Strawberi
Strawberi ستوبيري | |
---|---|
Buah strawberi | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Plantae |
Klad: | Trakeofit |
Klad: | Eudikot |
Klad: | Rosid |
Order: | Rosales |
Keluarga: | Rosaceae |
Genus: | Fragaria |
Spesies: | F. × ananassa
|
Nama binomial | |
Fragaria × ananassa |
Strawberi kebun (atau sekadar strawberi; Fragaria × ananassa)[1] ialah spesies hibrid dari genus Fragaria yang secara lazim dikenali sebagai "strawberi", dan ditanam di seluruh dunia untuk memperoleh buahnya. Buah ini sangat dihargai oleh kerana aroma khasnya, warna merah terang, tekstur berair dan rasa manis. Strawberi dimakan dalam jumlah yang besar, baik secara segar atau dalam makanan diproses seperti jem, jus, pai, ais krim dan coklat. Perisa dan aroma strawberi buatan juga banyak digunakan dalam produk seperti gula-gula, sabun, gincu dan minyak wangi.
Strawberi kebun pertama kali dibiakkan di Brittany, Perancis pada 1750-an melalui kacukan Fragaria virginiana dari timur Amerika Utara dan Fragaria chiloensis yang dibawa dari Chile oleh Amédée-François Frézier pada 1714.[2] Kultivasi Fragaria × ananassa dalam bidang pertanian komersial telah menggantikan strawberi hutan (Fragaria vesca) yang merupakan spesies strawberi pertama yang ditanam pada awal abad ke-17.[3] Pada 2019, pengeluaran strawberi dunia ialah sekitar 9 juta tan dengan China menakluki 40% pengeluaran strawberi secara global.
Sungguhpun dengan namanya, strawberi bukanlah sejenis beri berdasarkan aspek botani. Secara teknikal, ini adalah buah aksesori agregat, yang bermaksud bahawa bahagian buah tidak berpunca daripada ovari tumbuhan tetapi dari reseptakel yang menahan ovari.[4] Setiap "biji" yang kelihatan di luar buah sebenarnya merupakan ovari bunga, dengan biji di dalamnya.[4]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Terperinci tentang strawberi yang sihat dan merah
Fragaria x ananassa 'Gariguette', kultivar yang ditanam di Perancis Selatan.
Kebun strawberi pertama ditumbuhkan di Brittany, Perancis pada akhir abad ke-18. Sebelum ini, strawberi liar dan pilihan yang ditanam merupakan sumber biasa untuk buah ini.
Buah strawberi disebutkan dalam kesusasteraan Rom kuno mengenai penggunaan perubatannya. Orang-orang Perancis bermula mengambil strawberi dari hutan ke kebun mereka untuk menanam pada abad ke-14. Charles V, raja Perancis dari 1364 hingga 1380 mempunyai 1200 pokok strawberi di kebun dirajanya. Pada awal abad ke-15, biarawan Eropah Barat menggunakan strawberi liar di dalam manuskrip yang terang mereka. Strawberi itu dijumpai di lukisan Itali, Flemish dan Jerman. Keseluruhan tumbuhan strawberi digunakan untuk mengubati penyakit depresif.
Menjelang abad ke-16, rujukan untuk penanaman strawberi menjadi lebih lazim. Orang ramai mula menggunakan buah ini kerana khasiat perubatan yang ada padanya dan ahli botani mula menamakan spesiesnya yang berbeza-beza. Di England, permintaan untuk penanaman strawberi secara lazim telah meningkat pada pertengahan abad ke-16.
Kombinasi strawberi dan krim mula dicipta oleh Thomas Wolsey di Istana Raja Henry VIII. Arahan untuk penanaman dan tuaian strawberi telah muncul secara bertulis pada tahun 1578. Menjelang akhir abad ke-16, tiga spesies Eropah telah dinamakan: F: vesca, F. moschata dan F. viridis. Kebun strawberi telah dipindah tanam dari hutan dan kemudian tanaman ini akan dibiakkan secara aseks dengan memotong batang rayap.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Manganaris GA, Goulas V, Vicente AR, Terry LA (March 2014). "Berry antioxidants: small fruits providing large benefits". Journal of the Science of Food and Agriculture. 94 (5): 825–33. doi:10.1002/jsfa.6432. PMID 24122646.
- ^ "Strawberry, The Maiden With Runners". Botgard.ucla.edu. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Julai 2010.
- ^ Welsh, Martin. "Strawberries". Nvsuk.org.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 August 2008.
- ^ a b Esau, K. (1977). Anatomy of seed plants. John Wiley and Sons, New York. ISBN 0-471-24520-8.
External links
[sunting | sunting sumber]Cari strawberi dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
Wikimedia Commons mempunyai media berkenaan |
- (Inggeris) Fragaria × ananassa di Pangkalan Data Taksonomi GRIN Diarkibkan 2015-09-24 di Wayback Machine