Pergi ke kandungan

Proterozoik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Proterozoik
2500 – 538.8 ± 0.2 Ma
</noinclude>
Dari kiri ke kanan: Empat perisitwa Proterozoik utama: Peristiwa Pengoksidaan Besar dan Pengglasieran Huronian selanjutnya; Eukariot pertama, seperti alga merah; Bumi Bola Salju sewaktu tempoh Kriogen; Biota Ediakara[1]
Kronologi
lihat • bincang • sunting
-4500 —
-4250 —
-4000 —
-3750 —
-3500 —
-3250 —
-3000 —
-2750 —
-2500 —
-2250 —
-2000 —
-1750 —
-1500 —
-1250 —
-1000 —
-750 —
-500 —
-250 —
0 —
Etimologi
Keformalan namaFormal
Maklumat kegunaan
Jasad cakerawalaBumi
Kegunaan tempatanGlobal (ICS)
Skala masa yang digunakanSkala Masa ICS
Takrifan
Unit kronologiEon
Unit stratigrafiEonotem
Keformalan jangka masaFormal
Takrif sempadan bawahDitakrifkan secara kronometri
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSA1991[2]
Takrif sempadan atasKewujudan iknofosil Treptichnus pedum
Sempadan atas GSSPKeratan Fortune Head, Newfoundland, Kanada
47°04′34″N 55°49′52″W / 47.0762°N 55.8310°W / 47.0762; -55.8310
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSP1992

Proterozoik ialah nama untuk eon ketiga daripada empat eon geologi sejarah Bumi, merangkumi selang masa dari 2500 hingga 538.8 juta tahun dahulu (jtd),[3] eon terpanjang dalam skala masa geologi Bumi. Ia didahului oleh eon Arkean dan diikuti oleh eon Fanerozoik, dan merupakan bahagian terbaru dari "supereon" Prakambria .

Proterozoik terbahagi kepada tiga era geologi (dari tertua hingga termuda): era Paleoproterozoik, eraMesoproterozoik dan era Neoproterozoik.[4] Ia merangkumi masa dari kemunculan oksigen bebas di atmosfera Bumi hingga sejurus sebelum percambahan kehidupan kompleks di Bumi semasa Letupan Kambria. Nama Proterozoik menggabungkan dua perkataan yang berasal dari bahasa Yunani: protero- bermaksud "terdahulu, lebih awal", dan -zoic, makna "kehidupan".[5]

Peristiwa yang dikenal pasti pada eon ini ialah peralihan kepada atmosfera beroksigen semasa Paleoproterozoik; evolusi eukariota melalui simbiogenesis; beberapa peristiwa pengglasieran global, yang menyebabkan pengglasieran Huronian selama 300 juta tahun (semasa tempoh Sideros dan Riasia dalam era Paleoproterozoik) dan Bumi Bola Salji yang dihipotesis (semasa zaman Kriogen pada akhir era Neoproterozoik); dan zaman Ediakara (635 hingga 538.8 Ma), yang dicirikan oleh evolusi organisma multisel bertubuh lembut yang banyak seperti bunga karang, alga, knidaria, bilateria dan biota Ediakara yang tidak bergerak (beberapa daripadanya telah mengevolusi menjadi ada pembiakan seksual) dan menyediakan bukti fosil pertama yang jelas tentang kehidupan di Bumi.

  1. ^ Smithsonian National Museum flickr.
  2. ^ Plumb, K. A. (June 1, 1991). "New Precambrian time scale". Episodes. 14 (2): 139–140. doi:10.18814/epiiugs/1991/v14i2/005.
  3. ^ "Stratigraphic Chart 2022" (PDF). International Stratigraphic Commission. February 2022. Dicapai pada 22 April 2022.
  4. ^ Speer, Brian. "The Proterozoic Eon". University of California Museum of Paleontology.
  5. ^ "Proterozoic, adj. and n." OED Online. Oxford University Press. June 2021. Dicapai pada 25 June 2021.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]


pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy