Pergi ke kandungan

Zaman Batu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mata panah Obsidian

Zaman Batu (Tulisan Jawi: زمان باتو)ialah satu tempoh prasejarah yang luas semasa manusia menggunakan batu untuk membuat alat-alat.

Alat-alat batu diperbuat daripada berbagai-bagai jenis batu. Umpamanya, flin dan rijang dibentuk (atau diserpihkan) untuk digunakan sebagai perkakas pemotongan dan senjata, manakala basalt dan batu pasir digunakan untuk alat-alat batu berasah, seperti batu kisar. Kayu, tulang, cangkerang, tanduk rusa dan bahan-bahan lain juga digunakan secara meluas pada zaman ini. Pada akhir zaman ini, endapan (seperti tanah liat) telah digunakan untuk membuat tembikar. Satu rentetan inovasi teknologi logam mencirikan Zaman Tembaga, Zaman Gangsa dan Zaman Besi yang kemudian.

Zaman Batu merangkumi penerapan teknologi pertama yang meluas dalam evolusi manusia serta penyebaran kemanusiaan dari savana Afrika Timur ke bahagian-bahagian lain di dunia. Zaman ini berakhir dengan pengembangan pertanian, pembelajinakan sebilangan haiwan, dan peleburan bijih tembaga untuk menghasilkan logam. Zaman Batu diistilahkan sebagai prasejarah kerana manusia masih belum memulakan penulisan — permulaan sejarah yang tradisional, iaitu sejarah tercatat.

Istilah "Zaman Batu" telah digunakan oleh ahli-ahli arkeologi untuk menandakan zaman pra-metalurgi yang alat-alat batunya (artifak-artifak) jauh lebih tahan berbanding dengan alat-alat yang diperbuat daripada bahan-bahan lain (yang lebih lembut). Zaman ini ialah zaman pertama dalam sistem tiga zaman. Dalam buku klasiknya, Zaman-zaman Prasejarah, pada tahun 1865, John Lubbock membahagikan lagi Zaman Batu kepada tiga subzaman, iaitu zaman Paleolitik, Mesolitik, dan Neolitik. Walaupun demikian, ketiga-tiga subzaman ini masih boleh dibahagikan lagi. Sebenarnya, turutan fasa-fasa amat berbeza dari satu wilayah (dan kebudayaan arkeologi) ke satu wilayah. Sebenarnya, kemanusiaan berkembang ke bidang-bidang baru secara berterusan semasa zaman-zaman logam dan oleh itu, adalah lebih baik untuk seseorang mengatakan sesuatu Zaman Batu (bahasa Inggeris: a ), berbanding dengan si Zaman Batu (bahasa Inggeris: the).


Lihat juga ليهت جوݢ

[sunting | sunting sumber]

Rujukan روجوعن

[sunting | sunting sumber]
  • Scarre, Christopher (ed.) (1988). Past Worlds: The Times Atlas of Archaeology. London: Times Books. ISBN 0-7230-0306-8.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  • Schick, Kathy D. (1993). Making Silent Stones Speak: Human Evolution and the Dawn of Technology. New York: Simon & Schuster. ISBN 0-671-69371-9. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan) bacin= bau yg terjadi bila anda korek bontot anda

Pautan luar ڤاءوتن لوار

[sunting | sunting sumber]


Sistem tiga zaman: Zaman Batu | Zaman Gangsa | Zaman Besi

Senarai zaman arkeologi

pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy