Code 4&7
Code 4&7
Seorang Jurutera Professional Berdaftar tertakluk kepada Akta Pendaftaran Jurutera 1967.
Di dalam akta dinyatakan bahawa seorang Jurutera Professional hendaklah sentiasa
mempertahankan kemuliaan, kedudukan tinggi dan nama baik professionnya. Sebagai
Jurutera Professional, tanggungjawab dan tugasnya kepada majikan dan pelanggan
hendaklah sentiasa diberi perhatian yang penuh di atas kepentingan awam.
Di dalam beberapa kes, surat pengesahan status Jurutera Perunding pertama tidak
diperlukan. Antaranya adalah seperti berikut :-
i. khidmat telah ditamatkan oleh pelanggan secara sah
ii. Jurutera Perunding pertama sendiri menamatkan khidmat dengan pelanggan.
iii. Jurutera Perunding pertama atau pelanggan diistihar muflis.
iv. Jurutera Perunding pertama hilang ingatan / hilang keupayaan untuk menjalankan
tugasnya.
v. Jurutera Perunding pertama telah melakukan prosiding mahkamah dalam menuntut
bayaran perkhidmatan yang tidak dijelaskan oleh pihak pelanggan.
vi. Jurutera Perunding telah tamat pendaftaran dengan pihak Lembaga Jurutera.
Di bawah Akta Pendaftaran Jurutera, hanya Jurutera Professional yang layak boleh
mengemukakan pelan rekabentuk kepada pihak berkuasa tempatan (local authorities).
Pelan-pelan hanya boleh ditandatangan oleh Jurutera yang merekabentuk dan Jurutera
Professional. Begitu juga pengawasan kerja di tapak bina di mana hanya Jurutera
Professional yang boleh memberi arahan dan seterusnya mengeluarkan sijil siap kerja.
Bagi kes Jurutera Perunding pertama tidak mahu melepaskan tanggungjawabnya kerana
pihak pelanggan tidak menjelaskan bayaran perkhidmatannya, Jurutera Perunding yang baru
haruslah menasihatkan pelanggan agar menjelaskan bayaran tersebut. Selagi Jurutera
Perunding pertama tidak bersetuju melepaskan tanggungjawab, Jurutera Perunding baru
tidak boleh mengambilalih.