui 10
perintah bertarikh Disember 14, 2016 dan kes ini didaftarkan semula di
Mahkamah Sesyen, Kuala Kangsar dengan nombor pendaftaran
AG-A53KJ-23-2/2017.

[2] Di dalam kes ini plaintif membuat tuntutan gantirugi am, gantirugi
khas, kos dan faedah terhadap defendan akibat dari kemalangan jalanraya 15

yang berlaku pada tarikh Disember 4, 2015, jam lebih kurang 11.00 pagi di
KM 58 Jalan Ipoh-Taiping.
[3] Adalah fakta yang tidak dipertikaikan bahawa plaintif pada waktu
kemalangan (Disember 4, 2015) sedang dalam perjalanan dari Simpang
20
Lawin ke Padang Rengas dan menunggang motosikal nombor pendaftaran
AFE 9507 manakala defendan pertama memandu motokar No. PBR 7998
dalam arah yang sama.

Fakta ringkas kes:


25
A. Kes plaintif:

[4] Bagi membuktikan tuntutannya, pihak plaintif telah memanggil


seramai empat orang saksi seperti berikut:

(i) SP1 – Sarjan R190065 Siti Sabariyah binti Mat Zin, Penolong Pegawai 30
Penyiasat Trafik di IPD Kuala Kangsar.
(ii) SP2 – Mohd Azlan bin Zainuddin, plaintif.

(iii) SP3 – Chew Peng Thye, membantu plaintif dalam perniagaan


ayamnya. 35

(iv) SP4 – Amir Adha bin Mat Talha, Penolong Pegawai Kesihatan
Persekitaran Kanan di Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, Sungai
Siput.

[5] Bagi tujuan membuktikan tanggungan liabiliti di dalam kemalangan 40


ini, keterangan yang penting untuk dipertimbangkan adalah keterangan SP1
dan SP2.
Mohd Azlan bin Zainuddin v
Abdul Radib bin Abdul Rahman & Anor
[2020] 1 PIR [35] Rohaida Ishak scj 351

1 Keterangan SP1:

[6] SP1 merupakan penolong pegawai penyiasat trafik yang menyiasat


kemalangan ini. Semasa perbicaraan, penyataan saksi bertulis telah
disediakan dan ditandakan sebagai PSP1.
5 [7] Menurut SP1, dia telah dimaklumkan tentang kemalangan ini pada
tarikh Disember 4, 2015 jam 11.00 pagi. SP1 telah pergi ke tempat
kemalangan dan tiba di situ sekitar jam 11.10 pagi. SP1 telah menjalankan
siasatan lanjut dan melukis rajah kasar tempat kejadian (P1 dan P1K).

[8] Menurut SP1, pada pagi itu cuaca adalah baik dan jalan tidak begitu
10
sibuk. Tempat kemalangan adalah jalan lurus dan dibahagian hadapan jalan
adalah selekoh. Tidak ada sebarang simpang di tempat kemalangan.

[9] Tidak ada kesan brek dijumpai di atas jalanraya dan tidak ada saksi
bebas dalam kemalangan ini.
15 [10] SP1 mengesahkan plaintif dan defendan pertama terlibat dalam
kemalangan ini dan mereka dalam arah perjalanan yang sama (dari kanan ke
kiri dalam rajah kasar).

[11] Menurut SP1, kerosakan motorsikal AFE 9507 yang ditunggang oleh
plaintif adalah lebih banyak di bahagian belakang. Akibat dari kemalangan
20
itu juga, motosikal plaintif telah jatuh ke sebelah kanan oleh itu terdapat
kesan kerosakan di bahagian kanan motosikal.

[12] Bagi kerosakan motokar PBR 7998 yang dipandu oleh defendan
pertama, kerosakan adalah di bahagian hadapan akibat pertembungan
25 dengan motosikal. Selain itu motokar juga rosak di bahagian belakang akibat
stering tidak terkawal dan terbabas selepas kemalangan.
[13] SP1 turut mengemukakan gambar-gambar tempat kemalangan dan
kenderaan yang terlibat dan telah ditandakan sebagai P2A-J.

30 [14] SP1 turut memaklumkan bahawa hasil siasatannya mendapati


pemandu motokar PBR 7998 adalah pihak yang bertanggungjawab
melakukan kesalahan di bawah rule 10 LN 166/59 dan saman telahpun
dikeluarkan.

Keterangan SP2:
35
[15] Menurut plaintif pada masa itu dia dalam perjalanan hendak
menghantar ayam (telah diproses) kepada pelanggannya di Padang Rengas.
Apabila sampai di KM58 Jalan Ipoh-Taiping tiba-tiba sebuah motokar telah
melanggar plaintif dari arah belakang. Selepas kejadian plaintif tidak
40 sedarkan diri. Apabila plaintif sedar, dia telahpun berada di Hospital Kuala
Kangsar.
352 Personal Injury Reports [2020] 1 PIR [35]

[16] Plaintif seterusnya telah dihantar ke Hospital Ipoh untuk rawatan 1


lanjut dan dirawat sehingga Mei 8, 2015.

[17] Laporan polis mengenai kemalangan ini telah dibuat oleh plaintif
pada Mei 10, 2018 di Balai Polis Trafik Kuala Kangsar. Plaintif telah
mengesahkan laporan polisnya iaitu Trafik Kuala Kangsar 002794/2015 (P5).
5
[18] Plaintif juga mengesahkan bahawa perlanggaran berlaku di laluan
D-C jika mengikut rajah kasar. Di dalam laporan polisnya, plaintif
memaklumkan bahawa dia mengalami kecederaan patah kaki kanan, luka
koyak pada telinga kanan (berjahit), luka di bahagian kepala (berjahit) dan
luka-luka di hahagian anggota badan yang lain. 10

B. Kes defendan:

[19] Pihak defendan hanya memanggil seorang saksi sahaja iaitu defendan
pertama.
15
(i) SD1 – Abdul Radib bin Abdul Rahman.

Keterangan defendan pertama:


[20] Defendan pertama mengesahkan bahawa dia telah terlibat dalam
kemalangan jalanraya dengan sebuah motosikal pada Disember 4, 2015, jam 20
lebih kurang 11.00 pagi. Menurut defendan pertama, pada masa itu dia
dalam perjalanan dari Kati hendak ke JPJ Taiping untuk urusan tukar nama
hak milik.
[21] SD1 telah membuat laporan polis pada hari yang sama kemalangan
berlaku iaitu Trafik Kuala Kangsar 002748/15 (D6). Di dalam laporan 25
polisnya SD1 mengatakan bahawa sebelum kemalangan dia hendak
memotong sebuah motokar di sebelah kiri jalan dan tiba-tiba ada sebuah
motosikal di hadapannya. SD1 cuba membrek tetapi brek tidak berfungsi
dan steering loose dan dia telah melanggar motosikal itu.
30
[22] Manakala di dalam keterangannya di mahkamah, semasa
pemeriksaan utama, SD1 mengatakan yang brek keretanya tidak makan. Dia
cuba elak ke kiri sebab ada kereta di hadapan dan tiba-tiba dia nampak ada
motor di depan keretanya di sebelah kiri. SD1 mengatakan dia tidak sempat
elak dan terus melanggar motorsikal itu.
35
Keputusan dan alasan penghakiman mahkamah:

[23] Setelah mahkamah mendengar keterangan-keterangan yang


dikemukakan oleh kedua-dua pihak dan meneliti serta menimbangkan
hujahan bertulis yang difailkan, maka atas imbangan keberangkalian
40
munasabah, mahkamah telah memutuskan bahawa defendan pertama
bertanggungan 100% cuai di dalam kemalangan ini. Pihak defendan tidak
berpuas hati dengan keputusan ini dan telah memfailkan rayuan ke
Mohd Azlan bin Zainuddin v
Abdul Radib bin Abdul Rahman & Anor
[2020] 1 PIR [35] Rohaida Ishak scj 353

1 Mahkamah Tinggi atas isu liabiliti dan kuantum. Mahkamah dengan ini
mengemukakan alasan penghakiman bagi tujuan rayuan ini.

Liabiliti:

[24] Pihak plaintif berhujah bahawa defendan pertama adalah


5
bertanggungan 100% cuai di dalam kemalangan ini berdasarkan keterangan
pegawai penyiasat dan plaintif. Malah defendan pertama sendiri semasa
pemeriksaan utamanya, telah mengakui bahawa dia telah melanggar
motosikal plaintif dari belakang. Alasan yang diberikan oleh defendan
pertama adalah kerana brek keretanya tidak berfungsi.
10
[25] Pihak defendan pula berhujah bahawa kemalangan tidak disebabkan
oleh kecuaian defendan pertama tetapi adalah disebabkan oleh mechanical
defect yang terjadi di luar kawalan defendan pertama. Peguambela defendan
pertama telah merujuk kepada kes Tan Chye Choo & Ors v Chong Kew Moi
[1970] 1 MLJ 1 untuk menyokong hujahannya.
15
[26] Berikut adalah antara keterangan defendan pertama semasa
pemeriksaan utamanya:
S : Apa yang jadi hari itu?

20 J : Saya dari Kati menuju ke Taiping. Sampai ke tempat kejadian, keret saya brek
tak makan. Saya elak ke kiri sebab ada kereta di depan. Lepas tu saya nampak
ada kotor di sebelah kiri. Saya tak dapat elak dan terus langgar. Saya tak
sempat nak elak.
S : Macam mana tahu brek tak berfungsi?

25 J : Sebab kereta itu baru dibeli.


S : Bolehkah elak ke kanan?

J : Tak boleh sebab ada lori.

[27] Semasa pemeriksaan balas oleh peguam plaintif, defendan pertama


30 memberikan keterangan seperti berikut:
S : Encik mengakui bahawa telah langgar motosikal dari belakang?
J : Ya setuju.

S : Jadi punca kemalangan adalah dari encik?


35
J : Ya setuju.
S : Encik sepatutnya perlu periksa kereta dulu sebelum memandu?

J : Ya setuju.
40 [28] Daripada keterangan yang dikemukakan, arah perjalanan kedua-dua
kenderaan yang terlibat di dalam kemalangan serta pihak-pihak yang
terlibat tidak menjadi pertikaian. Malah defendan pertama sendiri
354 Personal Injury Reports [2020] 1 PIR [35]

mengesahkan kejadian kemalangan yang berlaku. Cuma pihak defendan 1


menimbulkan pembelaan "inevitable accident" untuk menafikan kecuaian
pihak mereka.

[29] Berkenaan dengan alasan tersebut, mahkamah menyatakan isu


mechanical effects ini tidak dibuktikan oleh pihak defendan semasa
5
perbicaraan. Malah mahkamah bersetuju dengan hujahan peguam plaintif
bahawa isu ini juga tidak diplidkan di dalam penyataan pembelaan
defendan. Di dalam kes Chong Lai Peng & Ors lwn Grandmas Development Sdn
Bhd [2018] MLJU 42, YA Pesuruhjaya Kehakiman, Hassan bin Abdul Ghani
memutuskan bahawa:
10
Oleh kerana dalam kes ini plaintif-plaintif tidak menyatakan dalam plidingnya
bahawa defendan telah melakukan frod atau salah nyata maka isu ini tidak
relevan untuk dihuraikan dalam penghakiman ini kerana pihak-pihak adalah
terikat dengan pliding.

[30] Jika benar defendan pertama mengatakan kemalangan berlaku akibat


15
brek yang tidak berfungsi, dia sepatutnya menghantar kenderaan tersebut
ke PUSPAKOM atau pakar berkaitan kenderaan untuk pengesahan tentang
mechanical failure yang dikatakan. Seseorang tidak boleh
sewenang-wenangnya memberikan alasan tanpa bukti yang sahih dan
mengharapkan mahkamah menerima keterangan tersebut begitu saja.
Merujuk kepada kes Tan Chye Choo & Ors v Chong Kew Moi [1970] 1 MLJ 1 20
yang dirujuk oleh peguam defendan, semasa perbicaraan kes tersebut,
terdapat pakar-pakar dipanggil untuk memberi keterangan berkaitan
"mechanical failure" Chevrolet taxi yang dipandu oleh defendan dan ini
membolehkan mahkamah di dalam kes tersebut membuat pertimbangan dengan
lebih teliti dan seterusnya telah memutuskan bahawa defendan tidak cuai di 25
dalam kemalangan tersebut.

[31] Mahkamah ingin merujuk kepada kes Mustapah Puteh (membuat


tuntutan sebagai bapa yang sah dan orang yang ditanggung oleh Norezan b
Mustapah) v Basit bin Mohammad [1999] 1 AMR 1172; [1999] 7 CLJ 437, yang
mana YA Suriyadi Halim Omar (as he then was) memutuskan: 30

[1] The scantiness of the evidence by the appellant was evident. However, the trial
judge had no choice but to adjudicate primarily on the plaintiff's evidence. It is
trite law that if the defence does not produce any evidence to rebut the plaintiff's
case, then the latter's evidence must be accepted.
35
[32] Oleh itu berdasarkan kepada keterangan-keterangan di atas,
mahkamah dengan ini berpendapat atas imbangan keberangkalian
munasabah bahawa defendan pertama adalah cuai 100% di dalam
kemalangan ini.

Kuantum: 40

[33] Berkenaan dengan kuantum, plaintif menuntut untuk gantirugi am,


khas, dan kehilangan pendapatan. Di dalam membuat pertimbangan
Mohd Azlan bin Zainuddin v
Abdul Radib bin Abdul Rahman & Anor
[2020] 1 PIR [35] Rohaida Ishak scj 355

1 apakah gantirugi yang boleh diawardkan dan berapakah jumlah yang adil
dan munasabah yang patut diberikan kepada plaintif, mahkamah
menjadikan keputusan di dalam kes-kes di bawah sebagai panduan dan
rujukan.

[34] Mahkamah ingin merujuk kepada kes Sam Wun Hoong v Kader
5
Ibramshah [1981] 1 MLJ 295; [1981] 1 LNS 103, yang mana Mahkamah
Persekutuan telah menjelaskan mengenai gantirugi am dan khas:
In an action for personal injuries, there are two classes for damages which have to
be considered. Special damage which has to be specially pleaded and general
damage which need not be specially pleaded. In both classes of damages, the
10 burden of proof based on the balance of probabilities in the evidence, lies on the
plaintiff. Special damage consists of out-of-pocket expenses, such as hospital bills
and actual loss of earning during period of total incapacity, and is generally
capable of substantially exact calculation. General damage comprises damage for
pain and suffering, loss of amenities and the like which the law implies, and in
certain cases where the injuries suffered are such as to lead to continuing or
15 permanent disability, it includes future loss of earnings and loss of earning
capacity. Under the heading of pain and suffering and loss of amenities, the
quantum is mainly assessed on the nature of injuries sustained and the period of
hospitalization, and in arriving at a figure, the court is guided by previous awards
in cases involving similar type of injuries with allowances being given as to the
plaintiff's age, marital status, his special position socially or in business,
depreciation or appreciation of money value and other relevant circumstances. As
20 regards loss of future earning and future loss of earning capacity, although such
loss can be implied in appropriate cases, the award should be a nominal one,
unless the plaintiff can prove such future loss is in fact sufficiently severe to
warrant a substantial award. Further, such implied loss can be rebutted by the
evidence, and if the evidence does in fact disclose or sufficiently disclose no future
loss of earning or loss of earning capacity, no award need be given under these
25 headings.

[35] Manakala di dalam kes Dr Teh Bee Tee v Dr Joshua Mohanraj Daniel &
Anor [2018] MLJU 117, Hakim Mahkamah Tinggi, Akhtar Tahir telah merujuk
kepada kes-kes berikut di dalam menimbangkan pemberian gantirugi:

30 [26] In assessing damages guidance can be had from the decision in the case of Inas
Faiqah binti Mohd Helmi (seorang kanak-kanak yang mendakwa melalui bapa dan sahabat
wakilnya, Mohd Helmi bin Abdul Aziz) v Kerajaan Malaysia & 2 Ors [2016] 1 PIR [16];
[2016] 2 AMR 217; [2016] 2 CLJ 885 where it was stated as follows:
"It is trite that damages serve as compensation, not a reward, less still
punishment (see Ong Ah Long v Dr S Underwood [1983] 2 CLJ 198). In assessing
35 damages the court should not be motivated by sympathy and award fair
compensation based on cogent evidence. The court should not descend into a
domain of speculation. The evaluation of those evidence, which form the basis
of any risk or future damages, must therefore still be undertaken. And the trial
judge can only evaluate such damages based on recognised balance of
probabilities standard …"
40
[27] The established practice as to what are the damages that can be claimed in
personal injury claim which are also applicable to losses suffered in a medical
356 Personal Injury Reports [2020] 1 PIR [35]

negligence claim it is stated in Buckley Law of Negligence and Nuisance 5th Edn 1
at p 523 as follows:
"'The practice is now established’, said Lord Denning MR in 1979, when the
case of Lim Poh Choo v Camden and Islington Area Health Authority was in the
Court of Appeal, 'that in personal injury cases, the award of damages is
awarded under 4 main heads. First special damages in the shape of money
5
actually expended. Second, cost of future nursing and attendance and medical
expenses. Third, pain and suffering and loss of amenities. Fourth loss of future
earnings’. The latter three headings are collectively referred to as 'general
damages’."

Gantirugi am: 10

[36] Berkenaan dengan tuntutan gantirugi am, mengikut keterangan yang


dikemukakan, selepas kemalangan plaintif telah dimasukkan ke Hospital
Kuala Kangsar (rujuk laporan perubatan, P7) dan seterusnya telah
dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh (rujuk laporan
perubatan, P8) untuk rawatan lanjut. Plaintif telah dirawat di Hospital Raja 15
Permaisuri Bainun selama empat hari iaitu dari Disember 4, 2015 sehingga
Disember 8, 2015. Mengikut laporan perubatan, P8, antara kecederaan
plaintif adalah:
(i) Open fracture distal 1/3 right tibia/fibula.
20
(ii) Laceration wound over right ear.
(iii) Pain and swelling over right leg with 3 cm open wound.

[37] Seterusnya pada tarikh Disember 3, 2016, plaintif telah dirujuk pada
pakar orthopaedic iaitu berjumpa Doktor Raveendran a/l S Kandiah di
25
Hospital Fatimah, Ipoh. Hasil diagnosis dari pakar menunjukkan
kecederaan berikut:
(i) Open fractures distal third right tibia and fibula.
(ii) Laceration wound right ear/pinna.
30
(iii) Laceration right shin 3 cm by 1 cm.
(iv) Laceration right occipital scalp 2 cm by 1 cm.

(v) Laceration medial side right ankle 2 cm by 1 cm.

[38] Laporan pakar tersebut juga menyatakan perkara-perkara berikut: 35

(i) There was a healed laceration of the right ear/pinna.

(ii) There was a healed surgical scar 4 cm on the right knee.

(iii) There was a 2 cm infected wound on the upper third of the right tibia.
40
(iv) There was a healed surgical scar on the midshin 7 cm long with infection.

(v) There was 1 cm long healed surgical scar on the lower third of the right tibia.
Mohd Azlan bin Zainuddin v
Abdul Radib bin Abdul Rahman & Anor
[2020] 1 PIR [35] Rohaida Ishak scj 357

1 [39] Pendapat yang dikemukakan oleh doktor pakar berkenaan keadaan


kecederaan plaintif semasa pemeriksaan dijalankan adalah seperti berikut:
– The fracture of the right is not united.

– The segmental fracture of the right fibula is united.


5
– The wounds on the right leg are all infected with infection of the fracture of the
right tibia.
– He has the following permanent disabilities:
(i) Multiple scars over the right leg with infection.
10
(ii) Wasting of the muscles of the right thigh.
(iii) Swelling of the right calf.

(iv) Stiffness of the right hip with 15 degrees decreased flexion, 25 degrees
decreased abduction, 10 degrees decreased adduction, 10 degrees
decreased internal rotation and 20 degrees decreased external rotation.
15
(v) Stiffness of the right knee with 40 degrees decreased flexion.
Movements of the right knee was painful.

(vi) Marked stiffness of the right ankle with a 20 degrees equinus deformity
and 20 degrees decreased plantarflexion, 10 degrees decreased and 10
20 degrees decreased eversion.

(vii) Marked weakness of the right leg generally with Grade 3 motor power
compared to normal of Grade 5.
(viii) This patient has an infected non-union of the right tibia and is only able
to walk non weight bearing with two clutches.
25
(ix) He is not fit for any job in his present condition.

[40] Defendan juga telah merujuk plaintif ke doktor pakar orthopaedic


pilihan defendan pada Jun 6, 2017 iaitu Doktor KS Sivanathan di Hospital
Fatimah. Hasil pemeriksaan ke atas plaintif, Doktor Siva membuat diagnosis
30 berikut:
(i) Open fracture distal 1/3 right tibula/fibula.
(ii) Laceration woud over right ear.

[41] Doktor Siva juga telah menyatakan di dalam laporannya bahawa:


35
The fracture of the right tibia and fibula have united and he has the following
impairments:
(i) Weakness of the muscles in the right thigh.

(ii) Limitation of dorsiflexion movement in the right ankle joint.


40
358 Personal Injury Reports [2020] 1 PIR [35]

[42] Bagi tuntutan gantirugi-gantirugi yang dipohon, dengan merujuk 1


kepada laporan-laporan perubatan dan laporan pakar yang dikemukakan,
mahkamah telah memutuskan seperti berikut:

(i) Bagi kecederaan open fracture distal 3rd right tibula dan fibula, plaintif
memohon jumlah sebanyak RM40,000-00 dengan merujuk kepada
5
kes-kes berikut:

(a) Mohd Roslan bin Abdul Razak (seorang budak dibawah umur
mendakwa melalui wakil litigasi dan ibunya, Rokiah Bebee binti
Pitchay, plaintiff kedua) & Anor v Jagathisan a/l Arumugam
[2017] 1 PIR [9] bagi kecederaan open fracture midshaft of the 10
right tibia and fibula – RM35,000.00

(b) Puvendran a/l Rajamanickam v Muhammad Ammar bin Adenan


& 2 Ors [2017] 1 PIR [55] bagi kecederaan open fracture of the
right tibia and fibula – RM40,000.00
15
(c) Syamim bin Yunos & Anor v Lau Ying Chau & 3 Ors [2017] 1 PIR
[64] – non-united Grade II open fracture midshaft of the left
tibia/fibula with 1 cm shortening.
Defendan pula mencadangkan jumlah sebanyak RM25,000-00 dan
merujuk kepada Compendium of Personal Injury Awards (revised as at 20
April 17, 2014) yang membenarkan gantirugi bagi kecederaan jenis
ini dalam lingkungan RM19,500.00-RM38,500.00.

Setelah mahkamah menimbangkan hujah kedua-dua pihak,


mahkamah telah mengawardkan jumlah sebanyak RM40,000-00
sebagai jumlah yang adil dan munasabah bagi kecederaan ini 25
dengan mengambil kira laporan perubatan pakar yang
dikemukakan.

(ii) Bagi kecederaan laceration wound right ear/pinna, peguam plaintif


mencadangkan jumlah sebanyak RM3,000.00 dengan merujuk
30
kepada kes-kes berikut:

(a) Noramira binti Mohd Sidek v Abd Majid bin Awang [2016] 2
PIR [42], laceration wound over the right ear – RM3,000.00

Peguam defendan juga mengesyorkan jumlah yang sama iaitu


35
sebanyak RM3,000.00 dengan merujuk kepada Compendium of
Personal Injury Awards (revised as at April 17, 2014).
Setelah menimbangkan hujah kedua-dua pihak, mahkamah
mengawardkan jumlah gantirugi sebanyak RM3,000.00 sebagai
jumlah yang adil dan munasabah. 40
Mohd Azlan bin Zainuddin v
Abdul Radib bin Abdul Rahman & Anor
[2020] 1 PIR [35] Rohaida Ishak scj 359

1 (iii) Bagi kecederaan laceration right shin size 3 cm with active bleeding,
peguam plaintif telah memohon jumlah RM4,000-00 dengan
bersandarkan kepada keputusan kes Salem bin Abd Khalid v Seow Ah
Kim & Anor [2016] 2 PIR [32] yang telah membenarkan jumlah
sebanyak RM2,000.00 untuk lacerated wound over the upper right shin.
5 Peguam defendan tidak berhujah mengenai kecederaan ini, oleh itu
mahkamah membenarkan jumlah tuntutan yang dipohon oleh
plaintif dan berpendapat ia adalah jumlah yang adil dan
munasabah.

(iv) Bagi kecederaan laceration wound size 2 cm × 1 cm at right occipital scalp


10 with active bleeding, scalp not exposed, peguam plaintif memohon
untuk jumlah sebanyak RM4,000-00 dengan bersandarkan kepada
keputusan di dalam kes Tan Eng Gnoh v Mohd Shafiq bin Abdul, sebagai
wakil litigasi di sisi undang-undang bagi Amzah bin Wan Chik (yang telah
meninggal dunia pada 5 Disember 2011) [2016] 1 PIR [58] yang telah
15
membenarkan jumlah tuntutan sebanyak RM3,000.00 bagi
kecederaan laceration over the left scalp. Peguam defendan tidak
berhujah untuk kecederaan ini, oleh itu mahkamah membenarkan
jumlah tuntutan yang dituntut oleh peguam plaintif dan
berpendapat ia adalah jumlah yang adil dan munasabah.

20 (v) Bagi kecederaan laceration medial side right ankle size 2 cm by 1 cm,
peguam plaintif memohon jumlah sebanyak RM4,000-00 dengan
merujuk kepada keputusan di dalam kes Mohd Faizal bin Mohamad v
Wan Mohd Hafzan bin Ismail & Anor [2016] 2 PIR [20] yang telah
membenarkan jumlah gantirugi sebanyak RM4,000.00 bagi
kecederaan 2 cm × 2 cm laceration wound over the dorsum of the left foot.
25
Peguam defendan tidak berhujah berkenaan tuntutan ini, oleh itu
mahkamah membenarkan tuntutan plaintif dan berpendapat ia
adalah jumlah yang adil dan munasabah.

(vi) Bagi retrograde amnesia, peguam plaintif membuat tuntutan ini


30 berdasarkan kepada laporan perubatan Hospital Kuala Kangsar.
Kecederaan ini juga telah disenaraikan di dalam "Butir-Butir
Kecederaan Plaintif" di dalam ikatan pliding plaintif. Peguam
plaintif memohon untuk jumlah sebanyak RM5,000-00
bersandarkan kepada keputusan di dalam kes-kes berikut:
35 (a) Sim Yen Ying v Voon Yee Yuen & Anor [2009] 2 PIR [31],
mahkamah awardkan RM8,000.00 untuk loss of consciousness
and retrograde amnesia.

(b) Arina bt Ujang v Susof b Nordin & 3 Ors [2009] 2 PIR [44],
mahkamah awardkan RM3,000.00 untuk loss of consciousness.
40
Peguam defendan tidak berhujah mengenai tuntutan ini, oleh itu
mahkamah berpendapat jumlah sebanyak RM5,000.00 yang
dituntut oleh plaintif adalah adil dan munasabah.
360 Personal Injury Reports [2020] 1 PIR [35]

(vii) Bagi tuntutan untuk muscle wasting, peguam plaintif memohon 1


jumlah sebanyak RM6,000-00 bersandarkan kepada keputusan kes
Mohd Nizam bin A Rahman v A Hamid bin A Kamar [2016] 2 PIR [51], di
mana mahkamah telah awardkan jumlah sebanyak RM10,000.00
untuk 2 cm muscle wasting in the left upper limb and 4 cm muscle wasting
in the left lower limb. Peguam defendan tidak berhujah mengenai 5
tuntutan ini. Oleh itu mahkamah membenarkan tuntutan plaintif
dan berpendapat ia adalah jumlah yang adil dan munasabah.

(viii) Bagi tuntutan gantirugi ke atas kesengsaraan dan kesakitan yang


dialami oleh plaintif ketika menjalani pembedahan pada tahun 2015
(internal fixation) dan 2016 (removal of screw), peguam plaintif 10
memohon jumlah gantirugi sebanyak RM10,000-00 untuk
kedua-dua pembedahan ini. Peguam plaintif merujuk kepada
keputusan di dalam kes Letchumanen a/l Mardammutu v Suhaimi bin
Mat Sharif [2016] 2 PIR [6], di mana mahkamah telah mengawardkan
jumlah sebanyak RM5,000.00 untuk pain and suffering during future 15
surgery. Peguam defendan tidak berhujah balas mengenai tuntutan
ini. Oleh itu mahkamah berpendapat jumlah yang diminta adalah
adil dan munasabah dan membenarkan tututan plaintif untuk
jumlah tersebut.

(ix) Peguam plaintif juga memohon gantirugi untuk multiple scars 20


sebanyak RM10,000.00. Peguam plaintif merujuk kepada laporan
pakar kedua-dua pihak perkara ini.

Laporan pakar plaintif menyebut bahawa "there is healed surgical scar


4 cm on the right knee, healed surgical scar on the shin 7 cm long and there
is 1 cm long healed surgical scar on the lower third of right tibia". 25
Manakala laporan pakar defendan menyebut "a scar 3 cm long was
seen on the right ear. Multiple scars on the lateral and medial aspect of the
right leg and ankle."

Peguam plaintif juga merujuk kepada keputusan di dalam kes


30
Sanjiswaran a/l Thamppiraja v Abdul Ghafar bin Abdul Ghani & Anor
[2016] 2 PIR [53], yang mana mahkamah telah mengawardkan
jumlah sebanyak RM15,000.00 untuk parut-parut.
Peguam defendan pula mencadangkan jumlah sebanyak
RM3,000.00 untuk parut-parut tanpa mengemukakan sumber 35
rujukan mereka. Setelah menimbangkan hujahan kedua-dua pihak,
mahkamah berpendapat jumlah sebanyak RM8,000.00 adalah adil
dan munasabah untuk kecederaan ini.

Mahkamah berpendapat plaintif wajar dipampaskan dengan award yang


berasingan atas setiap kesakitan dan kesengsaraan yang dilaluinya sejak dari 40
tarikh kemalangan itu akibat dari kecuaian defendan pertama.
Mohd Azlan bin Zainuddin v
Abdul Radib bin Abdul Rahman & Anor
[2020] 1 PIR [35] Rohaida Ishak scj 361

1 Gantirugi khas:

[43] Bagi tuntutan plaintif untuk gantirugi khas, tuntutannya telah


dipersetujui oleh pihak defendan. Jadi mahkamah tidak akan menghuraikan
lagi mengenai tuntutan-tuntutan tersebut. Di bawah ini disenaraikan semula
item-item yang dipersetujui:
5
1. Kos untuk dapatkan dokumen – RM708.00

2. Perbelanjaan perubatan – RM334.00


3. Perbelanjaan rawatan susulan – RM57.00
10
4. Kos untuk membaiki motosikal – RM100.00
5. Kos perjalanan plaintif untuk rawatan susulan – RM200.00

6. Kos perjalanan keluarga plaintif untuk melawat plaintif – RM100.00


15 7. Kos implant – RM1,725.00

8. Kesakitan dan penderitaan masa hadapan – RM5,000.00

9. Kos pembedahan masa hadapan – RM1,500.00

20 Gantirugi kehilangan pendapatan:

[44] Plaintif memberi keterangan bahawa dia menjalankan perniagaan


menjual ayam semasa kemalangan. Peguam defendan mempertikaikan
fakta ini atas alasan tidak ada bukti yang ditunjukkan oleh plaintif. Peguam
defendan mengatakan jika benar plaintif sedang menghantar ayam, sudah
25
pasti ada gambar ayam di dalam gambar yang dirakamkan oleh pihak polis.
Tetapi tidak ada gambar ayam yang boleh dilihat di dalam gambar yang
dikemukakan. Selain itu, peguam defendan juga mengatakan tidak terdapat
gambar raga di dalam gambar. Peguam defendan mengatakan di dalam
hujahannya, jika benar plaintif menghantar ayam hidup mestilah akan
30 kelihatan raga ayam di dalam gambar.

[45] Berkenaan isu ini, mahkamah merujuk kepada laporan plaintif yang
dibuat pada Disember 10, 2015 iaitu lebih kurang enam hari selepas kejadian
dan mahkamah berpendapat plaintif membuat laporan polis sebaik sahaja
dia discaj dari Hospital Raja Permaisuri Bainun. Di dalam laporan polisnya
35
memang plaintif memaklumkan dia dalam perjalanan menghantar ayam ke
Padang Rengas. Oleh itu mahkamah tidak beranggapan plaintif sengaja
mereka cerita di mahkamah mengenai perniagaan ayam yang
dijalankannya. Berkenaan tiada gambar ayam atau raga ayam, peguam
defendan sepatutnya bertanya soalan ini kepada pegawai penyiasat dan
40 defendan pertama kerana mereka berdua adalah orang yang berada di
tempat kemalangan. Tetapi apabila mahkamah meneliti semula nota
keterangan, tidak ada lansung soalan yang ditanya kepada saksi-saksi ini
untuk mengesahkan samada mereka nampak plaintif membawa ayam atau
362 Personal Injury Reports [2020] 1 PIR [35]

tidak pada hari tersebut. Peguam defendan bertanya kepada plaintif tentang 1
isu ini dengan merujuk kepada gambar yang dirakamkan oleh pegawai
penyiasat. Jawapan plaintif adalah dia pitam semasa kemalangan dan hanya
sedar apabila berada di hospital. Sudah pasti dia tidak tahu apa yang berlaku
di tempat kemalangan dan gambar apa yang telah dirakamkan oleh pegawai
penyiasat kes. Isu berkaitan gambar itu adalah di luar kawalan plaintif. 5

[46] Persoalan seterusnya yang ditimbulkan oleh peguam defendan adalah


apabila plaintif tidak dapat menunjukkan bukti sahih berkenaan
pendapatannya pada masa tarikh kejadian iaitu dalam lingkungan tahun
2015. Resit-resit pembelian ayam yang ditunjukkan oleh plaintif di
mahkamah adalah bermula pada awal tahun 2016. Plaintif telah 10
memberikan penjelasan bahawa Syarikat Ayam Ria KK ini telah ditutup dan
wakil syarikat tidak dapat dipanggil untuk memberi keterangan di
mahkamah berkaitan resit-resit tersebut. Mahkamah telah meneliti resit-resit
yang dikemukakan, dan jelas ia adalah resit yang dikeluarkan oleh Syarikat
Ayam Ria KK untuk pembelian ayam oleh plaintif. Kes ini pula hanya 15
difailkan di mahkamah pada bulan Februari 2017. Oleh itu mahkamah tidak
beranggapan plaintif boleh mereka (create) segala dokumen yang
dikemukakannya di mahkamah semata-mata bagi tujuan menuntut
gantirugi dalam perbicaraan ini. Berkenaan dengan jumlah pendapatan
RM1,500-00 dalam tempoh cuti sakit, mahkamah berpendapat jumlah yang
diminta adalah adil dan munasabah kerana ia adalah berdasarkan kepada 20
purata pendapatan yang diperolehi dari perniagaan plaintif sebelum ini.
plaintif berhak mendapat gantirugi penuh kehilangan pendapatan yang
dialaminya semasa cuti sakit kerana kemalangan ini diakibatkan oleh
kecuaian defendan sepenuhnya.
25
[47] Plaintif juga memohon untuk kehilangan pendapatan masa hadapan
di bawah s 28A(2) Akta Undang-Undang Sivil 1956. Merujuk kepada laporan
perubatan pakar yang dikemukakan (yang mana telah dipersetujui oleh
pihak-pihak), adalah didapati terdapat kecacatan kekal ke atas plaintif
akibat kemalangan ini. Doktor pakar defendan mengesahkan bahawa
plaintif mempunyai "weakness of the muscles in the right thigh and limitation of 30
dorsiflexion movement in the right ankle joint." Walaupun plaintif masih
meneruskan perniagaan ayamnya tetapi plaintif tidak boleh melakukan
pekerjaan berat seperti yang boleh dilakukannya sebelum kemalangan oleh
itu dia memerlukan pembantu di dalam perniagaannya. Walaupun doktor
pakar defendan mengatakan disabilities yang plaintif hadapi boleh sembuh 35
dengan physiotherapy exercise, tetapi ia bukan satu pengesahan ia akan
sembuh.

[48] Oleh itu, berdasarkan pertimbangan di atas, mahkamah dengan ini


membenarkan tuntutan plaintif seperti berikut:
40
1. Kehilangan pendapatan semasa cuti sakit 9 bulan – RM1,500.00 × 9 =
RM13,500.00
Mohd Azlan bin Zainuddin v
Abdul Radib bin Abdul Rahman & Anor
[2020] 1 PIR [35] Rohaida Ishak scj 363

1 2. Kehilangan pendapatan masa hadapan di bawah s 28A(2) Akta


Undang-Undang Sivil 1956 – RM1,000.00 × 42 bulan = RM42,000.00

[49] Mahkamah juga membenarkan faedah dan kos yang lazim bagi
tuntutan ini.
5

10

15

20

25

30

35

40

You might also like

pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy